Mp Wangsa Maju Mahu Heret Ngo Didakwa Hasut Peniaga Uptown Danau Kota Ke Mahkamah


Faiz ZainudinAhli Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew bercakap kepada media di pusat khidmat beliau hari ini. Turut hadir wakil polis dari IPD Wangsa Maju. KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah kerana menghasut dan menghina beliau sebagai wakil rakyat.

Tan berkata, keputusan mengheret Ridzuan ke mahkamah itu disebabkan pemimpin NGO itu didakwa menghasut peniaga tapak lama Uptown Danau Kota bahawa beliau kononnya telah menyalah guna kuasa dalam pemberian tapak niaga baru di Bazaria Wangsa Maju.

“Saya telah maklumkan kepada peguam saya dan kami dalam proses menfailkan saman di mahkamah.

“Saya sudah beri dokumen kepada peguam sejak 2 minggu lalu. Mungkin sehari dua ini kita akan fail ke mahkamah, selepas itu saya akan bagi surat tuntutan kepada beliau (Ridzuan),” katanya pada sidang media di pusat khidmat ahli Parlimen Wangsa Maju di sini hari ini.

Katanya, tuntutan pemohonan maaf secara terbuka daripada Ridzuan juga akan dibuat.

Hadir sama pada sidang media tersebut, ialah wakil polis dari IPD Wangsa Maju, serta beberapa persatuan susulan kejadian samun membabikan pelajar di kawasan Parlimen berkenaan baru-baru ini.

Katanya, tindakan saman itu dibuat kerana Ridzuan juga didakwa menghasut peniaga sehingga 157 laporan polis dibuat terhadap beliau.

Tan berkata, beliau juga telah membuat laporan polis terhadap Ridzuan atas dakwaan sama.

Dalam laporan polis pada 11 Jan, Tan berkata, beliau percaya Ridzuan telah melakukan hasutan berhubung dakwaan berlakunya salah guna kuasa dalam pemberian tapak niaga baru di Bazaria Wangsa Maju.

“Saya menafikan segala tuduhan dalam kesemua 157 laporan polis mengenai perkara itu kerana ia adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

“Saya diberitahu bahawa kesemua isi kandungan 157 laporan polis itu adalah sama dan saya percaya ada orang yang menyediakan laporan itu untuk mereka,” kata Tan.

Tan berharap pihak polis menyiasat kesemua laporan serta tuduhan palsu yang trkandung dalam laporan polis terbabit.

Tan juga mengesa pihak polis menyiasat motif Ridzuan mengutif bayaran RM150 daripada peniaga dengan alasan mahu membantu mereka kembali berniaga di tapak asal.

“Ridzuan kata lebih 300 setuju jadi ahli Ikhlas. Saya difahamkan 49 orang sudah membuat bayaran. Saya minta polis siasat apakah motif dia kutip duit tersebut sebab semua orang tahu tapak lama sudah ditutup,” katanya.

Tan berkata, daripada 157 individu yang membuat laporan polis tersebut, tidak semua yang layak menerima tapak untuk berniaga.

“DBKL sudah membuat siasatan latar belakang mereka yang buat laporan polis itu, bukan semua layak.

“Terdapat juga pihak yang menyewakan tapak kepada orang lain. Jadi mereka tidak layak mendapat tapak di kawasan baru,” katanya.

Tan berkata, sehingga kini hampir 60 tapak baru masih kosong dan ia akan diisi mereka yang layak, termasuk dalam kalangan yang membuat bantahan sebelum ini selepas ia diluluskan pihak DBKL.

Katanya, terdapat juga beberapa peniaga yang telah mendapat tapak, tetapi tidak hadir membuat undian kerana takut kepada “sindiket” di tapak lama.

Tan juga menafikan dakwaan Ikhlas sebelum ini bahawa wujudnya pemberian tapak baru kepada kroni.

“Saya tidak tahu. DBKL perlu buat siasatan kalau ada tuduhan seperti ini, tetapi pada pengetahuan saya ada banyak tuduhan yang tak benar. Kalau ada orang sewakan tapak kepada orang lain saya rasa DBKL perlu menarik balik lesen kepada mereka,” katanya.

Isu tapak Uptown Danau Kota yang diarah tutup pihak berkuasa memuncak apabila lebih 200 peniaga masing-masing membuat laporan polis terhadap Tan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Hisham Ahmad Dahlan dan pengerusi Penjaja Bazaria Wangsa Maju, Ibrahim Merican.

Peniaga terbabit yang mendakwa berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tapak niaga baru di Bazaria Wangsa Maju oleh pihak yang dinamakan membuat laporan di Balai Polis Setapak awal Jan lalu dengan dibantu oleh Ikhlas.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/mp-wangsa-maju-mahu-heret-ngo-didakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Hina Mahkamah Latheefa Masih Tunggu Notis Peguam Najib

Didakwa Hina Mahkamah Latheefa Masih Tunggu Notis Peguam Najib

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Latheefa Koya belum terima notis daripada peguam Najib Razak berhubung dakwaan menghina mahkamah kerana mendedahkan 9 rakaman audio yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu berhubung skandal 1MDB Saya masih menunggu noti...
Maju Pilkada Kota Batam Rian Ernest Kritisi Persoalan Birokrasi Hingga Investasi

Maju Pilkada Kota Batam Rian Ernest Kritisi Persoalan Birokrasi Hingga Investasi

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 148 hits
Rian Ernest bakal calon Wali Kota Batam 2020 dari jalur independen melihat permasalahan birokrasi investasi serta pengangguran jadi fokus utama untuk dituntaskan jika dia terpilih memimpin Batam
Henti Sewa Atas Sewa Tapak Perniagaan Khalid Beri Amaran Peniaga Uptown

Henti Sewa Atas Sewa Tapak Perniagaan Khalid Beri Amaran Peniaga Uptown

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 412 hits
Peniaga pasar malam atau uptown berlesen dari DBKL didakwa menjalankan aktiviti sewa atas sewa tapak perniagaan KUALA LUMPUR Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad memberi amaran kepada peniaga pasar malam atau uptown menghentikan aktivit...
Maju Pilgub Kalteng Eks Wali Kota Palangka Raya Akan Tingkatkan Kualitas Sdm Warga

Maju Pilgub Kalteng Eks Wali Kota Palangka Raya Akan Tingkatkan Kualitas Sdm Warga

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 174 hits
Selama menjabat wali kota Riban pernah meraih beberapa penghargaan Di antaranya sebagai tokoh dan pejabat publik komunikatif dan kompeten pada 2012 Kemudian mendapat penghargaan di tahun 2016 dari Menteri Kesehatan RI atas kinerja daerah ya...
Amalan Terbaik Pak21 Di Sm All Saints Kota Kinabalu

Amalan Terbaik Pak21 Di Sm All Saints Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 744 hits
Perancangan tahun lepas akhirnya berjaya juga direalisasikan minggu ketiga awal tahun 2020 nih Jutaan terima kasih buat sekolah hebat 115 tahun nih SM All Saints terutamanya Pengetua Dr Mary Gambidau dan PK Pentadbiran Cg Han yang bersusah ...
Pimpinan Dpr Dukung Pemerintah Berantas Tambang Ilegal Di Dekat Ibu Kota Baru

Pimpinan Dpr Dukung Pemerintah Berantas Tambang Ilegal Di Dekat Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 201 hits
Apalagi ilegal ditutup dan ditangkap Harus diberantas yang begitu begitu ujar Dasco
4 Masjid Cantik Di Sekitar Kota Bharu Bagi Mengaut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadhan

4 Masjid Cantik Di Sekitar Kota Bharu Bagi Mengaut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 275 hits
Assalammualaikum dan Salam RamadhanSetiap kali menjelang tiba bulan yang penuh kemuliaan ini rakyat Kelantan akan mengadakan persiapan rapi dalam menyambut bulan Ramadhan Saya berkesempatan untuk melawat 4 Masjid yang bagi saya sangat canti...
Bacawalkot Riza Sebut Tangsel Punya Banyak Kampus Cocok Jadi Kota Mahasiswa

Bacawalkot Riza Sebut Tangsel Punya Banyak Kampus Cocok Jadi Kota Mahasiswa

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 191 hits
Pilkada Serentak bakal kembali digelar pada 23 September 2020 Salah satu daerah yang bakal mengikutinya adalah Wali Kota Tangerang Selatan
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It