Mpob Cipta Teknologi Baharu Rawat Sisa Akhir Sawit


Ahmad Suhael Adnan Foto hiasan BERNAMA KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya mencipta teknologi merawat sisa akhir efluen sawit (POME) yang mesra alam.
Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata teknologi dihasilkan penyelidik diketuai Dr Nahrul Hayawin Zainal itu, berfungsi merawat bahan buangan POME yang mengandungi campuran air sisa minyak, zarah tanah dan pepejal terampai yang berwarna coklat kehitaman.
Katanya, teknologi baharu menggunakan biojisim tempurung kelapa sawit itu selaras keperluan kilang sawit yang diwajibkan merawat POME, berdasarkan peraturan ketat Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan syarat pelesenan MPOB.
Jelasnya, teknologi dikenali sebagai Karbon Teraktif Tempurung Kelapa Sawit untuk Rawatan Sisa Air, adalah mesra alam kerana tiada bahan kimia digunakan semasa proses rawatan, sekali gus lestari dalam aspek ekonomi, proses dan persekitaran.
"Pengaktifan secara stim digunakan bagi penghasilan karbon teraktif, dan mikrob yang berkesan digunakan ketika proses biologi semasa rawatan tertiari.
"Pembuangan akhir sisa efluen POME yang dirawat dapat digunakan sebagai air kitar semula, dan karbon teraktif yang digunakan boleh dijadikan baja organik untuk tanaman sayur-sayuran.
"Kajian juga mendapati baja organik ini kaya dengan unsur nitrogen, fosforus, dan kalium hasil daripada penjerapan sisa akhir efluen POME," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Memperincikan teknologi itu, Ahmad Parveez berkata, penyelidik MPOB mula menjalankan kajian pada 2019, sebelum melancarkan teknologi berkenaan di Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi (TOT) MPOB 2021 baru-baru ini.
Jelasnya, ia menggunakan penyatuan proses biologi dengan karbon teraktif untuk merawat sisa akhir efluen kelapa sawit, sebelum dilepaskan ke persekitaran.
"Biojisim tempurung kelapa sawit digunakan sebagai sumber untuk penghasilan karbon teraktif kerana mempunyai ciri ketumpatan dan karbon yang tinggi, serta kandungan abu yang rendah.
"Oleh kerana biojiisim tempurung kelapa sawit dihasilkan dengan banyak di kilang kelapa sawit, maka kos pengeluaran untuk teknologi ini adalah rendah jika dihasilkan oleh kilang sawit," katanya, memaklumkan prototaip yang diuji di lapangan membuktikan keberkesanannya.
Bagi melengkapkan teknologi baharu itu, Ahmad Parveez berkata, MPOB turut membangunkan sistem pengaktifan karbonisasi untuk menghasilkan karbon teraktif secara lestari tunggal, berbanding pembakaran dan pengaktifan secara berasingan dalam sistem konvensional.
"Proses pembakaran secara dua dalam satu ini mengurangkan kos pengeluaran, tenaga, dan masa tanpa menjejaskan hasil dan kualiti karbon teraktif yang dihasilkan, sekali gus menghindari penggunaan bahan kimia ketika proses pengaktifan.
"Sistem pengaktifan karbonisasi secara dua dalam satu ini dapat diguna pakai oleh sektor pengilangan sawit dan menyedia peluang perniagaan kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS)," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/mpob-cipta-teknologi-baharu-rawat-sisa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Australia Cipta Rekod Baharu Renang 4x100m Gaya Bebas

Australia Cipta Rekod Baharu Renang 4x100m Gaya Bebas

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 362 hits
Skuad renang wanita AustraliaDibarisi Bronte Campbell Meg Harris Emma McKeon dan Cate Campbell TOKYO 2020 Skuad renang wanita Australia memadamkan rekod dunia yang dipegang mereka sendiri selepas memenangi emas acara 4X100 meter gaya bebas ...
Doktor Bidas Ahli Parlimen Ph Desak Guna Ivermectin Rawat Covid 19

Doktor Bidas Ahli Parlimen Ph Desak Guna Ivermectin Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 255 hits
AGENDA DAILY Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menjelaskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid 19 belum dibenarkan Tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang mendesak Kementerian Kesihatan meluluskan penggunaan ubat antiparasit Iver...
Jangan Layan Doktor Rawat Covid 19 Macam Penjenayah Saifuddin

Jangan Layan Doktor Rawat Covid 19 Macam Penjenayah Saifuddin

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 201 hits
By Mohd Zaini Samsu Hadi 28 July 2021KUALA LUMPUR Pembangkang mahu penjelasan berhubung siasatan Polis Diraja Malaysia terhadap seorang doktor yang didakwa diambil keterangan selama empat jam malam tadi berhubung Hartal Doktor Kontrak Perka...
200 Katil Tambahan Di Hpkk Ukm Rawat Pesakit Kategori 4 Dan 5

200 Katil Tambahan Di Hpkk Ukm Rawat Pesakit Kategori 4 Dan 5

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 236 hits
200 katil tambahan di HPKK UKM rawat pesakit kategori 4 dan 5 Sejumlah 200 katil tambahan disediakan untuk merawat pesakit Kategori 4 dan Kateogri 5 COVID 19 di Hospital Pakar Kanak Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia Jelas Menteri Kesihat...
Kerajaan Belum Benarkan Ivermectin Diguna Rawat Pesakit Covid 19

Kerajaan Belum Benarkan Ivermectin Diguna Rawat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 354 hits
AGENDA DAILY Kerajaan masih tidak membenarkan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid 19 India dan Peru menarik balik penggunaan Ivermectin kenapa kita mahu gunakannya kalau tidak ada indikasi kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr ...
Masukkan Belut Dalam Dubur Rawat Sembelit

Masukkan Belut Dalam Dubur Rawat Sembelit

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 239 hits
Seorang lelaki di Xianghua wilayah Jiangsu telah memasukkan seekor belut berukuran 20 sentimeter ke dalam alat sulitnya bagi mengubati masalah sembelit yang dialaminya lapor Globaltimes baru baru ini Tindakan nekad lelaki itu akibat terlalu...
Jepun Lulus Antibodi Ronapreve Rawat Pesakit Covid 19

Jepun Lulus Antibodi Ronapreve Rawat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 267 hits
Firma farmaseutikal gergasi Switzerland Roche hari ini memaklumkan Jepun menjadi negara pertama meluluskan rawatan antibodi Ronapreve bagi pesakit COVID 19 Kelulusan bagi ubat untuk mereka yang menghidap gejala ringan hingga sederhana itu d...
Kkm Guna Baricitinib Rawat Pesakit Covid 19 Kategori Empat Dan Lima

Kkm Guna Baricitinib Rawat Pesakit Covid 19 Kategori Empat Dan Lima

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 335 hits
Tingkatkan keberkesanan dan dapat kurangkan kadar kematian PUTRAJAYA Hospital seluruh negara akan mula menggunakan ubat Baricitinib untuk rawatan kepada pesakit COVID 19 terutama pesakit kategori empat dan lima kata Ketua Pengarah Kesihatan...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm