4 Masjid Cantik Di Sekitar Kota Bharu Bagi Mengaut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadhan
Assalammualaikum dan Salam Ramadhan
Setiap kali menjelang tiba bulan yang penuh kemuliaan ini, rakyat Kelantan akan mengadakan persiapan rapi dalam menyambut bulan Ramadhan.
Saya berkesempatan untuk melawat 4 Masjid yang bagi saya sangat cantik yang sesuai untuk kita mengimarahkan lagi 10 Malam Terakhir Ramadhan di sekitar Kota Bharu .
1. Masjid Muhammadi, Kota Bharu
Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu.
Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.
Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933).
Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah.
2. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang.
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau juga dikenali sebagai Masjid Beijing.
Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.
Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
3. Masjid Kampung Laut, Nilam Puri
Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Nilam Puri, sebuah petempatan kira-kira 11 kilometer (6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan. Merupakan Masjid Tertua di Negara Kita.
Masjid ini dibina pada abad ke-18 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di Malaysia serta di Asia Tenggara. Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan sebarang paku.
Masjid ini dinamakan sempena Kampung Laut sebuah kampung di tebing Sungai Kelantan dalam Jajahan Tumpat, yang mana terletaknya lokasi asal masjid tersebut sebelum ianya dipindahkan ke tempat sekarang.
4. Masjid Noor Aini, Pasir Hor
Masjid Noor Aini dikenali sebagai Masjid Cahaya Mataku. Terletak di Pasir Hor, Kubang Kerian. Ianya mengambil masa kira-kira 10-15 minit dari pusat Bandar Kota Bharu dan lokasi masjid ini agak terselindung didalam kejiranan Pasir Hor.
Masjid yang terukir indah ini merupakan idea Tengku Noor Aini yang mana beliau adalah kerabat Di Raja Kelantan. Kerana terlalu cintakan keseniaan maka terbentuklah satu masjid yang berteraskan seni bina Melayu tradisional serta gabungan unsur-unsur keislaman didalamnya.
Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM2 juta, dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh Tengku Noor Aini. Ukirannya di ukir oleh Pengukir dari Bali, Indonesia namun ukiran yang diterapkan masih menggunakan ciri-ciri ukiran tradisional Kelantan. Untuk mengekalkan senibina asal masjid ini tidak menggunakan penghawa dingin tatapi dilengkapi kipas siling yang besar.
Bagi saya pengalaman dapat melawati Masjid² yang indah dan cantik di Negeri Serambi Mekah merupakan satu pengalaman yang sangat berharga.
Marilah kita mengimarahkan masjid² yang ada dikawasan kita sempena 10 Malam Terakhir Ramadhan. Moga segala amalan yang kita lakukan diterima Allah S.w.t.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ohsemnow.com/2019/05/4-masjid-cantik-di-sekitar-kota-bharu.html