Mp Umno Dan Pas Hanya Pak Turut




Dua hari lepas TS Annuar Musa berkicau di Twitter mencadangkan supaya "Parlimen dibubarkan agar kerajaan dapat dibentuk melalui pintu depan, seperti yang dimahukan Muafakat Nasional." Sejak semalam makin ramai MP/warlord Umno mula buat bantahan terbuka.

Sebenarnya dah menjadi rahsia umum bahawa:

1. MP Umno dan Pas hanya dijadikan pak turut kerajaan Muhyiddin-Azmin. Azmin yang dibuang oleh PKR diangkat sampai jadi TPM bayangan, menjadikan secara tidak langsung PPBM menguasai kerusi PM dan TPM. Tindakan Muhyiddin ini menghina peranan Umno yang ada 41 kerusi dan Pas dengan 18 kerusi. Harus diingat bahawa ahli parlimen PPBM yang asal cuma 13 orang (termasuk Tun Mahathir, Mukhriz, Dr. Maszlee, Syed Saddiq, Ir. Amiruddin, dan arwah Dr Md Farid). Jadi PPBM asal yang dibawa oleh Muhyiddin hanyalah 7 orang sebab 14 orang lagi MP PPBM adalah yang melompat dari Umno. Azmin cuma bawa 10 kerusi dan surprisingly 9 orang dapat jadi Menteri dan Timbalan Menteri, sorang lagi memang Timbalan Speaker.

2. Petanda bahawa Muafakat Nasional (Umno dan Pas) tidak akan melayan PPBM dan geng Azmin dalam PRU-15. MN dan BN tidak sanggup lagi berkongsi pertindihan kerusi Parlimen, kerana pertindihan kerusi antara Umno dan Pas pun sudah complicated.

3. Umno nampaknya tidak senang dengan penghinaan Muhyiddin terhadap Najib (Penasihat BN), Zahid, Tok Mat, Khaled Nordin, Mahdzir Khalid, Tengku Adnan, Tajuddin Rahman, Idris Jusoh, Shahidan Kasim, Bung Moktar, Ahmad Maslan, Asyraf Wajdi (Ketua Pemuda) dan lain-lain. Dengan tidak melantik mereka ini, Muhyiddin seolah-olah  memberi gambaran bahawa nama-nama ini adalah liabiliti kerajaan, tidak lepas tapisan SPRM, dan yang penting sekali hanya backbenchers a.k.a tukang cukupkan korum kerajaan Muhyiddin-Azmin.

4. Sesama parti dalam PN berada dalam keadaan bersyakwasangka. Jika Muhyiddin-Azmin boleh meruntuhkan kerajaan PH dalam satu malam, tidak mustahil mereka juga boleh mempermainkan dan memanipulasi Muafakat Nasional (Umno dan Pas) dan memberi masalah kepada percaturan mereka dalam PRU-15.

5. Susunan kabinet Muhyiddin adalah untuk memerangkap Umno dan Pas. Jika kerajaan PN tidak dapat deliver, Umno dan Pas akan dikambinghitamkan. Contohnya ialah Annuar Musa yang sebelum ini sering mensasarkan usaha Khalid Samad dalam isu Kg Baru. Akhirnya Annuar Musa terpaksa menelan semua propoganda beliau sendiri, dan terpaksa menyelesaikan harga tanah Kg Baru yang katanya boleh dijual dengan harga RM2,000 sekaki persegi. Begitu juga Tuan Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar, yang terpaksa memainkan peranan besar di peringkat antarabangsa dan mengurus isu-isu pencemaran alam sekitar (seperti kes Pasir Gudang). Sementara menteri kereta terbang disimpan sebagai Tugas-tugas Khas, Menteri Undang-undang diberi kepada Takiyuddin (Pas) yang bergelut dengan kontroversi undang-undang hudud Pas. Malang sekali Presiden Pas yang diimpikan oleh ahlinya layak menjadi PM, langsung tak dipandang oleh Muhyiddin sekurang-kurangnya untuk Menteri Agama. Padahal masa nak setup kerajaan pintu belakang, Presiden Pas diusung ke sana ke mari jadi front liner siap jadi tekong baca doa.

Muhyiddin meletakkan orang Azmin untuk mengurus komunikasi dan media, melempar tanggungjawab kawalan harga barang kepada GPS dari Sarawak, dan meletakkan 'kuda tua' Umno sebagai Menteri Belia padahal dia boleh lantik Ketua Permuda Umno sebagai Senator berbanding ketua jargon PPBM.

Muhyiddin beri layanan istimewa untuk pakatan Hishamuddin-Ismail Sabri-Annuar Musa (berbanding geng Zahid) dari Umno. Tapi Hishamuddin yang digosip akan bertanding Presiden Umno pun diletak sebagai Menteri Luar, kerjanya melayan diplomat asing, tiada direct contact dengan program yang melibatkan rakyat. Ismail Sabri pulak jadi Menteri Pertahanan, juga satu kementerian yang tidak berinteraksi dengan orang ramai sebab kena fokus urusan tentera sahaja.

Annuar Musa yang menang undi 25 ribu pulak kena fokus Wilayah Persekutuan sahaja, berbanding Radzi Jidin yang dapat 6 ribu undi di parlimen yang sama dan baru 3 tahun join politik Malaysia dapat jadi Menteri Kanan. Di Wilayah Persekutuan ni masak la Annuar kena hadap kawasan urban dan 8 orang MP PH.

Pendek kata, kalau buat undi tak percaya, kemungkinan besar majoriti MP Umno akan buat undi protes bersandarkan percaturan MN dan BN untuk masuk PRU-15. Hanya ada satu pilihan untuk Muhyiddin iaitu nasihat YDPA untuk bubarkan Parlimen. Masa tu Umno dan Pas akan ucap ilalliqa ma'assalamah wa bittaufiq wannajah kepada PPBM dan kartel Azmin.

Tulisan: Mohd Hafizul Hilmi (FB)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/mp-umno-dan-pas-hanya-pak-turut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Tidak Wakili Umno Hanya Mp Terpilih

Kerajaan Pn Tidak Wakili Umno Hanya Mp Terpilih

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 167 hits
Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa tidak ada kena mengena dengan Umno tetapi dengan ahli ahli Parlimen Umno terpilih sahaja Oleh itu mesuarat Majlis Tertinggi dan Biro Politik Umno bersetuju untu...
Sertai Kabinet Pn Ada Racun Dalam Madu Umno Pas Kata Khir Toyo

Sertai Kabinet Pn Ada Racun Dalam Madu Umno Pas Kata Khir Toyo

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 408 hits
Oleh AKMAL MANAFMarch 13 2020 2 51 pm Nak dibuang madu sayang juga Nak diluah terasa sedapnya tak rasa pula racunnya Apapun kesan minum madu beracun ini yang pastinya tidak ada ubat yang mampu menyembuhkan jika sudah terlalu banyak racun da...
Umno Pas Setuju Calon Muhyiddin Pm Kelapan

Umno Pas Setuju Calon Muhyiddin Pm Kelapan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 290 hits
Demikian kenyataan media yang ditandatangani bersama Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan di sini hari ini UMNO dan PAS selaku gabungan MUAFAKAT NASIONAL telah bersetuju untuk mencalonka...
Umno Hanya Tukang Cukupkan Korum Kerajaan Azmin Muhyiddin

Umno Hanya Tukang Cukupkan Korum Kerajaan Azmin Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 367 hits
HAFIZUL HILMI Dua hari lepas TS Annuar Musa berkicau di Twitter mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan agar kerajaan dapat dibentuk melalui pintu depan seperti yang dimahukan Muafakat Nasional Sejak semalam makin ramai MP warlord Umno mula...
Dap Sarawak Menghasut Rakyat Sarawak Dan Membuat Tohmahan Jahat Kepada Umno Pas

Dap Sarawak Menghasut Rakyat Sarawak Dan Membuat Tohmahan Jahat Kepada Umno Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 325 hits
KUCHING Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Chong Chieng Jen mendakwa UMNO dan PAS yang mengetuai kerajaan persekutuan yang baharu tidak akan berbuat baik kepada Sarawak Adalah kurang bijak dan tidak masuk akal apabila berpendapat UMNO dan ...
Pinggirkan Pas Di Johor Veteran Pas Tegur Umno Tak Cerdik

Pinggirkan Pas Di Johor Veteran Pas Tegur Umno Tak Cerdik

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 357 hits
HATTA tumbangkan kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan dan Johor ialah ia tidak cerdik Lebih lebih tidak cerdik yang di Johor Ialah antara kerajaan negeri PH yang tumbang Akan tetapi Perikatan Nasional Johor itu pun ada tidak cerdiknya Dalam...
Berakhirnya Impian Jadi Pm8 Anwar Perlu Salahkan Diri Sendiri Bukan Umno Bukan Pas

Berakhirnya Impian Jadi Pm8 Anwar Perlu Salahkan Diri Sendiri Bukan Umno Bukan Pas

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 286 hits
Kamarul Yusoff Selain daripada DAP yang menjadi punca kepada tindakan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU pada 23 Februari 2020 membuat keputusan untuk membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan satu lagi pihak yang menjad...
Kabinet 55 Orang Umno Pas Bising Kabinet 70 Orang Boleh Pula

Kabinet 55 Orang Umno Pas Bising Kabinet 70 Orang Boleh Pula

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 234 hits
Kabinet Muhyiddin Yassin yang diumumkan semalam menjadi buah mulut rakyat Keanggotaan seramai 70 orang menteri dan timbalan menteri adalah sangat besar Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah mengecilkan saiz kabinet menjadi hanya 55 ora...
Azmin Juga Yang Menjadi Permata Umno Hanya Kaca Dimata Muhyiddin

Azmin Juga Yang Menjadi Permata Umno Hanya Kaca Dimata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 318 hits
Walaupun UMNO menyumbang 39 kerusi Parlimen dalam Perikatan Nasional atau PN serta memainkan peranan penting dalam merealisasikan cita cita Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kedudukan parti itu nampaknya langsung tidak diberi penghar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025