Nak Ceita Isu Beras Tapi Guna Gambar Lama Jelas Beras Ganu Habis Stok




Sham Ghaz


 Jelas Beras Ganu Habis Stok!


Semalam nampak sedak dah agah sangat kononnya nak sindir dan pekena orang tegur Kerajaan Negeri Terengganu.


Harini dah sendu, malah persalahkan kilang padi LPP dan persalahkan pihak lebih ‘tinggi’ kononnya sabotaj TADC pula dah. 


Tapi masih guna gambar lama. 









Sedak duk pukul Kerajaan Madani dan YB Mohamad Sabu dalam isu bekalan beras putih tempatan, kalini kena ke Kerajaan Terengganu baru leper bila kena atas pala dia sendiri baru kalut ribut nak jawab.




Isu BERAS GANU Tiada Di Pasaran


1. BERAS GANU ialah Beras MyGAP, beras berkualiti tinggi yang disahkan selamat secara saintifik terutama dari segi kualiti dan kandungan racun. Terengganu adalah negeri yang mempunyai pesawah memiliki persijilan MyGAP paling ramai di Malaysia. Persijilan ini dibawah Kementerian Pertanian.


2. Sawah MyGAP sudah ada di Terengganu sebelum ini. Tapi Beras MyGAP tak ada kerana Padi MyGAP tak diuruskan rantaian pengeluarannya sehingga menghasilkan Beras MyGAP sebagai produk akhir. Bila tiba musim menuai, padi MyGAP dicampur dengan padi lain dan dikilangkan sekali dengan padi bukan MyGAP. Akhirnya semua jadi sama. Sayang sekali bila ada Padi MyGAP tapi tak ada beras yang layak dipersijilkan dengan persijilan kualiti ini. Ringkasnya, Persijilan MyGAP di bawah KPKM ini tidak dilengkapkan sepenuhnya lalu Kerajaan Negeri berusaha melengkapkannya.


3. Antara puncanya ialah kerana harga Padi MyGAP sama saja dengan padi biasa. Kerajaan tak ada hak untuk nak arahkan pesawah MyGAP supaya hantar padi MyGAP ke kilang tertentu untuk diproses secara berpusat agar tidak bercampur dengan padi bukan MyGAP. Di Besut jelapang padi utama Terengganu ada 4 buah kilang padi. Brokar padi ada kilang pilihan mereka sendiri untuk dihantar padi. Biasanya kilang yang kadar potongannya lebih rendah akan jadi pilihan. Harga padi dan subsidi sama sahaja. 


4. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Beras MyGAP dipengerusikan Pengarah Pertanian Negeri. Antara Jabatan dan Agensi terlibat ialah UPEN Terengganu, Jabatan Pertanian, IADA KETARA dan TADC. 


5. Jawatankuasa telah melantik Kilang Padi Konsortium Lembaga Pertubuhan Peladang di Baruh Masin Jabi untuk memproses padi MyGAP menjadi Beras MyGAP. Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan RM200 ribu semusim untuk bayar insentif tambahan bernilai RM105/tan padi kasar bagi pesawah MyGAP yang bersedia hantar padi mereka ke Kilang LPP agar proses padi MyGAP ini diuruskan secara berpusat sehingga tak bercampur dengan padi bukan MyGAP. Lebih kurang 80% dari jumlah pesawah yang ada sijil MyGAP setuju menyertai program ini.


6. Dengan erti kata lain, Kerajaan Negeri telah bantu bayar subsidi tambahan kepada Padi MyGAP sehingga Beras MyGAP yang berkualiti tinggi dan selamat dimakan akhirnya dapat dihasilkan dan dijual dengan harga seperti beras biasa walaupun kualitinya berbeza.


7. Program Beras MyGAP Kerajaan Negeri ini juga telah membantu survival Kilang Padi Konsortium LPP milik Persekutuan dalam persaingan untuk mendapatkan bekalan padi. Dengan adanya 4 buah kilang padi di Besut, persaingan untuk mendapatkan bekalan padi sebenarnya agak tinggi. Tambahan pula kilang milik swasta menawarkan kadar potongan yang lebih rendah. Dengan adanya program MyGAP ini, sekitar 500 ha padi MyGAP kita telah bantu untuk dihantar ke Kilang Konsortiun LPP. Pesawah yang hantar padi ke kilang lain tak akan dapat insentif Kerajaan Negeri RM105/tan padi kerana padi mereka tidak berjaya menghasilkan beras MyGAP.


8. Selama kira-kita 3 musim Program Beras MyGAP dengan jenama BERAS GANU berjalan lancar sehinggalah Kerajaan PN bertukar kepada Kerajaan Madani. 


9. Selepas peralihan tampuk kepimpinan di Kementerian Pertanian, beberapa kenyataan bernada memperlekehkan usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam menghasilkan jenama BERAS GANU telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kita memahami dari nada kenyataan tersebut bahawa KPKM tidak gembira dengan sedikit kejayaan Terengganu. Usaha Kerajaan Terengganu bukan hanya tak disokong malah diperlekehkan. 


10. Kemuncaknya ialah, berlaku sabotaj dari Kilang Padi Konsortium LPP apabila Beras MyGAP yang sepatutnya dibekalkan kepada TADC untuk dibungkuskan dengan jenama BERAS GANU telah dijual kepada pihak lain. Hanya 30% sahaja dijual kepada TADC. Dari jumlah padi MyGAP musim 2023 yang telah dibayar insentif oleh Kerajaan Negeri Terengganu, Kilang Konsortium hanya membekalkan 120 metrik tan beras sahaja kepada TADC dari jumlah keseluruhan 840 metrik tan yang sepatutnya dibekalkan. Bakinya telah dijual kepada pihak lain tanpa dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri. Untuk makluman, bekalan Beras MyGAP kepada TADC dibayar dengan harga sama sebagaimana kilang jual kepada syarikat lain.


11. Kita yakin sabotaj ini bukan keputusan Kilang Konsortium LPP secara bersendirian. Sedia difahami retetan senario sebelum berlaku sabotaj. Ia suatu agenda dari pihak yang lebih atas. 


12. Panas sampai ke petang yang diharapkan rupanya hujan disiang hari. Kerjasama dengan Kilang Konsortium LPP tak mampu diteruskan lagi. Kerajaan Negeri telah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan ganti Beras MyGAP dari padi yang telah dibayar insentif oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah hak kita.


13. TADC sebagai GLC Negeri yang melaksanakan Program BERAS GANU belum ada kilang padi. Kita hanya ada kilang pembungkusan beras buat masa ini. Di kilang inilah beras MyGAP dibungkus dan seterusnya diedarkan. Way forward kita ialah untuk TADC memiliki kilang padi sendiri. 


14. Pelajaran mahal yang kita pelajari dari peristiwa ini ialah, dalam rantaian pengeluaran, kita tak boleh bergantung kepada pihak lain yang tidak berniat baik terhadap kita. Kita mesti mampu berdikari dan menyediakan semua keperluan dalam rantaian pengeluaran sendiri.


15. Doakan agar BERAS GANU akan kembali semula ke pasaran dalam tempoh masa terdekat insya-Allah. Jenama BERAS GANU tak mati cuma kita perlu buat penstrukturan semula berdasarkan situasi semasa.


Dr Azman Ibrahim








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/nak-ceita-isu-beras-tapi-guna-gambar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Filipina Sekat Pengeluaran Beras Emas Gmo Atas Isu Keselamatan

Mahkamah Filipina Sekat Pengeluaran Beras Emas Gmo Atas Isu Keselamatan

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 202 hits
BHarianonline nbsp Petani menanam jenis padi yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa di bandar Los Banos wilayah Laguna Filipina Foto AFPMANILA Mahkamah Filipina menyekat pengeluaran komersial beras emas yang diubah s...
Lana Nordin Terkesan Isu Aliff Aziz Aku Dulu Seksi Tapi Takda Korbankan Maruah

Lana Nordin Terkesan Isu Aliff Aziz Aku Dulu Seksi Tapi Takda Korbankan Maruah

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 183 hits
Pelakon Lana Nordin terkesan dengan isu Aliff Aziz yang dilaporkan mempunyai hubungan sulit selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mengaku bercinta dengan aktor tersebut Menerusi komen yang ditinggalkan oleh Lana dalam h...
Tengku Hassanal Bersuara Isu Buang Beras Semua Wakil Rakyat Patut Tahu Sop

Tengku Hassanal Bersuara Isu Buang Beras Semua Wakil Rakyat Patut Tahu Sop

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 157 hits
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bersuara mengenai isu pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah Tengku Hassanal bersuara isu buang beras Tengk...
Nak Raya Tapi Api Tiada Di Kelantan Tnb Sedia 88 Generator Atasi Gangguan Elektrik

Nak Raya Tapi Api Tiada Di Kelantan Tnb Sedia 88 Generator Atasi Gangguan Elektrik

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 203 hits
HarapandailyKetika ribuan perantau pulang dan Aidilfitri semakin hampir heboh berlaku gangguan elektrik di beberapa kawasan di Kelantan Ekoran itu Tenaga Nasional Berhad menyediakan 88 generator set bantuan bagi mengatasi masalah tersebut T...
Jangan Guna Air Mineral Nak Buat Susu Bayi Pakar Jelaskan Sebabnya

Jangan Guna Air Mineral Nak Buat Susu Bayi Pakar Jelaskan Sebabnya

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 141 hits
Boleh ke bancuh susu formula anak dengan air mineral Sebaiknya elakkan kerana ada sebabnya yang ibu ayah perlu tahu Menurut perkongsian Dr Kenneth Looi Chia Chuin Pakar Pediatrik Columbia Asia Hospital Cheras sebaiknya didihkan air terlebih...
Dah Tak Mampu Nak Telan Ketupat Rendang Ni Tapi Layan Jer La Dengan Hati Yang Positif

Dah Tak Mampu Nak Telan Ketupat Rendang Ni Tapi Layan Jer La Dengan Hati Yang Positif

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 191 hits
Dah tak larat nk telan ketupat rendang agaknya Husnuzon jer la The post appeared first on
Aku Curang Tapi Suami Tetap Merayu Nak Aku Padahal Dia Kerja Pencuci Je

Aku Curang Tapi Suami Tetap Merayu Nak Aku Padahal Dia Kerja Pencuci Je

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 130 hits
Aku wanita hebat Apa yang kurang pada aku Tiada Aku comel cantik bekerjaya kaya dan miliki segalanya Aku ada pakej yang lengkap Cukup lengkap Aku seorang pendidik Aku juga antara yang terlibat dalam menulis buku teks sekolah Tidak cukup den...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids