Mp Sahkan Anwar Letak Jawatan Ph Jika Terbukti Tiada Majoriti


 malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 2:01 pm

Presiden PKR Anwar Ibrahim berjanji untuk melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) jika gagal membuktikan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat kata empat ahli parlimen.

Bercakap kepada Malaysiakini, mereka yang enggan didedahkan identiti masing-masing terdiri daripada wakil PKR dan DAP.

"Betul, betul. (Anwar) maklumkan kepada kami pada Khamis," kata seorang ahli parlimen PKR.

Menurutnya, ikrar itu dilafazkan Anwar semasa pertemuan ahli parlimen pembangkang dengannya selepas Belanjawan 2021 diterima pada bacaan kedua di peringkat dasar Dewan Rakyat.

Ahli parlimen Port Dickson itu mengejutkan orang ramai selepas dimaklumkan memberi arahan agar wakil pembangkang tidak cuba menguji Belanjawan 2021 melalui undian secara blok.

Berbeza daripada undian suara - yang ditentukan speaker melalui kumpulan mana yang lebih lantang - undian secara blok dikira melalui sokongan yang diberikan setiap ahli parlimen yang hadir.

Ia juga akan mendedahkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sama ada masih memiliki sokongan majoriti di parlimen atau sebaliknya.

Kebanyakan ahli parlimen pembangkang patuh kepada arahan Anwar namun mereka kemudian mempersoalkan pendirian tersebut dalam pertemuan yang diadakan selepas itu.

Untuk rekod semalam satu surat didakwa kononnya dikeluarkan pejabat Anwar menjadi tular. Ia berisi kenyataan didakwa janji pemimpin itu untuk meletak jawatan jika gagal membuktikan sokongan yang diterimanya.

Bagaimanapun surat itu kemudian disahkan palsu dan pejabat Anwar tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Di sebalik pengesahan itu beberapa ahli parlimen memberitahu Anwar memang ada berkata demikian.

Kata mereka, Anwar meminta tempoh seminggu untuk membuktikan sokongan yang ada padanya sekali gus memungkinkan kerajaan Perikatan Nasional dijatuhkan.

Jika gagal, mereka mendakwa, Anwar berjanji akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PH.

Belanjawan 2021 akan melalui bacaan kali ketika minggu depan. Di peringkat jawatankuasa ia sekali lagi akan diuji melalui undian mengikut kementerian.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/mp-sahkan-anwar-letak-jawatan-ph-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Masih Diperlukan Belum Masanya Untuk Letak Jawatan

Anwar Masih Diperlukan Belum Masanya Untuk Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 393 hits
Hanya kerana Belanjawan 2021 gagal ditolak di peringkat dasar di Parlimen Khamis lalu gelombang kini seolah olah sengaja diwujudkan agar Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Beberapa pihak termasuk dalam PH sendiri terlih...
Anwar Dakwa Kenyataan Sedia Letak Jawatan Jikalau Gagal Tolak Belanjawan Adalah Palsu

Anwar Dakwa Kenyataan Sedia Letak Jawatan Jikalau Gagal Tolak Belanjawan Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 478 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersedia meletakkan jawatan sekiranya gagal menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi menc...
Anwar Setuju Letak Jawatan Ketua Pembangkang Jika Gagal Jatuhkan Pn

Anwar Setuju Letak Jawatan Ketua Pembangkang Jika Gagal Jatuhkan Pn

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 400 hits
Pemuda AMANAH mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan jika gagal menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dalam masa tujuh hari Perkara tersebut diberitahu Sheikh Khuzaifah yang berkata ...
Anwar Sedia Letak Jawatan

Anwar Sedia Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 586 hits
Kenyataan Anwar sedia letak jawatan jika gagal tolak belanjawan palsu Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersedia meletakkan jawatan sekiranya gagal menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa ...
Apakah Ketua Pembangkang Akan Letak Jawatan Annuar Soal Anwar

Apakah Ketua Pembangkang Akan Letak Jawatan Annuar Soal Anwar

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR 30 Nov Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di parlimen Kenyataan Annuar itu dibuat selepas pembangkang gagal dalam undi bel...
Anwar Nafi Akan Letak Jawatan Dalam Pakatan Harapan

Anwar Nafi Akan Letak Jawatan Dalam Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 539 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan jika gagal mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat Bahkan laporan yang memetik dakwaan beberapa Ahli Parlimen itu jelas untuk mencetuskan...
Mt Umno Desak Gabenor Bank Negara Dan Ceo Kwsp Letak Jawatan Kerana Menyusahkan Rakyat

Mt Umno Desak Gabenor Bank Negara Dan Ceo Kwsp Letak Jawatan Kerana Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 605 hits
Mana Gabenor Bank Negara dan CEO KWSP nak letak muka tanya MT UmnoMALAYSIA DATELINESelepas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz memenuhi dua tuntutan utama dalam Belanjawan 2021 pemimpin Umno meletakkan kesalahan kepada Gabenor...
4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah