Jepun Lulus Antibodi Ronapreve Rawat Pesakit Covid 19


 
Firma farmaseutikal gergasi Switzerland, Roche, hari ini memaklumkan Jepun menjadi negara pertama meluluskan rawatan antibodi Ronapreve bagi pesakit COVID-19.


Kelulusan bagi ubat untuk mereka yang menghidap gejala ringan hingga sederhana itu dibuat berdasarkan dapatan ujian fasa 3 membabitkan koktel antibodi.






Ia berkesan bagi mengurangkan secara mendadak risiko pesakit COVID-19 bergejala ringan atau sederhana menjadi lebih serius sehingga terpaksa dikejar ke hospital atau mengundang maut.


Ronapreve, rawatan antibodi yang dibangunkan dengan kerjasama firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Regeneron, diluluskan Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, kata Roche dalam satu kenyataan.


Ketua Pegawai Perubatan Roche dan Ketua Pembangunan Produk, Levi Garraway, dalam satu kenyataan bersama, berkata Ronapreve menunjukkan ia mengurangkan risiko dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan dan kematian.



"Keupayaan untuk mempertahan kemunculan varian baharu terutama varian Delta, ditunjukkan dalam kajian praklinikal," katanya.


Menurut Roche, ujian fasa 3 Ronapreve menunjukkan pesakit risiko tinggi yang tidak dimasukkan ke hospital dan dirawat dengan ubat berkenaan mengalami penurunan risiko hingga 70 peratus.


Rawatan sama turut memendekkan jangka masa penyakit bergejala kepada empat hari, kata Roche sambil menambah ujian fasa 1 menunjukkan keselamatan dan penerimaan ubat berkenaan dalam kalangan penduduk Jepun.


Selain Jepun, rawatan yang menggunakan kombinasi antibodi turut diluluskan untuk kegunaan kecemasan atau kegunaan sementara semasa pandemik di beberapa negara termasuk di Kesatuan Eropah (EU), AS, India, Switzerland dan Kanada.



Campuran itu sedang melalui penelitian Agensi Ubat-ubatan Eropah, yang membenarkan penggunaannya sebagai rawatan pilihan untuk pesakit COVID-19 yang tidak memerlukan oksigen tetapi berisiko tinggi menjadi lebih teruk. - AFP


Jepun negara pertama lulus Ronapreve untuk COVID-19
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/07/841534/jepun-negara-pertama-lulus-ronapreve-untuk-covid-19


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/07/jepun-lulus-antibodi-ronapreve-rawat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Guna Baricitinib Rawat Pesakit Covid 19 Kategori Empat Dan Lima

Kkm Guna Baricitinib Rawat Pesakit Covid 19 Kategori Empat Dan Lima

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 352 hits
Tingkatkan keberkesanan dan dapat kurangkan kadar kematian PUTRAJAYA Hospital seluruh negara akan mula menggunakan ubat Baricitinib untuk rawatan kepada pesakit COVID 19 terutama pesakit kategori empat dan lima kata Ketua Pengarah Kesihatan...
Kerajaan Tanggung Kos Pindah Rawat Pesakit Bukan Covid 19 Ke Hospital Swasta

Kerajaan Tanggung Kos Pindah Rawat Pesakit Bukan Covid 19 Ke Hospital Swasta

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 613 hits
AGENDA DAILY Kerajaan tanggung kos pemindahan dan rawatan pesakit bukan Covid 19 dari hospital kerajaan ke hospital swasta Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk tempoh dua tahun bagi tujuan penyumberluaran termasuk kos rawatan pesakit bu...
Polis Buru Lo Hin Khiong Pesakit Covid 19 Melarikan Diri

Polis Buru Lo Hin Khiong Pesakit Covid 19 Melarikan Diri

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 241 hits
LO Hin Khiong diburu polis FOTO ihsan polis Kota Kinabalu Polis sedang memburu seorang lelaki disahkan positif Covid 19 yang melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin Likas di sini kelmarin Dalam kejadian jam 5 45 petang itu...
Kesan Antibodi Vaksin Covid 19 Berkurangan Lepas 6 Bulan

Kesan Antibodi Vaksin Covid 19 Berkurangan Lepas 6 Bulan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 262 hits
Botol vaksin COVID 19 Sinovac Foto NSTP BEIJING Kesan antibodi dihasilkan vaksin Sinovac berkurangan dalam tempoh enam bulan selepas dos kedua bagi kebanyakan penerima tetapi suntikan ketiga boleh menggalakkan kekuatannya Penyelidik di Chin...
Pesakit Covid 19 Lari Dari Pusat Kuarantin Dibelasah Separuh Mati

Pesakit Covid 19 Lari Dari Pusat Kuarantin Dibelasah Separuh Mati

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 323 hits
AGENDA DAILY Penduduk kampung membelasah seorang lelaki yang melarikan diri dari pusat kuarantin Covid 19 di Indonesia Tular di Indonesia seorang pesakit Covid 19 yang melarikan diri dari pusat kuarantin dipukul separuh mati oleh penduduk k...
Pesakit Covid 19 Kuarantin Kendiri Ditemui Meninggal Dunia

Pesakit Covid 19 Kuarantin Kendiri Ditemui Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 395 hits
Beberapa anggota bomba cuba membuka rumah mangsa di Kampung Kenangan Tun Syed Nasir PETALING JAYA Pesakit Covid 19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya ditemui meninggal dunia oleh anak saudaranya dalam kejadian di Tangkak Jo...
Atm Bantu Urus Mayat Pesakit Covid 19

Atm Bantu Urus Mayat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 254 hits
ATM bantu urus mayat pesakit Covid 19 ATM bantu uruskan mayat pesakit Covid 19 di HTAR Klang Isu mayat pesakit Covid 19 yang terlalu banyak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat mendapat perhatian Ang...
Satu Lagi Hospital Di Selangor Rawat Covid 19 Sepenuhnya

Satu Lagi Hospital Di Selangor Rawat Covid 19 Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 296 hits
HTAR tutup pusat rawatan harian atasi kesesakan pesakit BANGI Sebuah lagi hospital di Selangor akan dijadikan hospital merawat pesakit COVID 19 sepenuhnya sebagai strategi mendepani kemasukan pesakit COVID 19 yang tinggi kata Pengarah Kesih...
Kritik Guna Air Kencing Najis Lembu Untuk Rawat Covid 19 Di India 2 Lelaki Ini Dipenjara Selama 45 Hari

Kritik Guna Air Kencing Najis Lembu Untuk Rawat Covid 19 Di India 2 Lelaki Ini Dipenjara Selama 45 Hari

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 238 hits
Kritik guna air kencing najis lembu untuk rawat Covid 19 di India 2 lelaki ini dipenjara selama 45 hariDua lelaki di India dipenjara selama 45 hari kerana cuba menegakkan kebenaran bahawa urin dan najis lembu bukan ubat yang boleh menewaska...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point