Mp Umno Masih Duduk Di Blok Kerajaan


malaysiakini.com
Diterbitkan 26 Jul 2021, 10:14 am
Dikemaskini 10:36 am

Walaupun Umno telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, para menteri dan ahli parlimennya tetap duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun memberitahu petugas media bahawa dia tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan tempat duduk di parlimen.

Carta tempat duduk di laman web parlimen yang dikemas kini semalam menunjukkan timbalan perdana menteri yang baru, Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Hishammuddin Hussein duduk bersama Muhyiddin dan menteri kabinet lain seperti Azmin Ali dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ismail kini dilihat mengambil alih tempat yang sebelum ini diduduki Azmin Ali.

Menerusi carta tempat duduk itu, ahli parlimen Umno berada di sebelah ahli parlimen PAS, Bersatu dan parti-parti lain dari MCA, MIC serta dari Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) juga dilihat duduk di blok PN walaupun sebelum ini menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Semalam Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu telah memutuskan bahawa semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari Umno perlu melepaskan jawatan mereka sekiranya Ordinan Darurat terus berkuatkuasa selepas 1 Ogos.

Dia berkata demikian ketika menyampaikan desakan Umno bahawa pengisytiharan dan Ordinan Darurat mesti dimansuhkan semasa sidang khas parlimen hari ini.

Memetik Perlembagaan Persekutuan, Zahid berkata menurut Perkara 150 (7), peraturan darurat akan terus berkuatkuasa selama enam bulan lagi setelah berakhirnya proklamasi darurat kecuali dimansuhkan oleh parlimen.

Mesyuarat khas Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula hari ini akan menyaksikan menteri kabinet memberikan taklimat kepada ahli-ahli parlimen mengenai tindakan menangani Covid-19.

Persidangan khas parlimen ini diadakan setelah Yang di-Pertuan Agong bertitah agar parlimen bersidang segera, namun dijangka tidak akan berlaku perbahasan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/mp-umno-masih-duduk-di-blok-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Duduk Blok Pembangkang Atau Kerajaan Umno Putus Malam Ini

Panas Duduk Blok Pembangkang Atau Kerajaan Umno Putus Malam Ini

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 330 hits
inforakyat netDuduk blok pembangkang atau kerajaan Umno putus malam ini Kedudukan UMNO berkemungkinan besar masih lagi berada sebagai blok kerajaan dalam persidangan Dewan Rakyat bermula pada Isnin Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Mas...
Zaid Ibrahim Cabar Mp Umno Duduk Sebelah Pembangkang Jika Tidak Menyokong Kerajaan

Zaid Ibrahim Cabar Mp Umno Duduk Sebelah Pembangkang Jika Tidak Menyokong Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 489 hits
Zaid Ibrahim cabar MP Umno duduk sebelah pembangkang jika tidak menyokong kerajaan Zaid Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Umno memutuskan sama ada mereka akan terus menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan duduk di barisan kerajaan da...
Umno Berkemungkinan Besar Dalam Blok Kerajaan Ahmad Maslan

Umno Berkemungkinan Besar Dalam Blok Kerajaan Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 447 hits
Kedudukan UMNO berkemungkinan besar masih lagi berada sebagai blok kerajaan dalam persidangan Dewan Rakyat bermula pada Isnin Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata secara dasarnya mereka tidak menarik sokongan kepada kerajaa...
Ku Li Mohon Tempat Duduk Keluar Dari Blok Kerajaan

Ku Li Mohon Tempat Duduk Keluar Dari Blok Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 266 hits
Ku Li mohon tempat duduk keluar dari blok kerajaan KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razeleigh Hamzah memohon kepada Yang di Pertua Dewan Rakyat supaya memindahkan tempat duduknya berhampiran dengan blok bebas kerana tidak menyok...
Kata Umno Dah Tak Sokong Muhyiddin Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni

Kata Umno Dah Tak Sokong Muhyiddin Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 440 hits
Walaupun Umno telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin para menteri dan ahli parlimennya tetap duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat hari ini Semalam Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun memberitahu petugas media bahawa...
Tentukan Nak Duduk Sebelah Mana Kata Zaid Kepada Ahli Parlimen Umno

Tentukan Nak Duduk Sebelah Mana Kata Zaid Kepada Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 354 hits
freemalaysiatoday com July 25 2021 11 00 AMBekas menteri undang undang Zaid Ibrahim menyifatkan ia tidak masuk akal jika Umno mendakwa tidak lagi menyokong perdana menteri tetapi masih bersama kerajaan PETALING JAYA Zaid Ibrahim mencabar Ah...
Kesetiaan Dalam Umno Kian Hancur Tindakan Keluar Kerajaan Tak Boleh Dilengahkan Lagi

Kesetiaan Dalam Umno Kian Hancur Tindakan Keluar Kerajaan Tak Boleh Dilengahkan Lagi

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 247 hits
Nampaknya satu demi satu rakaman audio mesyuarat MT UMNO pada 7 Julai lalu dibocorkan kepada umum Setelah sebelum ini audio Zahid Hamidi dan Abdul Rahman Dahlan dalam mesyuarat tersebut dibocorkan semalam audio Tajuddin Abdul Rahman pula di...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka

Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan

Trippy Bros Elevate Your Mind Embrace The Journey

Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan