Mp Dap Lancar Kempen Asal Cek Mau Kerja


 
Pada 9 Mac 2021oleh RoketKinPusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam melancarkan kempen “Asal Cek Mau Kerja” bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para belia dan membantu mereka dalam mendapatkan pekerjaan dengan gaji munasabah.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, inisiatif ini dilakukan selepas melihat pengganguran melibatkan belia berumur 15 hingga 24 tahun meningkat ke tahap yang tinggi iaitu pada 13.9% atau melibatkan 300,000 belia pada Julai 2020.
“Justeru, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam kini melancarkan kempen ‘Asal Cek’ siri kedua bertujuan untuk membantu para belia dalam sektor pekerjaan dengan nama ‘Asal Cek Mau Kerja’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Program berkenaan adalah kesinambungan daripada kempen ‘Asal Cek Mau Pi Sekolah’ yang dilancarkan Steven pada 24 Januari lalu bagi menangani krisis pendidikan yang dihadapi oleh para pelajar berikutan impak wabak Covid-19. 
Tambah Steven, beberapa inisiatif sedang dirancang untuk kempen “Asal Cek Mau Kerja” bermula Mac 2021 ini antaranya kursus pensijilan kemahiran industri untuk anak muda berumur dari 18 hingga 30 tahun. 
Katanya, kursus berkenaan ditawarkan oleh institusi latihan melibatkan tenaga pengajar yang  berpengalaman dalam industri dan bidang masing-masing. 
Katanya yang juga Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, setiap kursus dijalankan secara atas talian dan penyertaan adalah percuma.
“Melalui kursus pensijilan kemahiran industri ini, kami berharap akan dapat membantu para belia dalam mendapatkan pekerjaan dengan gaji munasabah, dan bagi mereka yang sudahpun bekerja, dapat membantu mempertingkatkan kerjaya mereka,” ujarnya. 
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Peninsula Skills dan Forward School yang telah sudi menaja kursus-kursus tersebut bagi membantu para belia dalam mengharungi cabaran sektor pekerjaan pasca-pandemik,” tambahnya.
Kursus pensijilan kemahiran industri berkenaan adalah seperti berikut: 
E-Learning Logistics ProgrammeModul kemahiran asas industri logistik. Semua peserta perlu menamatkan ketiga-tiga kursus 1a, 1b, dan 1c di bawah. Kursus akan dijalankan dalam bahasa Inggeris.
1a) Fundamentals of warehouse 
Tarikh: 13 Mac 2021
Masa: 10am – 12.30pm
1b) Fundamentals of freight and forwarding
Tarikh: 20 Mac 2021
Masa: 10am – 12.30pm
1c) Fundamentals of safety and security
Tarikh: 27 Mac 2021
Masa: 10am – 12.30pm
Digital Skill-upModul kemahiran digital penghasilan aplikasi telefon pintar, laman web dan pemasaran digital. Peserta boleh mengambil kursus-kursus di bawah secara berasingan. Kursus akan dijalankan dalam bahasa inggeris
Build mobile app without codeTarikh: 6, 13, 20, 27 April 2021
Masa: 7pm – 9.30pm
(Kursus 4 minggu)
Build website without codeTarikh: 7, 14, 21, 28 April 2021
Masa: 7pm – 9.30pm
(Kursus 4 minggu)
Fundamentals of digital marketing Tarikh: 8, 15, 22, 29 April 2021
Masa: 7pm – 9.30pm
(Kursus 4 minggu)
Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.stevensim.com/asalcekmaukerja atau dengan menghubungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Tel: (6)04-5381226 atau Encik Ang 6012-4113539
Anak muda berumur 18 hingga 30 tahun dialu-alukan untuk mendaftar, namun, keutamaan penyertaan akan diberikan kepada penduduk atau pengundi di Bukit Mertajam dan juga mereka yang menganggur. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/mp-dap-lancar-kempen-asal-cek-mau-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbalan Menteri Wilayah Kerja Untuk Satu Ringgit Tapi Itu Masa Kempen Pru 14

Timbalan Menteri Wilayah Kerja Untuk Satu Ringgit Tapi Itu Masa Kempen Pru 14

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 245 hits
March 3 2021 Kecoh permohonan cuti 55 hari dinikmati oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan terbongkar pula sembang lebat Datuk Seri Dr Santhara Kumar semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 14 Sedutan ceramah itu tular dikongsi warga maya di...
Budak Tiktok Lancar Kempen Cancel Eminem Dan Marshall Mathers Balas Dengan Diss Track

Budak Tiktok Lancar Kempen Cancel Eminem Dan Marshall Mathers Balas Dengan Diss Track

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 302 hits
Sejak dunia kena lockdown macam macam berlaku kepada dunia Terbaru bebudak TikTok dan Twitter dari gen z generasi milenial telah melancarkan kempen untuk memboikot Eminem hanya kerana mereka tidak berpuas hati dengan lirik penyanyi itu dahu...
Ahli Politik Ngo Lancar Kempen Tolakdarurat

Ahli Politik Ngo Lancar Kempen Tolakdarurat

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 329 hits
Kempen rayuan rakyat kepada Yang di Pertuan Agong agar menamatkan segera pemerintahan darurat dilancar hari ini Pengerusi Jawatankuasa Deklarasi Merayu Penamatan Proklamasi Darurat Ir Khalid Samad melancarkan kempen berkenaan di Hotel Tamu ...
Zahid Terima Cek Rm6 Juta Serah Pada Lewis Co Kata Pegawai Penyiasat

Zahid Terima Cek Rm6 Juta Serah Pada Lewis Co Kata Pegawai Penyiasat

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 319 hits
March 6 2021 Perbicaraan terhadap Zahid Hamidi masuk hari ke 46 hari ini KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group...
Seorang Asn Di Aceh Barat Panjat Tower Pln Diduga Mau Bunuh Diri

Seorang Asn Di Aceh Barat Panjat Tower Pln Diduga Mau Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 233 hits
Badan SAR Nasional Banda Aceh Pos Meulaboh sekitar pukul 15 30 WIB melakukan evakuasi terhadap YU warga Desa Ujong Kalak Kecamatan Johan Pahlawan Meulaboh Kabupaten Aceh Barat diduga hendak bunuh diri
Cek Fakta Hoaks Kapsul Berisi Paku

Cek Fakta Hoaks Kapsul Berisi Paku

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 208 hits
Informasi kapsul berisi paku adalah hoaks Tidak ada kapsul yang berisi paku Seseorang dalam video diduga sengaja memasukan paku paku kecil ke dalam kapsul
Usaha Lemahkan Umno Melalui Pisau Pen Dan Buku Cek Asyraf Wajidi

Usaha Lemahkan Umno Melalui Pisau Pen Dan Buku Cek Asyraf Wajidi

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 199 hits
Sejak Umno hilang kuasa pada Mei 2018 pelbagai usaha dibuat untuk melemahkan dan menghancurkan parti itu dengan menggunakan pelbagai cara dari luar dan dalam kata Ketua Pemudanya Asyraf Wajdi Dusuki Kata Asyraf usaha untuk mengharamkan Umno...
Pisau Pen Dan Buku Cek Untuk Pecah Belahkan Umno

Pisau Pen Dan Buku Cek Untuk Pecah Belahkan Umno

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 407 hits
1 Sejak UMNO ditakdirkan hilang kuasa pada Mei 2018 pelbagai usaha cuba dibuat untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO dengan menggunakan pelbagai cara dari luar dan dalam 2 Bermula seawal 2018 apabila usaha untuk mengharamkan UMNO dengan m...
Dilema Saat Teman Pinjam Uang Mau Ngasih Nggak Ada Bujet Kalau Nggak Dikasih Nggak Enak

Dilema Saat Teman Pinjam Uang Mau Ngasih Nggak Ada Bujet Kalau Nggak Dikasih Nggak Enak

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 174 hits
Uangnya tuh ada tapi nggak sebanyak itu tapi kalau nggak minjemin nanti kayak orang jahat Duh Gimana
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati