Aplikasi TikTok semakin popular dalam kalangan remaja sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN
Pernah Jadi 'Trend', Ini 7 Dialog Ikonik Dari K-Drama Sering Digunakan Di TikTok
Jadi kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 lagu K-Pop yang tular pada tahun 2023 di TikTok, sehingga mendapat jutaan penonton.
@enhypen ♬ FEVER – ENHYPEN
‘Fever’ telah menjadi salah satu lagu yang popular di TikTok. Enhypen juga mengeluarkan video muzik lagu itu selepas ia mula mendapat tarikan ramai. Tetapi apa yang benar-benar menarik perhatian orang ramai ialah koreografi pada korus lagu tersebut yang tidak lama kemudian menjadi tular di TikTok. Penari terkenal seperti Niana Guerrero dan Nate BBGO memulakan trend terbabit sehingga mendapat perhatian ramai.

♬ What Is Love – joshi
‘What Is Love’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Twice adalah salah satu lagu terbaik bagi kumpulan itu. Walaupun ia sudah lama dikeluarkan, ‘What Is Love’ menjadi trend di TikTok pada Julai lepas. Beribu-ribu pengguna TikTok menari berlatar belakangkan lagu itu dengan beberapa video yang mendapat jutaan tanda suka.
‘BANG BANG BANG’ daripada kumpulan BIGBANG ini ialah antara lagu yang mesti diketahui oleh peminat K-Pop. Lapan tahun selepas dikeluarkan, ‘BANG BANG BANG’ masih hangat dan masih diperkatakan kerana ia menjadi tular di TikTok. Versi campuran semula lagu itu telah memasuki aplikasi TikTok dan menjadi trend tarian utama pada awal tahun ini.
#fyp #foryourpage #sadvibes #mom #kpopfyp #korean #emotionalvideos ♬ Fine – TAEYEON
Ahli dan ketua Girl’s Generation Taeyeon mengeluarkan lagu ‘Fine’ pada tahun 2017 dan ianya merupakan salah satu lagu terbaiknya setakat ini. Lagu ini bukan sahaja menunjukkan vokal mengagumkan Taeyeon, tetapi ia juga mempunyai mesej yang boleh menaikkan semangat. Lagu itu menjadi tular di TikTok dan digunakan sebagai bunyi iringan untuk video sedih.
#blackpink #PrettySavage #bornpink #블랙핑크 ♬ Pretty Savage – BLACKPINK
Semua lagu yang dikeluarkan oleh kumpulan gadis popular BLACKPINK ini mesti akan mendapat perhatian ramai. Walaupun lagu asal ‘Pretty Savage’ sudah begitu sedap untuk didengari, tetapi versi yang menjadi viral ialah hasil campuran semula oleh pengguna TikTok. Versi ini berjaya menjadikan lagu itu lebih popular apabila beribu-ribu pengguna mencuba cabaran tarian baharu di TikTok.
#LE_SSERAFIM #르세라핌 #UNFORGIVEN ♬ UNFORGIVEN (feat. Nile Rodgers) – LE SSERAFIM & Nile Rodgers
Sama seperti lagu-lagu hits Le Sserafim sebelum ini ‘Fearless’ dan ‘Antifragile’, koreografi memukau yang dicipta untuk lagu ‘Unforgiven’ telah menjadi satu trend baharu di TikTok. Sehingga sekarang masih ada yang remake tarian lagu tersebut dan mendapat banyak tanda suka daripada pengguna TikTok.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |