Movie Animation Park Studio Perak Taman Tema Animasi Pertama Di Malaysia Syurga Buat Kanak Kanak



Percutian di Perak membawa #teambpt ke destinasi seterusnya iaitu Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak hanya 5 minit daripada McDonald's Meru. Terukir keceriaan di wajah anak-anak sebaik melangkah masuk ke dalam MAPS yang merupakan taman tema animasi pertama di Asia


Apa maksud taman tema animasi? Maksudnya kanak-kanak akan berjumpa dengan watak animasi kartun kegemaran mereka seperti Boboiboy, The Smurf dan banyak lagi di MAPS! Ha, teruja kan? Mak dan ayah pun turut sama teruja nak tengok watak kartun kesukaan masing-masing dengan lebih dekat

Sebaik selesai urusan pembayaran di kaunter, kami diberi tiket dalam bentuk kad dan wristband untuk dipakai. Seperti di kebanyakan taman tema yang lain, makanan daripada luar adalah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, jadi setiap beg akan di check terlebih dahulu oleh staf


Pengunjung yang membawa anak kecil boleh membuat sewaan stroller sebelum masuk sekiranya berminat. Perjalanan di bawah terik matahari dan jauh pasti memenatkan sekiranya mendukung bayi. Jadi, dicadangkan ibu bapa membawa stroller sendiri atau sewa sahaja di pintu masuk bagi mengelakkan keletihan mendukung si kecil. Jangan bimbang, sewaan stroller juga boleh dibuat di kaunter maklumat yang terdapat di dalam MAPS

Antara tempat best yang terdapat di sini adalah:

→ Animation Square Zone→ Blast Off Zone→ Family Forest Zone→ Lakeside Zone→ Live Action Zone→ Dream Zone (masih dalam pembinaan, tak pasti samada akan dibuka atau tidak)


Disebabkan saya membawa si kecil Ameera, jadi aktiviti bermain untuk kami agak terhad. Iyelah, bila suami bermain, saya terpaksa menunggu di luar untuk jaga Ameera. Kira macam buat shift rotate siapa main dulu dan siapa yang kena jaga anak. Itulah sebabnya sepanjang 5 jam berada dalam MAPS, kami masih tak sempat nak jelajah masuk ke semua bahagian

Animation Square Zone
Daripada pintu utama, tempat pertama yang kami temui adalah Animation Square. Kebetulan pada masa tersebut sedang berlangsung live performance daripada band yang berpakaian sekolah di Center Stage, jadi kami secara automatik menjadi penonton. 
Di sesetengah zon yang terdapat di MAPS, penonton akan diserikan dengan persembahan on stage. Namun persembahan ini akan dibuat pada jam tertentu yang telah ditetapkan. Semua maklumat berkenaan peta berkaitan MAPS atau jadual persembahan live boleh didapati di bahagian Information Guest Service yang terdapat di zon ini.



Boboiboy Hero Academy merupakan antara tempat yang menjadi tarikan di Animation Square Zone. Dibuka mengikut jam tertentu, kami dihiburkan dengan persembahan daripada Papa Zola dan pembantunya di dalam dewan teater dan diserikan dengan sesi menjawab soalan kuiz. Sebaik keluar, sempat kami mengisi perut di Tok Aba Kokotiam sebelum meneruskan perjalanan ke zon yang lain



Sesekali berjalan di animation theme park ni, tak seronok kalau tak cipta kenangan gila-gila. Sebab tu saya grab promosi conteng muka dengan harga RM20 untuk 2 orang di Space Face Fancy Dress. Conteng muka siapa lagi kalau bukan saya dan Auni. Auni pilih design rama-rama manakala saya pula pilih design ladybug untuk diconteng ke muka kami.



Di Animation Square Zone juga terdapat kedai cenderamata bagi pengunjung yang ingin membeli ole-ole untuk dibawa pulang. Selain itu, surau dan tandas juga turut disediakan bagi mereka yang ingin mengerjakan solat dan menjawab seruan alam. Hiasan dinding dengan animasi yang berwarna-warni menjadikan Animation Square Zone sebagai lokasi paling sesuai bagi kaki selfie untuk bergambar




Blast Off Zone
Berada di sebelah kiri Animation Square Zone, Blast Off Zone membawa kami mengembara ke ruang angkasa lepas dan menjelajah ke dunia fantasi The Smurfs. Memasuki Wormhole Technologies yang penuh misteri dan gelap, membuatkan Auni menangis ketakutan, si kakak kecil ni memang takutkan tempat gelap dan nampak spooky walaupun sebenarnya takde apa-apa pun :D




Di hadapan Wormhole Technologies, berdiri megah sebuah kapal angkasa yang sangat besar! Sebaik diteliti, rupanya kapal angkasa tersebut merupakan sebuah restoran. Kami tidak berhenti makan di Starship Restaurant kerana perut masih kenyang, namun Starship Restaurant dan Starport boleh dijadikan lokasi pilihan untuk mengisi perut sekiranya berasa lapar semasa berada di Blast Off Zone



Meneruskan perjalanan seterusnya, kami memasuki perkampungan makhluk berwarna biru iaitu The Smurf. Pengunjung yang mempunyai anak kecil terutama perempuan, wajib meluangkan masa di sini kerana mereka boleh bergambar di The Smurf Theatre dan The Smurf Clubhouse serta bermain di The Smurf Partyland. Mereka pasti teruja dan menjerit kegembiraan bergambar bersama watak animasi yang berwarna biru ini





Bagi pengunjung yang gemar bermain kereta langgar ketika di funfair, mereka boleh bermain kereta langgar ini sehingga puas di The Adventurers Bumper Blast. Walaubagaimanapun, bersiap sedia untuk beratur panjang kerana permainan ini menjadi perhatian tinggi daripada golongan remaja.


Family Forest Zone

Disebabkan kami berdua ingin turut sama bermain bersama anak, jadi sistem shift terpaksa digunakan di Family Forest Zone. Iyelah, semua rides yang disediakan boleh dinaiki oleh parents dan anak cuma masalahnya ada sesetengah rides hanya sesuai bagi kanak-kanak dengan umur tertentu sahaja. Jadi salah seorang daripada kami perlu bergilir untuk menjaga Ameera yang masih bayi di bahagian luar




Red Baron, Whirling Wizard dan Fantasy Carousel adalah antara rides yang berjaya menambat hati kami. Selain menaiki rides yang ada, kami berjalan-jalan di sekitar The Adventurers HQ Tree House, Upside Down Pyramid, Coliseum Water Play serta Cave of Wonders. Kepenatan bermain memaksa kami memasuki Coral Kingdom untuk melepas lelah dan mengisi perut






Coral Kingdom merupakan tempat terbaik untuk berehat. Selain menempatkan ruang permainan kanak-kanak untuk bermain, ia juga menyediakan ruang makan untuk mengisi perut. Jadi sementara anak-anak bermain di playground, ibu bapa boleh menghilangkan penat dengan berehat di tempat makan yang disediakan sambil mengawasi anak-anak bermain seolah-olah berada di tengah lautan dalam yang sejuk dan menenangkan





Lakeside Zone

Asyik bercakap tentang rides untuk kanak-kanak je, tak ada ke rides yang mencabar di MAPS ni? Kalau ini soalan anda, apa kata cabar keberanian anda menaiki rides di Lakeside Zone? Antara tempat yang boleh membuatkan anda pening dan rasa ingin muntah selepas bermain, terdapat di zon ini. Anda boleh menaiki Space X-Plorers, Hyperspin dan Asteroid Attack untuk keriangan maksimum


Sebenarnya semasa melalui zon ini, jam telah menunjukkan angka 6 petang. Meskipun kami masih belum puas bermain namun masing-masing telah kepenatan dan perjalanan jadi sedikit perlahan. Namun sebaik ternampak Hyperspin di depan mata, kami semua teruja untuk menaikinya, cuma kena follow syarat buat shift rotate.

Ini merupakan satu-satunya Hyperspin yang saya naik mempunyai seat berkembar, jadi Auni juga boleh naik bersama saya. Hyperspin mesra kanak-kanak dan rasanya kelajuan juga telah dikurangkan sedikit. Sebaik turun daripada Hyperspin, hari sudah semakin gelap. Kami tidak bercadang untuk menaiki Space X-Plorers dan Asteroid Attack kerana risau tidak mampu nak menghadap pening pula nanti, jadi kami hanya mencuci mata di sekitar MAPS




Live Action Zone

Kami masuk pada anggaran jam 3 petang dan keluar pada jam 8 malam. Meskipun telah berada selama 5 jam di dalam MAPS, namun kami masih tidak sempat untuk melawat ke semua bahagian yang terdapat di MAPS. Live Action Zone merupakan antara tempat yang kami tidak sempat jelajah

Walaubagaimanapun, Stunt Legend Arena di sini hanya dibuka jam 2.30 petang selama setengah jam sahaja setiap hari, jadi tiada aksi drift kereta dan motor yang dapat kami tengok pada lawatan pertama ini. Daripada pembacaan, Live Action Zone ini merupakan tempat melihat aksi motor dan kereta dipertontonkan kepada pengunjung, lebih kurang tengok aksi di litar Sepang. Rugi kami tak dapat tengok :(
Dream Zone
Mengikut daripada apa yang saya tahu, meskipun terdapat perancangan awal untuk membuka zon ini namun nampak gayanya ia mungkin tidak akan dibuka langsung. Melalui zon ini, hanya Casper's Birthday Blast yang dapat kami masuk memandangkan bahagian lain masih ditutup.

Pengunjung yang gemar game menembak patut masuk ke Casper's Birthday Blast ini untuk menembak hantu sambil menaiki keretapi. Auni sampai sekarang masih bercerita pengalaman menembak hantu semasa masuk ke sini..suka menembak la tu


Kami keluar daripada MAPS pada jam 8 malam. Sebenarnya berat rasa hati nak keluar kerana masih ada beberapa tempat yang kami belum sempat explore, namun kerana hari telah gelap dan kami telah book meja untuk dinner di >> Restoran Muslim Abdullah, maka terpaksa juga kami keluar awal. Waktu operasi MAPS berakhir jam 10 malam, jadi keluar pada jam 8 malam terasa agak awal kerana kami masuk lewat iaitu pada jam 3 petang. 
Tips Penting

Seperti biasa, sebelum saya menamatkan coretan, ada beberapa tips yang boleh anda rancang sebelum masuk ke MAPS bagi mendapatkan pengalaman percutian yang menyeronokkan di sini :


1. Tidak boleh bawa makanan daripada luar.
Pastikan makan kenyang-kenyang dahulu sebelum masuk kerana harga makanan agak mahal
(seperti kadar harga di taman tema yang lain).

2. Jika ada anak kecil,
bawa stroller sendiri atau boleh sewa di pintu masuk.

3. Jarak antara satu tempat ke satu tempat agak jauh, jadi pastikan anda fit.
Warga emas yang tidak mampu berjalan wajib masuk dengan kerusi roda.

4. Harga tiket di kaunter lebih mahal berbanding pembelian melalui agen.
Disarankan beli dengan agen yang sah.

5. Masuk seawal mungkin untuk mengelakkan terlepas peluang melihat aksi live.

6. Waktu operasi bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 10 malam
pada weekend dan public holiday.Pada hari biasa,
waktu operasi berakhir jam 6 petang.

7. Hari Rabu taman tema ditutup


Kami pasti akan kembali lagi ke MAPS untuk menghabiskan sesi penjelajahan yang tidak dapat dihabiskan pada lawatan pertama ini. Bermain di MAPS merupakan pengalaman baru bagi kami kerana ia merupakan satu-satunya taman tema animasi yang pertama kami lawati dengan pelbagai permainan dan pengalaman menyeronokkan yang kami lakukan di sini. MAPS sangat menyeronokkan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/01/movie-animation-park-studio-maps-perak-taman-tema-animasi-pertama-di-malaysia-syurga-buat-kanak-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Akan Naik Taman Tema Taman Hiburan Dobi

Harga Akan Naik Taman Tema Taman Hiburan Dobi

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 289 hits
Selain dari memberi peluang kepada rakyat untuk terus memberi subsidi petrol 30 sen liter kepada kerajaan satu lagi hadiah misteri tahun baharu untuk rakyat juga diberi oleh PH hari ini Petang tadi juga kerajaan PH mengumumkan bahawa 4 lagi...
Best Woo Tengok Bumblebee Secara 4dx Pertama Di Malaysia Gsc 1 Utama

Best Woo Tengok Bumblebee Secara 4dx Pertama Di Malaysia Gsc 1 Utama

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 676 hits
Pawagam 4DX Pertama Di Malaysia GSC 1 Utama Baru baru ini kami berpeluang untuk merasai sendiri Pawagam 4DX pertama di Malaysia di GSC 1 Utama untuk filem Bumlebee Kesan khas pergerakan serta persekitaran yang ditawarkan pastinya akan mengu...
14 Tips Buat Muslim Untuk Ke Everland Taman Tema Terbesar Korea

14 Tips Buat Muslim Untuk Ke Everland Taman Tema Terbesar Korea

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 710 hits
Terletak kira kira sejam perjalanan dari Seoul Everland mungkin tidak tersenarai dalam list to go disebabkan ia memakan masa untuk kesana Tetapi jarak tidak boleh dijadikan alasan untuk terlepas taman tema terbesar Korea Selatan Ia mungkin ...
Dimalukan Oleh Dua Pekerja Taman Tema Air Terkenal Respond Stacy Ini Dapat Perhatian Netizen

Dimalukan Oleh Dua Pekerja Taman Tema Air Terkenal Respond Stacy Ini Dapat Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 750 hits
Dimalukan Oleh Dua Pekerja Taman Tema Air Terkenal Respond Stacy Ini Dapat Perhatian NetizenDimalukan Oleh Dua Pekerja Taman Tema Air Terkenal Respond Stacy Ini Dapat Perhatian Netizen
Pertama Kali Ke Volunteer Appreciation Awards 2018 Muslim Volunteer Malaysia

Pertama Kali Ke Volunteer Appreciation Awards 2018 Muslim Volunteer Malaysia

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 436 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Muslim Voluntee...
Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia

Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1154 hits
Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia Rakyat seluruh negara dikejutkan dengan keputusan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong yang berkuatkuasa mulai 6 Januari semalam Buat pert...
Planner Doodle Pertama Di Malaysia

Planner Doodle Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 657 hits
PLANNER DOODLE PERTAMA DI MALAYSIA Assalamualaikum Dan Selamat Petang Hai reader semua di akhir tahun 2018 ni ramai yang dah plan untuk tahun 2019 Perancangan awal tahun dan azam tahun baru biasanya akan terlintas di pikiran kita semua Pera...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities