Mp Pkr Mahu Bawa Usul Sekat Tiktok Di M Sia



(Malaysiakini) – Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran bercadang mengemukakan usul di Dewan Rakyat untuk menyekat platform media sosial TikTok.
Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini.
“Aplikasi seperti TikTok kini telah mengundang kegusaran banyak negara termasuk Malaysia dalam soal keselamatan siber.
“Kerajaan Belanda, India, Taiwan dan Norway merupakan antara kerajaan yang telah melaksanakan sekatan mutlak terhadap penggunaan aplikasi tersebut menerusi peranti milikan kerajaan sebagai langkah untuk melindungi ruang siber mereka daripada dicerobohi.
“Dengan itu saya akan membawa satu usul dalam masa terdekat menggesa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dapat melaksanakan sekatan penuh berfasa terhadap TikTok,” katanya.
Sebelum ini, Menteri KKD Fahmi Fadzil berkata pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan mesti dipertingkatkan segera.
Dia secara peribadi menekankan perkara itu semasa pertemuan dengan pengurusan tertinggi TikTok, yang diketuai oleh naib presiden Tiktok Global Helena Lersch pada 11 Okt lalu.
Fahmi berkata, TikTok juga perlu lebih proaktif dalam membendung penularan berita palsu dan kandungan fitnah di platform tersebut termasuk penyebaran Coordinated Inauthentic Behavior (CIB).
Sementara itu, Yuneswaran turut mendakwa bahawa aplikasi TikTok yang dibangunkan oleh syarikat China Bytedance turut menggugat ekosistem perniagaan rakyat tempatan.
“Trend kenaikan trafik pengguna di negara ini telah menjadi antara faktor yang menarik perhatian golongan peniaga dari negara republik tersebut untuk mempromosikan produk.
“Mereka niagakan secara bebas tanpa sebarang pemantauan serius dari pihak TikTok Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
“Persoalan besar yang saya ingin bangkitkan di sini ialah adalah pada hakikatnya pihak TikTok Shop membayar cukai nilai tambah (VAT) kepada kerajaan memandangkan ramai dari kalangan pempengaruh mengaut keuntungan besar daripada jualan mereka menerusi platform tersebut.
“Maka, sekatan penuh berfasa yang saya nyatakan tersebut bertujuan untuk melindungi kelangsungan golongan peniaga tempatan yang pada hari ini berdepan dengan persaingan ekonomi, serta melindungi ruang siber negara,” katanya.
Untuk rekod, Kerajaan Indonesia sebelum ini mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok.
Laporan CNN Indonesia berkata Malaysia akan mengikuti langkah negara jiran itu melarang perdagangan sosial seperti TikTok Shop.
Fahmi sebelum ini ketika mengulas keputusan Indonesia berkata dia akan berhubung dengan kerajaan Indonesia bagi mendapatkan maklumat secara terperinci mengenainya dan juga daripada pengurusan TikTok.
“Saya ambil maklum ada ramai yang setuju, ramai kurang setuju, tapi kita ingin faham dahulu keadaan secara keseluruhan.
“Konteks di Malaysia berbeza daripada Indonesia tapi saya lihat ada keperluan untuk melihat secara keseluruhan,” kata Fahmi.
Pada 7 Okt lepas, Fahmi berkata kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di Malaysia.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/10/19/mp-pkr-mahu-bawa-usul-sekat-tiktok-di-msia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Mp Wants To Submit Motion Calling For Ban On Tiktok

Pkr Mp Wants To Submit Motion Calling For Ban On Tiktok

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 170 hits
Segamat MP R Yuneswaran intends to submit a motion calling on the government to ban social media platform TikTok in the country The PKR lawmaker cited cybersecurity issues as one of the reasons for the ban Applications like TikTok have cour...
Cara Buat Affiliate Tiktok Tanpa 1000 Followers

Cara Buat Affiliate Tiktok Tanpa 1000 Followers

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 274 hits
Saya rasa anda pasti dah tahu yang kita boleh buat duit di Tiktok tanpa modal iaitu dengan cara Disebabkan Tiktok merupakan platform media sosial paling popular sekarang yang bukan sahaja boleh berhibur malah ia berpotensi untuk berniaga da...
Jatuh Menjunam Syamimia Hilang Lebih 158 000 Pengikut Di Tiktok

Jatuh Menjunam Syamimia Hilang Lebih 158 000 Pengikut Di Tiktok

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 118 hits
Pempengaruh media sosial Syamimia kehilangan lebih 158 000 pengikut di TikTok susulan tindakannya mengulas punca dia tidak bersuara mengenai isu Palestin Seorang pengguna laman X mrfirdausjailan memuat naik video menunjukkan jumlah pengikut...
Tak Sangka Ini Punca Negara Seberang Larang Jual Beli Di Tiktok

Tak Sangka Ini Punca Negara Seberang Larang Jual Beli Di Tiktok

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 235 hits
Pengumuman luar jangka kerajaan Indonesia yang mula membuat sekatan dengan tidak membenarkan jual beli melalui TikTok Shop benar benar mengejutkan rakyatnya Mengikut laporan yang dinyatakan para peniaga di Indonesia tidak dibenarkan berdaga...
Tiktok Wajibkan Konten Kreator Pasang Label Khusus Menggunakan Ai

Tiktok Wajibkan Konten Kreator Pasang Label Khusus Menggunakan Ai

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 228 hits
BloggerBorneo Com Konten kreator Tiktok kini memiliki kewajiban baru TikTok mewajibkan mewajibkan bagi para konten kreator untuk memberi label khusus konten yang dihasilkan dengan bantuan dari teknologi kecerdasan buatan Terbaru TikTok memp...
Koreografi Memukau 6 Lagu K Pop Ini Tarik Perhatian Ramai Sehingga Tular Di Tiktok

Koreografi Memukau 6 Lagu K Pop Ini Tarik Perhatian Ramai Sehingga Tular Di Tiktok

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 254 hits
Aplikasi TikTok semakin popular dalam kalangan remaja sekarang ARTIKEL BERKAITAN Jadi kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 lagu K Pop yang tular pada tahun 2023 di TikTok sehingga mendapat jutaan penonton Fever Enhypen pls this is so addict...
Gara Gara Dilarang Main Tiktok Suami Tega Aniaya Istri Hingga Tewas

Gara Gara Dilarang Main Tiktok Suami Tega Aniaya Istri Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 108 hits
Kekerasan dalam rumah tangga itu pertama kali dilaporkan oleh anak korban pada keluarga besar
Pas Denies Wanting Mp Allocations To Pay Tiktok Influencers

Pas Denies Wanting Mp Allocations To Pay Tiktok Influencers

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 207 hits
Afnan Hamimi Taib Azamudden said that the PAS youth wing will be appointing young women into its leadership as there is nothing in the party s constitution that prevents it from doing so SHAH ALAM PAS has denied allegations that the party w...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik