Mood Swing Benda Biasa Sis


Assalamualaikum....
Hari Ni SA Moody, Tapi tak apa…
Hari ni SA bangun dengan satu perasaan yang SA sendiri pun tak tahu nak label. Bukan sedih sangat. Bukan juga marah. Tapi dia ada... macam awan mendung dalam hati. Nak buat apa pun rasa tak semangat. Nak senyum pun rasa malas. Nak buka phone? Scroll dua tiga post je dah rasa “eh… cukup lah". Kadang kita rasa macam tu tanpa sebab yang jelas. Macam tiba-tiba je hati jadi berat. Mungkin sebab badan letih. Mungkin sebab kepala serabut. Mungkin juga hormon tengah main-mainkan emosi. Tapi satu benda SA sedar, kita selalu rasa kita kena okay. Kena ceria. Kena senyum. Kena layan orang macam biasa.
Tapi hakikatnya, kita manusia. Bukan robot.
Hari-hari moody ni sebenarnya penting juga. Ia macam signal yang badan dan hati kita bagi “weh, slow sikit boleh tak?” Jadi bila perasaan tu datang, sa tak lawan. SA biar diri rasa apa yang perlu dirasa.
Biasanya bila SA moody, ada beberapa ‘ritual’ yang SA suka buat:

Buat air coklat panas, minum perlahan-lahan sambil pejam mata.Main playlist lagu-lagu yang tenang, kadang sengaja pilih yang mellow supaya feeling tu ‘terkeluar’ sikit.Pi kat tingkap, pandang langit, dan biar fikiran terbang jauh (overthinking sikit takpe, janji tak lemas dalamnya).Rehat pi NuSentral jenjalan, beli choc ke atau just window shopping kat mana-mana kat situ..
Atau…kalau kat rumah  baring je dan peluk bantal kuat-kuat.
SA juga elakkan media sosial bila emosi tak stabil. Sebab bila hati rapuh, semua benda senang trigger. Tengok orang lain happy, kita rasa lagi kosong. Padahal hidup kita okay je, cuma hari ni mood tengah bercuti.
Dan sebenarnya, benda paling penting untuk SA ingatkan diri sendiri (dan mungkin juga korang yang tengah baca ni):
Kita dibenarkan rasa semua ni. 
Kita tak salah bila moody. 
Kita cuma manusia biasa yang tengah belajar jaga hati sendiri.
So kalau korang tengah lalui hari yang suram, SA nak cakap satu je:
Tak apa kalau hari ni korang tak okay.
Ambil masa. 
Rehat dan esok, kita cuba lagi.


Love,
Suria Amanda
Seorang yang tengah belajar terima hari-hari moody dengan hati yang lebih tenang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2025/06/mood-swing-benda-biasa-sis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sis Forum Appeal Not Concerned With Substantive Beliefs Doctrine Of Islamic Faith

Sis Forum Appeal Not Concerned With Substantive Beliefs Doctrine Of Islamic Faith

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 107 hits
The appeal by Sisters in Islam Forum does not concern the substantive beliefs in the religion of Islam its mandates or doctrines relating to the Islamic faith but relates to the exercise of legal powers by certain state authorities said the...
Busuk Hati Ja Makluk Ni Biasa Tak Kaji Dulu Baru Cakap

Busuk Hati Ja Makluk Ni Biasa Tak Kaji Dulu Baru Cakap

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 95 hits
Mana la ni tinggal Dalam gua ke Dua dua nampak macam Aku kena hati hati ulas isu Petronas ni sebab masih lagi dalam industri ni Takut terlajak Macam ni la Petronas Fahamkan betul betul ni Petronas nak kurangkan pekerja ni bukan sebab rugi t...
Trypophobia Bukan Fobia Biasa Ketahui Fakta Menarik Mengenainya

Trypophobia Bukan Fobia Biasa Ketahui Fakta Menarik Mengenainya

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 119 hits
Trypophobia mungkin bunyinya pelik tapi bagi sesetengah orang hanya melihat lubang kecil yang berulang seperti pada biji teratai atau sarang lebah sudah cukup membuatkan kulit meremang rasa loya atau cemas Walaupun tidak diiktiraf sebagai g...
Selangor Sultan Wants Muslim Women S Rights Group Sis To Not Use Islam In Name Cites Confusion Among Community

Selangor Sultan Wants Muslim Women S Rights Group Sis To Not Use Islam In Name Cites Confusion Among Community

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 171 hits
The Federal Court ruled that a 2014 fatwa issued by the Selangor Fatwa Committee does not apply to the Sisters in Islam Forum Malaysia as an organisation or institution but only to individuals Picture by Choo Choy MaySHAH ALAM June 20 The S...
Mahkamah Persekutuan Selamatkan Sis Dari Dicap Sesat Ini Sebabnya

Mahkamah Persekutuan Selamatkan Sis Dari Dicap Sesat Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 142 hits
Mahkamah Persekutuan Selamatkan SIS Dari Dicap Sesat Ini Sebabnya Fatwa MAIS Tak Terpakai SIS Menang Besar Di Mahkamah Ramai Tak Sangka Sisters In Islam Dibenar Cabar Fatwa Sesat Keputusan Mahkamah Buat Ramai Tergamam Fatwa Liberal Plural T...
Kes Sis Cabar Fatwa Jais Seru Solat Hajat Hari Ini Minggu Depan

Kes Sis Cabar Fatwa Jais Seru Solat Hajat Hari Ini Minggu Depan

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 104 hits
SIS Forum cabar keabsahan fatwa fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang diwartakan pada 17 Julai 2014 Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan berkait permohonan SIS Forum mencabar keabsahan fatwa fahaman liberalisme dan pluralisme...
Federal Court To Rule June 19 On Sis Appeal Against Deviant Fatwa

Federal Court To Rule June 19 On Sis Appeal Against Deviant Fatwa

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 138 hits
The Federal Court will on Thursday deliver its decision on Sisters in Islam Forum Malaysia s appeal against a 2014 fatwa gazetted by the Selangor Islamic Religious Council which declared the organisation deviant NSTP MOHD FADLI HAMZAHKUALA ...
Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 207 hits
Pelakon usahawan dan kini bergelar penyanyi baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Luar Biasa hasil kolaborasi bersama pemuzik terkenal Indonesia Ade Govinda Sebelum ini usahawan jelita itu ada menghasilkan lagu raya duet bersama Syas...
Teguran Kerana Sayang Bukan Kerana Benci

Judge Accused Of Judicial Interference May Become Cj Soon Rafizi Predicts

Rendang Daging Brisket Dan Ujian Kehidupan

Jabatan Mufti Pahang Dedah Fahaman New Age Movement Mula Menyusup Dalam Masyarakat Di Negara Ini

Dpm Fadillah Pays Courtesy Call On Sabah Governor

Hallucination Water Claims Spark Criminal Investigation Into Ehati Marriage Programme In Selangor

Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat Guna Google Sites Projek Ringkas Tapi Power

Tanam Pokok Nenas Sarawak Dalam Pasu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Macam Tak Percaya Ini Ainul Dulu Ainul Mardhiah Kini 7 Tahun Seronok Pergi Camping

Akaun Perniagaan Maybank Current Account Disekat Duit Dibekukan

Tangki Air Bocor Tukar Tangki Air Baru

Belanja Dapat Cashback Menggunakan Mova Ini Ulasan Lengkapnya

Creamy Pasta Sedap Dan Bab Kecelaruan Dalam Kehidupan

Beli Manisan Viral Suka Dessert