Henti Sewa Atas Sewa Tapak Perniagaan Khalid Beri Amaran Peniaga Uptown


Nur Hasliza Mohd SallehPeniaga pasar malam atau uptown berlesen dari DBKL didakwa menjalankan aktiviti ‘sewa atas sewa’ tapak perniagaan. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad memberi amaran kepada peniaga pasar malam atau uptown menghentikan aktiviti “sewa atas sewa” tapak perniagaan yang diamalkan kebanyakan peniaga berlesen dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Khalid berkata, aktiviti itu berlaku secara berleluasa di hampir seluruh kawasan uptown Kuala Lumpur termasuk pasar malam Danau Kota di mana peniaganya membuat laporan polis terhadap DBKL baru-baru ini.

Beliau berkata, DBKL dalam usaha menghapuskan gejala tidak sihat itu satu persatu dimulakan dengan Uptown Danau Kota sebagai lokasi pertama.

Katanya, DBKL sudah membuat bancian sebanyak 3 kali bagi mengenal pasti peniaga yang sah dan mempunyai lesen untuk menjaja di kawasan itu.

“Kita pun nak beritahu kepada yang menyewa tapak ni, mereka kena cari tempat lainlah, jadi produktif.

“Selama ini memang macam itulah berlaku di KL yang black market, underground, ini sumber pendapatan mereka jadi kita kena menjadi lebih telus supaya peniaga lebih maju, tidak terkongkong,” katanya dalam sidang media berhubung kes Bazaria Wangsa Maju di Menara DBKL 1, hari ini.

Terdahulu, lebih 100 peniaga Uptown Danau Kota membuat laporan di Balai Polis Setapak bagi menuntut ganti rugi selepas hilang mata pencarian apabila tapak niaga tersebut diarah tutup.

Khalid bagaimanapun berkata lebih 50 daripada 157 peniaga yang membuat laporan terhadap DBKL disebabkan mereka enggan ke tapak baru di Bazaria Wangsa Maju dengan menyewakan tapak mereka kepada penjaja lain.

Seramai 26 peniaga pula mengupah pekerja lain menguruskan tapak dan 12 lagi memiliki tapak baru.
Katanya, 5 lagi individu daripada kumpulan itu menyewakan tapaknya kepada warga asing dan 60 orang daripada kumpulan tersebut sebenarnya bukan peniaga.

Bazaria Wangsa Maju merupakan lokasi pemindahan sementara untuk penjaja di Uptown Danau Kota yang telah ditutup.

400 penjaja menjelaskan bayaran sewa dan lesen untuk memulakan perniagaan mereka di tapak baru, 385 daripadanya sudahpun mula perniagaan.

Hanya 7 penjaja masih belum membuat bayaran, 32 pula menunggu surat tawaran daripada DBKL untuk dimuktamadkan.

Baki 60 tapak masih kosong sehingga kini untuk diteliti oleh DBKL.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/henti-sewa-atas-sewa-tapak-perniagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Uptown Ikhlas Sanggah Tan Khalid Samad

Isu Uptown Ikhlas Sanggah Tan Khalid Samad

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 225 hits
M FAKHRULL HALIM Susulan respons wakil rakyat dan menteri terhadap bantahan peniaga pasar larut malam Danau Kota kelmarin Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia Mohd Ridzuan Abdullah tampil membuat kenyataan balas ...
Mp Wangsa Maju Mahu Heret Ngo Didakwa Hasut Peniaga Uptown Danau Kota Ke Mahkamah

Mp Wangsa Maju Mahu Heret Ngo Didakwa Hasut Peniaga Uptown Danau Kota Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 309 hits
Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew bercakap kepada media di pusat khidmat beliau hari ini Turut hadir wakil polis dari IPD Wangsa Maju KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew akan mengambil tindakan undang undang terhadap peng...
Pinjaman Tekun Untuk Memulakan Perniagaan

Pinjaman Tekun Untuk Memulakan Perniagaan

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 483 hits
Nak memulakan tahun 2020 dengan memulakan perniagaan Nak berniaga tapi modal tak cukup Macam mana nak buat ni Kekurangan atau ketiadaan modal permulaan adalah merupakan masalah atau penghalang utama dalam
Samsung Melantik Ketua Perniagaan Peranti Mudah Alih Baharu

Samsung Melantik Ketua Perniagaan Peranti Mudah Alih Baharu

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 329 hits
Setiap kali peranti baharu Samsung dilancarkan susuk tubuh DJ Koh akan sentiasa di atas pentas kerana beliau merupakan ketua eksekutif perniagaan peranti mudah alih gergasi Korea ini Tetapi rombakan bahagian pengurusan di Samsung telah dila...
Contoh Rancangan Perniagaan Terbaik Untuk Pembiayaan

Contoh Rancangan Perniagaan Terbaik Untuk Pembiayaan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 713 hits
Sumber gambar serilawitcorner blogspot comAnda nak memulakan perniagaan atau nak mengembangkan perniagaan Anda perlukan modal untuk proses tersebut Sebab itu ramai peniaga sekarang ni membuat Kertas Kerja Rancangan Perniagaan untuk merancan...
11 Kelebihan Mempunyai Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

11 Kelebihan Mempunyai Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 473 hits
Bersaing dengan usahawan lain sedia ada memang agak rumit Namun dengan usaha berterusan dan kemudahan yang disediakan oleh istitusi kewangan serta Kerajaan untuk membantu usahawan di negara ini sedikit sebanyak menambah keyakinan bakal peni...
Sebak Anak Patung Buku Kanak Kanak Ditemui Di Tapak Kejadian Pesawat Terhempas

Sebak Anak Patung Buku Kanak Kanak Ditemui Di Tapak Kejadian Pesawat Terhempas

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 417 hits
Menurut laporan televisyen negara Iran semua mangsa yang menaiki pesawat Ukraine yang terhempas di Iran telah terkorban Ketua Jabatan Kecemasan Iran mengatakan bahawa terdapat 179 penumpang dan anak kapal di atas pesawat yang jatuh termasuk...
Cara Ukur Saiz Kasut Dengan Betul Mengikut Ukuran Tapak Kaki

Cara Ukur Saiz Kasut Dengan Betul Mengikut Ukuran Tapak Kaki

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 1221 hits
Cara Ukur Saiz Kasut Dengan Betul Mengikut Ukuran Tapak Kaki Sebagai seorang ibu terus terang sis rasa sangat susah dan pening kepala bila libatkan urusan beli kasut pada anak Lagi lagi untuk kasut sekolah yang bertutup tu Masa bawa anak be...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini