Pawagam 4DX Pertama Di Malaysia GSC 1 Utama. Baru-baru ini kami berpeluang untuk merasai sendiri Pawagam 4DX pertama di Malaysia di GSC 1 Utama untuk filem Bumlebee. Kesan khas pergerakan serta persekitaran yang ditawarkan pastinya akan mengujakan anda dimana kerusi ‘motion’ akan bergerak selari dengan aksi di skrin seperti apabila Bumblebee berlawan dengan Decepticons yang pastinya akan membuat anda tidak boleh tidur dalam wayang disebabkan kerusi bergerak dan anda akan berasa berdebar seperti anda menaiki roller coaster.
Bukan setakat itu sahaja, malah ada juga kesan salji, petir dan bau mengikut situasi di dalam filem. Paling tak tahan apabila babak percikkan air dan ketika Decepticons terbang anda akan merasai angin yang sejuk seperti anda berada di udara. Jadi kalau nak tengok filem yang ada babak sejuk, kami cadangkan anda bawa sweater yang sesuai sebab sejuk di lain macam sikit. Macam berada kat tempat kejadian.
Pengalaman menonton wayang dengan teknologi sinematik empat dimensi (4D) ini dilengkapi dengan lebih 20 jenis kesan khas pergerakan serta persekitaran akan membuat anda seperti dalam filem iaitu merasai apa yang watak dalam filem rasa seperti terhempas, dan lain-lain. Antara efek-efek lain yang ada di wayang 4D ini, terdapat salji, hujan, asap, lampu strobe, belon dan banyak lagi.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |