Mom Terrorized By Queer Pedo Fanatics Over Grooming Claims
Bayangkan bagaimana rasanya menjadi seorang ibu yang dikecam dan diugut oleh masyarakat sekeliling hanya kerana cuba melindungi anak-anak dari menjadi mangsa gejala antun kanak-kanak? Inilah apa yang dialami oleh Shumirun Nessa selepas dia mendedahkan video-video milik Jeffrey Marsh di TikTok
Shumirun Nessa, seorang ibu yang juga merupakan TikToker dari United Kingdom, berasa kesal dengan tindakan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang telah mengugutnya melalui e-mel, merosakkan keretanya, menyebarkan gambar lamanya tanpa hijab di alam maya serta mensasarkan anak-anak perempuannya sebagai balasan terhadap kelantangannya menyuarakan kebimbangan terhadap video-video Jeffrey yang berunsur antun kanak-kanak (child grooming).
Jeffrey Marsh merupakan seorang selebriti pondan / kekeliruan jantina di TikTok (dan duta tampon dilantik oleh Proctor & Gamble) yang sering menghasilkan video mengajak golongan kanak-kanak untuk berinteraksi dengannya secara tertutup di akaun Patreon miliknya. Dalam beberapa video di TikTok, Jeffrey berbicara dengan gaya lemah-lembut dan kata-kata manis bahawa dia mahu bercakap secara peribadi dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah keluarga. Malah, Jeffrey juga memujuk kanak-kanak agar memutuskan hubungan dengan ibu bapa mereka. Dia membuka ruang untuk berbicara tentang perkara-perkara yang tidak boleh dibincangkan secara umum di TikTok dengan kanak-kanak yang mengikutinya di Patreon tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Nessa menuduh Jeffrey mengamalkan antun kanak-kanak melalui TikTok dan Patreon dengan mempengaruhi kanak-kanak untuk melawan ibu bapa sebelum menawarkan dirinya untuk menjadi "keluarga baru" yang boleh dipercayai kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah keluarga.
Malangnya ramai golongan "woke" membidas tuduhan Nessa dan mengatakan dia seorang "transphobic" yang memfitnah Jeffrey. Mereka berpakat menganjurkan petisyen untuk mengharamkan Nessa daripada media sosial. Paling tidak munasabah apabila ada antara penyokong Jeffrey yang membuli Nessa di luar alam maya dengan menghendap aktiviti sehariannya dan membongkarkan alamat rumah serta sekolah di mana anak-anak Nessa belajar. Mereka juga menjahanamkan kereta Nessa di depan rumahnya di waktu malam ketika keluarga Nessa sedang tidur. Malah, mereka memaksa Nessa meminta maaf di TikTok dan tutup mulut daripada membicarakan tentang Jeffrey lagi dengan menakut-nakutkannya melalui e-mel.
Semasa catatan blog ini dibuat, semakin lama semakin ramai warganet di TikTok dan YouTube membuat video membincangkan sama ada Shumirun Nessa telah melanggar batasan kerana "mengganggu" Jeffrey atau telah membuka mata masyarakat tentang bahaya gejala antun kanak-kanak yang kini dibiarkan berleluasa secara bebas. Ada juga ibu bapa dari berbilang agama, bangsa dan negara yang menyokong tindakan Nessa kerana berani menegur kegiatan membimbangkan Jeffrey yang bersasarkan kanak-kanak.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
Tinggalkan pendapat anda di ruang komen bawah!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yunfila.com/2023/03/mom-terrorized-by-queer-pedo-fanatics.html