Tentukan Nak Duduk Sebelah Mana Kata Zaid Kepada Ahli Parlimen Umno


freemalaysiatoday.com
Nicholas Chung
-July 25, 2021 11:00 AM
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menyifatkan ia tidak masuk akal jika Umno mendakwa tidak lagi menyokong perdana menteri tetapi masih bersama kerajaan.
PETALING JAYA: Zaid Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Umno memutuskan sama ada mereka akan terus menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan duduk di barisan kerajaan dalam sidang khas Parlimen esok.

Bekas menteri undang-undang itu menyifatkan ia tidak masuk akal jika Umno mendakwa tidak lagi menyokong perdana menteri tetapi masih bersama kerajaan.

Beliau turut mendesak semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang supaya berhenti memikirkan soal kepentingan politik masing-masing tetapi nyatakan pendirian sama ada ingin menyokong kerajaan atau pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim.

“Sudah tentu, ramai Ahli Parlimen yang mengkritik perdana menteri dan kerajaan tetapi mereka tidak semestinya bersama pembangkang. Dalam sistem kita, tidak menyokong perdana menteri bermaksud tidak menyokong kerajaan.

“Sebaliknya, disebabkan mereka duduk di kerusi barisan kerajaan, kita boleh katakan mereka sebahagian daripada kerajaan, walaupun menyerang perdana menteri,” katanya.

“Rakyat hanya ingin tahu perkara sebenar, jangan ada lagi lakonan untuk mereka. Mereka juga tidak perlu akuan bersumpah (SD) atau hadapi pendirian berubah-ubah yang hanya lebih mengelirukan,” katanya kepada FMT.

Zaid berkata rakyat mahu tahu siapa Ahli Parlimen yang memiliki “ketertiban dan keberanian” untuk melakukan perubahan terhadap kerajaan dan menunjukkan pendirian sebenar mereka.

Beliau juga menggesa Muhyiddin berpegang kepada kata-katanya yang diucapkan ketika pelancaran mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2020 apabila dia mahukan demokrasi berparlimen untuk Malaysia.

“Jika begitu, benarkan supaya usul pemimpin pembangkang dapat dibahaskan dan diundi oleh Ahli Parlimen. Jika usul itu gagal, ia membuktikan anda mempunyai majoriti dan boleh teruskan memerintah.

“Dengan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan anda, tidak mungkin pembangkang dapat mengumpulkan cukup kerusi di Parlimen untuk mengundi anda keluar. Mari jadikan sidang Parlimen minggu depan sebagai persidangan yang penuh bermakna.”

Zaid turut mempersoalkan mengapa Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak usul Anwar untuk membahaskan ordinan darurat dan adakah ia disebabkan kebimbangan sama ada Muhyiddin kehilangan sokongan besar Ahli Parlimen.

“Saya ingin percaya bahawa Peguam Negara betul ketika berkata tidak ada fakta menunjukkan perdana menteri kehilangan sokongan majoriti. Saya juga ingin percaya kenyataan Zuraida Kamaruddin bahawa perdana menteri mempunyai sokongan lebih daripada mencukupi untuk menang undi tidak percaya.

“Tetapi tingkah laku speaker menyatakan sebaliknya. Mengapa timbulkan kesilapan teknikal usul yang diberikan oleh pemimpin pembangkang hingga boleh menolak permintaan supaya usul ordinan darurat itu dapat dibahas?

“Mengapa tidak perbetulkan kesilapan itu dan membenarkan usul dibentang dalam Dewan dan membuat pengundian?

“Ini adalah masanya untuk kembali kepada kerajaan yang berfungsi sebaiknya dan hilangkan rasa curiga sama ada perdana menteri mempunyai sokongan majoriti,” katanya.

Pada 12 Julai, Anwar menghantar satu usul untuk dibahaskan dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang dan bukannya menumpukan terhadap pembentangan berkaitan urusan kerajaan.

Namun semalam Azhar berkata beliau menolak usul presiden PKR itu kerana ia dihantar terlalu awal apabila difailkan tiga hari sebelum notis sidang khas Parlimen dikeluarkan.

“Aturan Mesyuarat 11(3) secara jelas menyatakan urusan sesi sidang khas harus diputuskan oleh perdana menteri. Dalam perkara ini, usul anda tidak diambil kira di bawah perkara sidang khas yang mana ia telah diputuskan,” kata Azhar kepada Anwar dalam jawapan bertulis


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/tentukan-nak-duduk-sebelah-mana-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lari Macam Mana Pun Muhyiddin Tetap Akan Tersungkur Kata Ahli Parlimen Amanah Pkr

Lari Macam Mana Pun Muhyiddin Tetap Akan Tersungkur Kata Ahli Parlimen Amanah Pkr

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 307 hits
Nora MahparPETALING JAYA Muhyiddin Yassin tetap akan tersungkur dari jawatan Perdana Menteri dalam masa terdekat ini walaupun beliau menggunakan pelbagai helah untuk terus mengelak daripada sebarang pembuktian bahawa Presiden Bersatu itu su...
Zaid Ibrahim Cabar Mp Umno Duduk Sebelah Pembangkang Jika Tidak Menyokong Kerajaan

Zaid Ibrahim Cabar Mp Umno Duduk Sebelah Pembangkang Jika Tidak Menyokong Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 457 hits
Zaid Ibrahim cabar MP Umno duduk sebelah pembangkang jika tidak menyokong kerajaan Zaid Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Umno memutuskan sama ada mereka akan terus menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan duduk di barisan kerajaan da...
Ahli Parlimen Umno Harus Undi Batal Kuasa Darurat Kata Zahid

Ahli Parlimen Umno Harus Undi Batal Kuasa Darurat Kata Zahid

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 371 hits
July 25 2021 8 08 PMAhmad Zahid Hamidi berkata Ahli Parlimen Umno mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan ordinannya PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata semua Ahli Parlimen parti i...
Sidang Dewan Rakyat Tangguh Kami Tetap Mahu Turun Parlimen Kata Ahli Parlimen Pembangkang

Sidang Dewan Rakyat Tangguh Kami Tetap Mahu Turun Parlimen Kata Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 339 hits
July 31 2021 8 50 PMSebilangan Ahli Parlimen pembangkang sepakat tetap akan hadir ke Parlimen Isnin ini sebagai tanda bantahan PETALING JAYA Sebilangan Ahli Parlimen pembangkang tetap bertegas mahu hadir ke Parlimen Isnin ini walaupun hari ...
Biadap Pada Agong Tok Mat Nasihat Ahli Parlimen Umno Jauhkanlah Diri

Biadap Pada Agong Tok Mat Nasihat Ahli Parlimen Umno Jauhkanlah Diri

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 332 hits
Biadap pada Agong Tok Mat nasihat Ahli Parlimen UMNO jauhkanlah diri Ahli Parlimen Umno perlu menjauhkan diri daripada diheret ke dalam krisis antara kerajaan Perikatan Nasional dengan Istana Negara kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan...
Bukan Ahli Parlimen Sahaja Ahli Umno Pun Sama Bodo Lantik Ahli Parlimen Yang Bodo

Bukan Ahli Parlimen Sahaja Ahli Umno Pun Sama Bodo Lantik Ahli Parlimen Yang Bodo

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 426 hits
Ahli Parlimen Umno ni bodohkah tidak reti nak jaga parti TajuddinAhli Parlimen Umno tahu apa yang perlu dilakukan apabila tiba masanya untuk mengundi usul pada sidang Parlimen akan datang kata Tajuddin Abdul Rahman menjawab gesaan kepada wa...
Zahid Ahli Parlimen Umno Perlu Melepaskan Semua Jawatan Dalam Kerajaan Jika Darurat Dilanjutkan Selepas 1 Ogos

Zahid Ahli Parlimen Umno Perlu Melepaskan Semua Jawatan Dalam Kerajaan Jika Darurat Dilanjutkan Selepas 1 Ogos

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 274 hits
Ahli Parlimen Umno harus undi batal kuasa darurat kata ZahidFMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata semua Ahli Parlimen parti itu harus menyokong usul untuk membatalkan Proklamasi Darurat serta ordinannya dalam s...
Semua Ahli Parlimen Boleh Hadir Tiada Sidang Hibrid Kata Speaker

Semua Ahli Parlimen Boleh Hadir Tiada Sidang Hibrid Kata Speaker

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 373 hits
July 25 2021 Azhar Azizan Harun berkata semua wakil rakyat termasuk mereka yang belum divaksin dibenarkan menghadiri sidang khas Dewan Rakyat bermula esok KUALA LUMPUR Semua 220 Ahli Parlimen dibenarkan menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ket...
Rakyat Dikurung Dikompaun Perlukan Penjelasan Pm Kata Ahli Parlimen Pkr

Rakyat Dikurung Dikompaun Perlukan Penjelasan Pm Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 271 hits
July 27 2021 11 15 AMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak boleh bersikap lepas tangan susulan pemakluman Takiyuddin Hassan Ordinan Darurat dibatal sejak 21 Julai lalu PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu memberi penjelasan...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Domain Portfolio Generating Income

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram

Paris Based Iea To Support Malaysia In Exploring Nuclear Energy Policy Says Dpm Fadillah

Not All Flag Mistakes Are Equal

Nasi Lemak Is Popular Among Malaysians Over Other Local Meals Why

Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan