Langkah Dap Kekal Calon Cina Berisiko Tapi Masih Boleh Menang



Penganalisis berkata DAP mengekalkan strategi untuk mengekalkan penyokong terasnya iaitu pengundi bukan Melayu pada PRK Kuala Kubu Baharu.
(FMT) – Penganalisis berpendapat DAP mengambil risiko dengan mengekalkan calon Cina pada PRK Kuala Kubu Baharu, walaupun sebelum ini diuar-uarkan mahu menampilkan pemimpin Melayu berikutan majoriti pengundi dari kaum itu.
Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata langkah meletakkan Pang Sock Tao itu mungkin sebagai strategi DAP kerana mahu mengekalkan penyokong terasnya iaitu pengundi bukan Melayu yang telah memilih Lee Kee Hiong pada PRN Ogos tahun lalu.
“Saya kira DAP percaya bahawa undi Cina masih utuh bersama PH dengan jumlah pengundi sekitar 30%, mereka yakin boleh mendapat sebahagian besarnya.
“Namun ia dianggap tindakan berisiko tinggi memandangkan 46% pengundi adalah Melayu diikuti Cina sekitar 30% dan 18% India, kalau menang satu pencapaian kepada kerajaan perpaduan,” katanya kepada FMT.
Menurut Awang Azman, Perikatan Nasional (PN) mungkin boleh memberi saingan jika meletakkan calon Melayu yang popular di kalangan penduduk tempatan, dengan sekurang-kurangnya merebut undi kaum itu.
“Namun jika calon Melayu kurang dikenali baru muncul ketika PRK, peluang PN sukar lebih-lebih lagi Selangor dan pusat dikuasai kerajaan perpaduan,” katanya.
Semalam, Pang yang juga setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming diumum sebagai calon PH pada PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei depan manakala lawannya dari PN akan diketahui malam ini.
Sementara itu, Zaharul Abdullah dari Universiti Sains Malaysia pula berpandangan Nga bukan punca utama jika pengundi Melayu terus menolak DAP pada PRK berkenaan.
“Momentum pengundian majoriti pengundi Melayu sejak PRU15 dan PRN kekal cenderung menolak PH, ini meningkat disebabkan sentimen Melayu-Islam yang didakwa disumbangkan pemimpin DAP termasuk Nga.
“Justeru saya lihat ia bukan faktor Nga semata-mata tetapi penolakan pengundi Melayu kepada DAP secara menyeluruh dan kekecewaan pengundi Melayu terhadap gabungan PH-BN,” katanya yang bagaimanapun berpendapat kebergantungan PN pada undi Melayu sahaja tidak cukup untuk menang.
Beliau mengulas sama ada pemilihan Pang sebagai calon PH akan terjejas susulan statusnya sebagai pegawai Nga yang didakwa telah membangkitkan beberapa isu kontroversi membabitkan orang Melayu seperti pengiktirafan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan.
Wan Hashim Wan Teh dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pula berpandangan selain faktor calon dan parti pengundi juga akan membuat penilaian berdasarkan isu politik semasa dan keadaan ekonomi negara.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku peralihan sokongan daripada pengundi BN kepada PN sebagai tanda protes terhadap hubungan dengan DAP.
The post Langkah DAP kekal calon Cina berisiko, tapi masih boleh menang appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/04/25/langkah-dap-kekal-calon-cina-berisiko-tapi-masih-boleh-menang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Tahan Calon Dap Ni Kutuk Najib Dengan Bn Dulu Tak Malu Ka

Boleh Tahan Calon Dap Ni Kutuk Najib Dengan Bn Dulu Tak Malu Ka

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 273 hits
FB calon PH DAP di Kuala Kubu Bharu yg disokong dan didokong oleh UMNO penuh maki hamun cacian terhadap DS NajibRazak dan keluarga Dululah sebelum kasih sayang bertaut Semua dakyah rasuah kreptokrasi dah dibangkul sampahkan oleh DAP sendiru...
Prk Kkb Dap Bergantung Kepada Umno Untuk Menang

Prk Kkb Dap Bergantung Kepada Umno Untuk Menang

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 267 hits
PRK KKB DAP bergantung kepada Umno untuk menang ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be nkm1yQ9dRBs src in org https www youtube com embed nkm1yQ9dRBs wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube c...
Penyokong Ph Dedah Result Spm Calon Dap Cabar Calon Pn Dedah Keputusan Spm

Penyokong Ph Dedah Result Spm Calon Dap Cabar Calon Pn Dedah Keputusan Spm

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 243 hits
Disebabkan isu pendedahan taraf pendidikan semakin berleluasa dikalangan DAP dan Bersatu Then penyokong DAP dedahkan Ini keputusan PMR dan SPM calon DAP Dari sekolah kebangsaan kerajaan Now turn PN pula Fadhli Shaari cepat dedahkan
Prk Kuala Kubu Baru Soal Jawab Calon Dap Dengan Rakyat

Prk Kuala Kubu Baru Soal Jawab Calon Dap Dengan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 295 hits
Tergagap juga nampak nak jawab Dan yang menarik pakai songkok Calon DAP Gagap nak jawab persoalan orang tempatan Hahaha BN tak join sekali ker kempen BANkami TV
Akmal Bidas Calon Dap Jangan Pilih Calon Hipokrit Prk Kuala Kubu Bharu

Akmal Bidas Calon Dap Jangan Pilih Calon Hipokrit Prk Kuala Kubu Bharu

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 164 hits
Pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu dinasihatkan tidak memilih calon pemimpin hipokrit Ketua Pergerakan pemuda UMNO Dr Akmal Saleh berkata keputusan pilihan raya tersebut akan memberikan mesej yang jelas...
Calon Asli Berpotensi Kecilkan Majoriti Dap Kata Penganalisis

Calon Asli Berpotensi Kecilkan Majoriti Dap Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 135 hits
Seramai 40 226 pemilih layak mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu termasuk pengundi Orang Asli yang mewakili kelompok kecil PETALING JAYA Penyertaan Parti Orang Asli Malaysia pada PRK Kuala Kubu Baharu dijangka hanya akan mengecilkan 4 119 u...
Prk Kkb Dap Senarai Pendek 10 Calon

Prk Kkb Dap Senarai Pendek 10 Calon

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 252 hits
Calon bagi PRK KKB akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan malam ini menurut Pengarah PRK PH Ng Sze Han SHAH ALAM Sepuluh nama calon berpotensi disenarai pendek oleh DAP dan individu yang terpilih untuk bertandin...
Pdip Gembleng Calon Kepala Daerah Di Sekolah Partai Pemimpin Tidak Boleh Bohong

Pdip Gembleng Calon Kepala Daerah Di Sekolah Partai Pemimpin Tidak Boleh Bohong

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 128 hits
Para calon kepala daerah bakal diusung PDI Perjuangan ditekankan mengenai ketaatan terhadap konstitusi budi pekerti serta santunnya kata dan perbuatan
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Raya Aidilfitri 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Major Brain Drain As Researchers Eye Exit From Trump S America

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter