Mp Padang Serai Akui Beberapa Kali Ditawar Wang Jika Sokong Pn


 



Ahli Parlimen Padang Serai M Karupaiya mengakui beliau sudah beberapa kali ditawar wang jika bertindak keluar dari KEADILAN, malah digesa untuk sertai parti kerajaan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).





Paling terbaru, beliau mendakwa individu bernama Azhar menghubunginya dan berjanji akan menyalurkan peruntukan dan kontrak sekiranya beliau bersetuju untuk lompat parti dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).





“Ada orang ‘call’ saya dari Putrajaya, dia kenalkan diri sebagai Azhar. Saya tidak pasti nama samaran atau apa, saya tidak tahu.





“Dia ingin tawarkan saya sertai Bersatu. Dia kata akan bagi tawaran peruntukan yang lebih baik, kontrak dan sebagainya.





“Tetapi saya tolak, saya beritahu saya setia kepada parti,” katanya.





Malah Karupaiya berkata, ia bukanlah kali pertama individu berkenaan menghubunginya.





“Hari Ahad minggu ini, adalah kali kedua dia hubungi saya, pertama kali dia hubungi saya tidak berapa faham tentang apa yang dia katakan.





“Saya katakan saya tidak faham dan kena semak dahulu dengan Anwar berkenaan perkara ini,” katanya.





Karupaiya menjelaskan, beliau tidak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak dapat mengesahkan sama ada panggilan itu dibuat oleh individu sebenar atau hanya panggilan palsu.





“Siapa-siapa sahaja boleh hubungi kita, boleh juga hendak uji, saya tidak tahu.





“Bagi saya, sesiapa sahaja boleh uji dan sekiranya individu betul juga boleh uji saya.





“Saya setia kepada parti dan pengundi di kawasan. Saya tidak akan pindah walaupun bagi peruntukan atau tidak, saya masih jalankan tugas sebagai Ahli Parlimen,” katanya.





Karupaiya bagaimanapun bimbang sekiranya berlaku tindakan lanjut yang cuba memerangkapnya dengan gejala rasuah.





“Saya takut juga, nanti ada yang ugut. Letakkan satu beg dalam kereta saya dan kata saya sudah ambil rasuah.





“Sekarang benda ini boleh berlaku. Saya tidak mahu macam itu, apa-apa benda boleh berlaku pada kita, bila-bila masa,” katanya.





Walaupun sudah beberapa kali beliau menolak tawaran tersebut, anggota keluarganya pula menjadi sasaran.





“Semalam, ada yang hubungi anak lelaki saya selepas saya katakan tidak berminat sebelum ini.





“Mereka hubungi anak saya dan memintanya untuk hubungi saya. Anak saya katakan, sekiranya diberikan RM50 juta, saya tetap tidak akan berganjak.





“Saya tidak pasti bagaimana mereka dapat nombor telefon anak saya.





“Anak saya menetap di Kuala Lumpur dan sesetengah ahli politik tahu siapa beliau.





“Anak saya katakan bahawa ayahnya dalam keadaan stabil dan sekiranya dia tidak ada kemampuan kewangan, maka anaknya akan membantu,” katanya.





Karupaiya merupakan salah seorang daripada lima Ahli Parlimen KEADILAN yang sedang dipancing untuk menyokong kerajaan seperti didedahkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.





Empat yang lain adalah Ahli Parlimen Sg Siput, S Kesavan, Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari, Ahli Parlimen Miri, Michael Teo Yu Keng dan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/mp-padang-serai-akui-beberapa-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takkan Gadai Maruah Negara Demi Wang Dan Ugutan Untuk Sokong Pn

Takkan Gadai Maruah Negara Demi Wang Dan Ugutan Untuk Sokong Pn

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 254 hits
DAP tidak akan menggadaikan maruah negara demi wang dan ugutan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional kata setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng Berucap kepada para perwakilan di Konvensyen DAP Perak pagi ini Ahli Parlimen Bagan itu ...
Eks Mensos Juliari Mengaku Beberapa Kali Sewa Pesawat Untuk Kunjungan Kerja Ke Daerah

Eks Mensos Juliari Mengaku Beberapa Kali Sewa Pesawat Untuk Kunjungan Kerja Ke Daerah

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 291 hits
Hal itu disampaikan Juliari ketika Jaksa Penuntut Umum dari Komisi Pemberantasan Korupsi bertanya terkait transportasi digunakannya selama bertugas sebagai menteri dalam penanganan proyek bantuan sosial Covid 19
Ditawar Sokong Kerajaan Muhyiddin Lapor Sprm La Yb

Ditawar Sokong Kerajaan Muhyiddin Lapor Sprm La Yb

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 370 hits
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 digubal dengan tujuan untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam swasta dan komuniti Tela...
Pasangan Mata Wang Nzdusd Bertahan Pada Tahap Sokongan Garis Arah Aliran Menaik Bersedia Untuk Kenaikan Selanjutnya

Pasangan Mata Wang Nzdusd Bertahan Pada Tahap Sokongan Garis Arah Aliran Menaik Bersedia Untuk Kenaikan Selanjutnya

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 229 hits
Harga bertahan di atas sokongan garis arah aliran menaik jangka panjang dan menolak rintangan garis arah aliran menurun jangka pendek ke bawah Peningkatan jangka pendek di atas sokongan pertama pada tahap 0 71871 menuju rintangan pertama pa...
Rasuah Dan Pengubahan Wang Haram Suami Isteri Didakwa

Rasuah Dan Pengubahan Wang Haram Suami Isteri Didakwa

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 677 hits
Oleh Pengurus Hartanah Len Chia Whey 37 bersama isterinya Tong Karen 36 didakwa atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sejumlah RM 945 986 di Mahkamah Sesyen Shah Alam disini hari ini GAMBAR Abd Razak Aid PENGURUS hartana...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd 18 Mac Laporan Cot Andrew Bailey Ekonomi Britain Akan Merosot Sebanyak 4 Pada Suku Pertama

Pasangan Mata Wang Gbp Usd 18 Mac Laporan Cot Andrew Bailey Ekonomi Britain Akan Merosot Sebanyak 4 Pada Suku Pertama

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 328 hits
Pasangan mata wang GBP USD 1H Menurut carta setiap jam harga pasangan mata wang GBP USD menunjukkan kenaikan hampir ke tahap pembetulan 38 2 Tiada lantunan semula dari itu namun terdapat pembalikan yang memihak kepada mata wang AS Oleh itu ...
Wang Rm114 Juta Disita Dari Pavilion Residences Milik Umno Peguam

Wang Rm114 Juta Disita Dari Pavilion Residences Milik Umno Peguam

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 327 hits
Peguam Hariharan Tara Singh yang mewakili Umno berhujah wang yang disita itu adalah sumbangan politik milik Umno dan Najib Razak telah mencari sumber serta menguruskan dana parti tersebut Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu ...
Hiburan Konsert Jelajah Suria Kini Secara Digital Jangan Lepaskan Peluang Berhibur Menang Wang Tunai

Hiburan Konsert Jelajah Suria Kini Secara Digital Jangan Lepaskan Peluang Berhibur Menang Wang Tunai

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 279 hits
Rindunya nak pergi konsert tengok persembahan artis secara live Ada sesiapa macam min juga Rindu nak bersosial sambil layan konsert live Zaman takde pandemik bolehlah sembang Tapi kali ni kami nak share yang Suria FM akan kembali dengan kon...
Wang Fizikal Bitcoin Bakal Di Perkenalkan

Wang Fizikal Bitcoin Bakal Di Perkenalkan

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 259 hits
Sebuah firma yang baru dibangunkan Noteworthy dikhabarkan sedang berusaha untuk menghasilkan wang fizikal Bitcoin pertama merupakan idea daripada bekas pengarah Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat Bahagian Ukiran dan Percetakan Larry Fe...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu