Moratorium Sewa 6 Bulan Untuk Pengusaha Makanan Di Ipt Kata Menteri


 
Noraini Ahmad berkata menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 setiap hidangan akan diperkenalkan bawah inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberikan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan dalam kampus institusi pengajian tinggi (IPT) awam, kata menterinya, Noraini Ahmad.
Moratorium bermula bulan ini diberikan bagi membolehkan tanggungan kos sewa diserap sekaligus dapat menurunkan harga makanan kepada pelajar susulan peningkatan harga barangan yang memberi kesan kepada warga kampus.
Selain itu, Noraini juga berkata, menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 setiap hidangan akan diperkenalkan di bawah inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia, selaras dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Terdahulu, Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan akan memperkenalkan “Menu Keluarga Malaysia” di restoran koperasi, kafeteria serta premis jualan makanan di IPT sebagai alternatif bagi golongan sasar mendapatkan hidangan pada harga berpatutan, membabitkan hidangan pagi, tengahari dan malam.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Noraini berkata, KPT juga akan memperkasa inisiatif Food Bank Siswa dan Food@Campus di IPT dengan kerjasama pelbagai kementerian, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan badan-badan persendirian.
“Kementerian juga bersetuju dengan cadangan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan untuk membentuk Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia yang dipengerusikan oleh saya selaku Menteri Pengajian Tinggi.
“Jawatankuasa itu adalah untuk menyelaras dan melaksana dasar, memantau kawalan harga barang dan perkhidmatan serta membentuk jaringan kolaborasi dengan pihak berkepentingan secara holistik,” katanya menurut laporan Bernama.
Jawatankuasa itu turut disokong di peringkat institusi, melalui jawatankuasa yang dipengerusikan oleh naib canselor, rektor atau pengarah bagi memperkemas pelaksanaan ke atas keputusan dasar yang dibuat di peringkat kementerian, katanya.
“Pihak KPT sentiasa prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar di IPT bagi memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran sepanjang pengajian mereka berjalan dengan lancar,” katanya.
Noraini berkata, kemudahan pengangkutan pelajar dalam dan ke luar kampus akan turut ditambah baik melalui penyediaan jadual pergerakan yang lebih kerap agar memudahkan dan menjimatkan masa perjalanan aktiviti harian pelajar. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/moratorium-sewa-6-bulan-untuk-pengusaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keh Keh Razman Ni Memandai La Pulak Menteri Agama Kata Tak Bincang Engkau Nak Ambil Apa La Kau Ni Razman

Keh Keh Razman Ni Memandai La Pulak Menteri Agama Kata Tak Bincang Engkau Nak Ambil Apa La Kau Ni Razman

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 158 hits
PRU15 Pelawa Tajuddin wakili Pas tidak pernah dibincangkanSinar HarianJun 27 2022 Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad berkata perkara itu di luar pengetahuan beliau dan memaklumkan pembahagian kerusi mahupun calon perlu mendapat persetujuan...
Umno Vs Ameno Perdana Menteri Lemah Dalam Sejarah Negara Kata Nur Jazlan

Umno Vs Ameno Perdana Menteri Lemah Dalam Sejarah Negara Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 189 hits
Kelewatan membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida Kamaruddin dalam kabinet menunjukkan kedudukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang lemah kata Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed Bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yan...
Rakyat Digesa Tanam Sayur Sendiri Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Dapur Kata Menteri Besar Perak

Rakyat Digesa Tanam Sayur Sendiri Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Dapur Kata Menteri Besar Perak

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 229 hits
SAARANI Mohamad menuai sayur kobis ketika merasmikan Petak Promosi Pertanian Bandar Jabatan Pertanian Perak di JaIan Sturrock lpoh Perak hari ini IPOH Kerajaan negeri menyasarkan peruntukan RM3 1 juta di bawah kempen Kebun Kita aka
Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 266 hits
Kerajaan komited kawal kos sara hidup rakyat peruntukan subsidi ditambah kata menteri Dikemas kini 46 minit yang lalu Diter
Bangang 6 Bulan Harga Barang Naik Baru Tubuh Pasukan Khas Kata Anwar

Bangang 6 Bulan Harga Barang Naik Baru Tubuh Pasukan Khas Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 243 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan sebagai bangang apabila hanya bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani harga barang termasuk ayam selepas enam bulan rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang Mema...
Bank Negara Bebas Laksana Dasar Monetari Termasuk Opr Kata Menteri

Bank Negara Bebas Laksana Dasar Monetari Termasuk Opr Kata Menteri

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 259 hits
Bank Negara bebas laksana dasar monetari termasuk OPR kata menteri Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Jul 20
Subsidi Minyak Masak Tulen Botol Dimansuhkan Bulan 1 Julai Ini Kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Subsidi Minyak Masak Tulen Botol Dimansuhkan Bulan 1 Julai Ini Kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 152 hits
Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram dimansuhkan bermula 1 Julai ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tindakan itu diambil bagi memastikan be
Kerajaan Perkenal Menu Keluarga Malaysia Di Ipt Dan Premis Penjualan Makanan

Kerajaan Perkenal Menu Keluarga Malaysia Di Ipt Dan Premis Penjualan Makanan

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 330 hits
Bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup di kalangan masyarakat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia Inisiatif ini digerakkan di restoran restoran koperasi dan kafeteria yang beroperasi...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Khutbah Jumat 6 Adab Menghadiri Shalat Jumat

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Bertolak Ansurlah

Loyalty