Mou Dengan Ph Akan Diterjemah Dalam Aspek Pemulihan Negara Kata Bung


 
FMT Reporters -September 14, 2021 
Perjanjian kerjasama antara kerajaan dan Pakatan Harapan dibuat atas kepentingan negara dan rakyat, kata Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin.
KOTA KINABALU: Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata, perjanjian kerjasama antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja membawa kebaikan dari sudut politik, malah manfaatnya akan diterjemahkan dalam aspek pemulihan negara pasca-Covid-19.

Katanya, kerjasama itu yang dibuat ketika negara berdepan masalah kesihatan dan ekonomi adalah sesuatu yang positif dan tepat pada masanya.

“Perundingan ini dibuat atas kepentingan negara dan rakyat. Selepas keseluruhan rakyat menerima vaksin, kerajaan boleh mengadakan pilihan raya umum.

“Kerjasama ini sekurang-kurangnya akan membawa keamanan dalam negara, menjernihkan seketika konflik politik dan sekali gus memberikan kerajaan ruang untuk fokus sepenuhnya terhadap memberi khidmat kepada rakyat.

“Kita tahu rakyat sangat dahagakan bantuan, sokongan dan kepimpinan yang kukuh, jadi kerjasama yang bermakna akan memberi peluang untuk kerajaan bergerak dengan lebih efektif,” katanya dalam kenyataan.

Bung yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata, walaupun perjanjian itu hanya bersifat sementara, pandangan blok pembangkang tetap akan diambil kira oleh kerajaan demi kebaikan negara dan rakyat.

Katanya, pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan membentuk kerjasama dwipartisan yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia itu juga selaras titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Kita yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif,” katanya.

Semalam, kerajaan persekutuan dan PH memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU yang terhasil daripada beberapa siri perbincangan antara wakil kerajaan dan pembangkang itu ditandatangani secara bersama oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ia mengandungi tawaran transformasi Parlimen dan pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik bagi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Turut menandatangani MoU itu ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/mou-dengan-ph-akan-diterjemah-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 468 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
2022 Akan Jadi Tahun Pemulihan Negara Kata Pengerusi Mpn

2022 Akan Jadi Tahun Pemulihan Negara Kata Pengerusi Mpn

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 189 hits
BERNAMA Menurut Muhyiddin inisiatif ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac tahun lepas telah membentuk asas kukuh bagi membantu pemulihan negara Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Pengerusi Majlis Pemuli...
Pelan Pemulihan Negara Negeri Selangor

Pelan Pemulihan Negara Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 626 hits
Pelan Pemulihan Negara Negeri Selangor l Assalamualaikum Semalam ada rasa happy sikit lah bila tengok graf harian kes Covid 19 KKM di negeri Selangor Kes dah turun kepada 2 1k saja berbanding sebelum ni hampir 6k kes sehari Harap teruslah m...
Mou Kerajaan Dan Ph Jaminan Buat Ismail Sabri Kata Penganalisis

Mou Kerajaan Dan Ph Jaminan Buat Ismail Sabri Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 301 hits
MEMORANDUM persefahaman antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan bukan sahaja kepemimpinan dua pihak tetapi juga jaminan untuk perdana menteri baru kata penganalisis Ianya bersejarah kerana ini adalah pertama kali parti pemer...
Mou Bukan Jaminan Ph Sokong Belanjawan 2022 Kata Anwar

Mou Bukan Jaminan Ph Sokong Belanjawan 2022 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 306 hits
freemalaysiatoday com September 14 2021 Anwar Ibrahim berkata Menteri Kewangan dan pembangkang bertanggungjawab mengambil sikap terbuka serta bersedia duduk berunding KUALA LUMPUR Pakatan Harapan hanya akan menyokong atau berkecuali selepas...
Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 381 hits
A Pemerhati politik berkata sukar untuk golongan kleptokrat sabotaj kerajaan sedia ada sekiranya kerjasama dengan PH diteruskan dengan lancar Wakil dari blok kerajaan dan pembangkang menandatangani MoU persefahaman Isnin lalu dalam usaha tr...
Pelaksanaan Mou Mungkin Sukar Kata Guan Eng

Pelaksanaan Mou Mungkin Sukar Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 229 hits
September 14 2021 Lim Guan Eng berkata DAP mengakui bahawa perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan itu bukan satu langkah ideal PETALING JAYA Perjanjian bersejarah antara kerajaan dan Pakatan Harapan menerusi kerjasama dwipartisan me...
Ksn Umum Muhyiddin Di Lantik Jadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri

Ksn Umum Muhyiddin Di Lantik Jadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 313 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali Beliau berkata pelantikan berkenaan sudah disembah maklum kepada...
Melaka Beralih Ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara

Melaka Beralih Ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 341 hits
Melaka beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara Assalamualaikum dan salam sejahtera Ini boleh jadi satu berita gembira buat penduduk negeri Melaka apabila kerajaan mengumumkan bahawa negeri Melaka akan mula beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemul...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Nasi Ulam Simple Sedap

Panduan Pintar Menguruskan Wang Simpanan Untuk Masa Hadapan

Koleksi Resepi Dan Cara Mudah Buat Roti Bun Homemade Sendiri Di Rumah

Resepi Sup Telur Chinese Style

Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran