Mohon Maaf Tapi Fadhli Harap Isu Sekolah Vernakular Calon Ph Berterusan


 
Ahmad Fadhli Shaari memohon maaf kerana menyusahkan Pang Sock Tao yang terpaksa mendedahkan keputusan dan sekolahnya di peringkat rendah serta menengah.PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berharap isu calon Pakatan Harapan (PH) DUN Kuala Kubu Baharu yang mendapat pendidikan di sekolah vernakular akan ‘berterusan’ hingga PRK 11 Mei.
Tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai ‘harapannya’ itu, Ahli Parlimen Pasir Mas turut memohon maaf kerana menyusahkan Pang Sock Tao yang terpaksa mendedahkan keputusan dan sekolahnya di peringkat rendah serta menengah.
Terdahulu, Pang mendedahkan keputusan UPSR dan SPM yang menunjukkannya mendapat semua A dalam mata pelajaran diambil.
Menerusi slip keputusan dikongsinya, ahli DAP itu menduduki UPSR di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Pong, Hulu Langat, manakala SPM di Sekolah Menengah Chung Hua, Port Dickson, Negeri Sembilan.
“Saya mohon maaf kerana bangkitkan isu pendidikan peringkat UPSR dan SPM calon PH PRK KKB.
“Secara tidak langsung mendedahkan calon tersebut mendapat pendidikan di sekolah vernakular. Dengan permohonan maaf ini, semoga isu ini berterusan hingga pilihan raya kecil nanti,” kata Fadhli di Facebook.
Bercakap kepada FMT, Fadhli yang mengesahkan hantarannya itu berharap pendedahan berkenaan diingati pengundi.
Semalam, Fadhli mencabar Pang menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengah yang pernah diterimanya, memandangkan tiada catatan di poster profil calon PH itu.
Sebelum ini, latar belakang pendidikan calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut yang juga pemangku ketua Bersatu Bahagian Hulu Selangor dijadikan isu kerana poster profilnya mencatat memiliki diploma dan sarjana tanpa ijazah.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, mendakwa Fadhli terperangkap dengan permainannya sendiri dan terpaksa membangkitkan isu sekolah vernakular.
“Mungkin YB Pasir Mas kurang selesa bahawa Xiao Tao (Pang Sock Tao) belajar di sebuah SJKC.
“Tetapi, ada juga pimpinan PAS menghantar anak-anak mereka ke SJKC seperti ramai ibu bapa Melayu yang lain,” katanya dalam kenyataan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/mohon-maaf-tapi-fadhli-harap-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pdip Gembleng Calon Kepala Daerah Di Sekolah Partai Pemimpin Tidak Boleh Bohong

Pdip Gembleng Calon Kepala Daerah Di Sekolah Partai Pemimpin Tidak Boleh Bohong

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 136 hits
Para calon kepala daerah bakal diusung PDI Perjuangan ditekankan mengenai ketaatan terhadap konstitusi budi pekerti serta santunnya kata dan perbuatan
Pas Tidak Pernah Tentang Sekolah Vernakular Jangan Putar Belit Chean Chung

Pas Tidak Pernah Tentang Sekolah Vernakular Jangan Putar Belit Chean Chung

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 95 hits
Kenyataan Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari yang terbaharu bahawa parti itu tidak pernah menentang sistem sekolah vernakular di Malaysia amat mengejut dan mengelirukan Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia Lee Chean Chung ken...
Panas Pu Syed Kata Harap Mb Diganti Baru Selepas Pu Syed Tegur Tapi

Panas Pu Syed Kata Harap Mb Diganti Baru Selepas Pu Syed Tegur Tapi

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 212 hits
Tegur tanda sayang tapi kalau kerap sangat ditegur tapi masih tak dengar saya harap digantikan menteri besar yang baharu bagi menggantikannya Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dirakam sedang menyanyi di ata...
Lana Nordin Terkesan Isu Aliff Aziz Aku Dulu Seksi Tapi Takda Korbankan Maruah

Lana Nordin Terkesan Isu Aliff Aziz Aku Dulu Seksi Tapi Takda Korbankan Maruah

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 263 hits
Pelakon Lana Nordin terkesan dengan isu Aliff Aziz yang dilaporkan mempunyai hubungan sulit selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mengaku bercinta dengan aktor tersebut Menerusi komen yang ditinggalkan oleh Lana dalam h...
Langkah Dap Kekal Calon Cina Berisiko Tapi Masih Boleh Menang

Langkah Dap Kekal Calon Cina Berisiko Tapi Masih Boleh Menang

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 162 hits
Penganalisis berkata DAP mengekalkan strategi untuk mengekalkan penyokong terasnya iaitu pengundi bukan Melayu pada PRK Kuala Kubu Baharu Penganalisis berpendapat DAP mengambil risiko dengan mengekalkan calon Cina pada PRK Kuala Kubu Baharu...
Nak Ceita Isu Beras Tapi Guna Gambar Lama Jelas Beras Ganu Habis Stok

Nak Ceita Isu Beras Tapi Guna Gambar Lama Jelas Beras Ganu Habis Stok

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 169 hits
Sham Ghaz Jelas Beras Ganu Habis Stok Semalam nampak sedak dah agah sangat kononnya nak sindir dan pekena orang tegur Kerajaan Negeri Terengganu Harini dah sendu malah persalahkan kilang padi LPP dan persalahkan pihak lebih tinggi kononnya ...
Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 293 hits
HARI ke 8 kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor hari ini semakin panas apabila kelihatan sekumpulan pemuda bangsa Cina ditahan pihak Polis di Pekan Kuala Kubu Baharu kerana mengedar risalah berbaur fitnah terhadap...
Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 359 hits
Pelakon versatil Datuk Aaron Aziz memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan mengenai kontroversi rakan artis berasal dari Singapura Aliff Aziz yang masih hangat diperkatakan sehingga kini Aaron Aziz tak mahu komen isu Aliff Aziz Ujar Aaro...
Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Tutup 3 Hutang Jahat Sekaligus Hasil Tabungan Emas Kisah Benar Tuan Albert

Masak Kicap Ikan Mackerel

Aktiviti Penyerahan Memorandum Rasmi Kepada Bar Council Ppim 13 05 2025

Telefilem Omadal

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk