Mp Kerajaan Sokong Pm Habiskan Penggal Sehingga 2023 Tolak Pru Awal


AGENDA DAILY
Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC).
Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen kerajaan mengumumkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menolak sebarang usaha yang cuba mengugat pentadbiran kerajaan sedia ada.
Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata mereka memberi sokongan kepada Ismail Sabri sehingga habis penggal pada 2023 dan menolak sebarang usaha untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) awal.
“Kami menyokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mudah-mudahan beliau dapat menerajui kerajaan hinggalah habis penggal.
“(Habis) penggal itu sehingga 2023, ya. Jadi keadaan terus stabil, terus mantap dan kukuh,” katanya semasa sidang media petang tadi di bangunan Parlimen.
Tajuddin berkata MP blok pembangkang juga menyokong kerajaan Ismail Sabri, ia terbukti apabila Bajet 2022 yang dibentangkan sebelum ini sudah diluluskan selepas memperoleh majoriti diperlukan dalam Dewan Rakyat.
“Kerajaan ini mendapat sokongan daripada semua sebagaimana yang kita semua sedia maklum bukan sahaja dari pihak kerajaan yang menyokong tetapi pihak pembangkang juga.
“Pakatan Harapan pun telah berjanji dan menyokong kerajaan ini dan PM… Kita ucap terima kasihlah kepada pihak pembangkang, ini adalah politik matang baharu yang dibawa oleh Perdana Menteri,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan dipimpin oleh Ismail Sabri selama 100 hari sudah membuktikan kemampuannya dalam menangani isu yang melibatkan kepentingan rakyat, disamping kejayaan dalam melawan penularan wabak Covid-19.
“Kita berharap beliau akan terus memimpin kerajaan, pemimpin Kabinet untuk memberikan fokus kepada usaha-usaha membela rakyat untuk mengatasi masalah-masalah seperti Covid-19 dan juga masalah ekonomi rakyat dan lain-lain yang sewajarnya menjadi tumpuan kepada kerajaan dan kita.
“Kami menaruh kepercayaan yang tinggi kepada beliau sebagai Perdana Menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam tempoh 100 hari,” katanya lagi.
Ujarnya, penurunan kes jangkitan baharu yang mendadak adalah hasil langkah yang diambil oleh pentadbiran Ismail Sabri yang cekap dan efisien dalam menguruskan krisis dihadapi negara.
Sumber Agenda Daily memberitahu sebelum ini, semasa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan baru-baru ini selepas keputusan Mahkamah Rayuan melibatkan Datuk Seri Najib Razak dikekalkan, terdapat beberapa ahli MT yang berada dalam kem Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak supaya PRU disegerakan.
Perkara itu membimbangkan kem Ismail Sabri yang berkemungkinan bakal disingkir dan akan menjadi PM tersingkat dalam sejarah.
Terdahulu, Agenda Daily melaporkan kes Najib menjadi topik utama dikalangan ahli MT UMNO yang menghadiri mesyuarat tersebut, majoriti tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan terdapat beberapa ahli MT yang membangkitkan langkah untuk mempercepatkan PRU susulan keputusan Mahkamah Rayuan paginya itu.
Ahli MT yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan terdiri daripada kumpulan sebelah kem Zahid yang diketahui juga berdepan pertuduhan di mahkamah sama seperti yang dihadapi Najib.
Untuk rekod, Zahid dan Najib berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah yang sedang berjalan ketika ini.
Mesyuarat MT tersebut juga diadakan dengan tergesa-gesa, Zahid difahamkan mempertahankan Najib selepas keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya.
“Zahid menyatakan rasa simpati terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap Najib, merasakan keputusan tersebut tidak adil dan berat sebelah,” kata sumber.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/mp-kerajaan-sokong-pm-habiskan-penggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
123 Daripada 191 Bahagian Umno Lulus Usul Sokong Ismail Sabri Kekal Pm Sehingga 2023

123 Daripada 191 Bahagian Umno Lulus Usul Sokong Ismail Sabri Kekal Pm Sehingga 2023

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 234 hits
themalaysiapost myBy December 19 2021 12 16 AMSejumlah 123 daripada 191 Bahagian UMNO telah meluluskan usul menyokong Dato Sri Ismail Sabri Yaakob terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal 2023 Menurut sumber keputusan itu ...
Selepas Hukuman Najib Kekal Isu Pru Lebih Awal Dibangkitkan Mt Umno

Selepas Hukuman Najib Kekal Isu Pru Lebih Awal Dibangkitkan Mt Umno

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 214 hits
agendaily com10 12 2021Kumpulan 15 Ahli Parlimen UMNO yang menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung pada malam selepas keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan hukuman terhada...
Umno Lebih Minat Isu Pru Awal Dan Kerusi Pm Dari Isu Bantuan Banjir Dan Covid

Umno Lebih Minat Isu Pru Awal Dan Kerusi Pm Dari Isu Bantuan Banjir Dan Covid

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 319 hits
Soalan khusus pada Zahid dan najib Banjir yang berlaku isu baru yang perlu ditangani hingga ke akar umbi terutama kali ini melibatkan majoriti pengundi Melayu Bantuan yang sangat setimpal diperlukan kerana kerosakan kali ini di luar jangkaa...
Ph Tolak Sokong Ruu Tambah Hukuman Rakyat Langgar Sop

Ph Tolak Sokong Ruu Tambah Hukuman Rakyat Langgar Sop

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 240 hits
Pakatan Harapan tidak akan menyokong Rang Undang Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang dijangka akan dibahas pada hari ini Menurut Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pindaan itu tidak dika...
Selepas Cadangan Pru Awal Ditolak Zahid Bangun Tinggal Mesyuarat Mt

Selepas Cadangan Pru Awal Ditolak Zahid Bangun Tinggal Mesyuarat Mt

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 209 hits
agendaily com15 12 2021Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Tidak seperti kebiasaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden tidak membuat penggulungan semasa penghujung mesyuarat yang berlangsung pada ...
Pemimpin Dap Tolak Anwar Hubungan Dengan Pkr Tegang

Pemimpin Dap Tolak Anwar Hubungan Dengan Pkr Tegang

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 239 hits
HUBUNGAN antara PKR dan DAP semakin tegang berikutan timbul dakwaan mengenai beberapa pemimpin DAP menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Memetik laporan Free Malaysia Today dakwaan itu dibuat oleh bek...
Walaupun Hadi Tolak Umno Majlis Syura Mahu Bincang Pada 18 Disember

Walaupun Hadi Tolak Umno Majlis Syura Mahu Bincang Pada 18 Disember

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 206 hits
MALAYSIA DATELINEWalaupun Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bertegas Pas tidak akan bersama Umno selepas parti itu menolak Bersatu pihak yang menyokong untuk bersama Umno dalam Pas terus berusaha untuk memastikan Pas bersama Umno Sehubu...
Azlina Beri Peringatan Pengundi Akan Tolak Parti Yang Tiada Pembaharuan

Azlina Beri Peringatan Pengundi Akan Tolak Parti Yang Tiada Pembaharuan

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 185 hits
Azalina Othman Said memberi amaran kepada parti politik bahawa pengundi berkemungkinan akan menolak mereka jika enggan melakukan pembaharuan dan menolak nilai progresif Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu memberitahu FMT beliau menjangkaka...
Rakyat Thailand Tolak Halalkan Kasino

Rakyat Thailand Tolak Halalkan Kasino

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 206 hits
BANGKOK Lebih 40 peratus rakyat Thailand menolak kasino perjudian dihalalkan mengikut undang undang kerana beranggapan sektor itu hanya menyebabkan masyarakat di negara ini terjebak dengan lebih banyak masalah Berdasarkan kaji selidik yang ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun