Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Kpm


KPM | Lancar Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi
Kementerian Pendidikan, (KPM) melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.
Pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bakal dijadikan panduan di semua peringkat sekolah bagi memupuk kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar Islam.
Pembangunan modul itu oleh Kementerian Pendidikan (KPM) membolehkan guru dan pelajar mendapat penghayatan nilai pesanan dan perkara baik dalam hadis yang dibaca dan dihayati.
Menurut Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam KPM, Omar Salleh, pelaksanaan modul itu dilihat mampu melahirkan generasi pelajar cerdik.
Tujuan Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi KPM Modul dirangka dan dibina KPM serta melibatkan pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing terutamanya dalam bidang hadis, telah mengambil kira pendekatan meliputi semua peringkat sekolah termasuk sekolah dalam aliran perdana seperti sekolah rendah atau sekolah menengah harian biasa.
Omar berkata KPM berharap melalui modul itu, ia dapat menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islam yang berupaya mengangkat martabat insan (karamah insaniah) dalam usaha untuk melahirkan anak baik lagi cerdik menerusi aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah dengan berpandukan kandungan Hadis 40 Imam Nawawi.
Beliau berkata melalui penghayatan hadis 40, murid dapat memahami asas Islam, iman dan ihsan untuk dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian selain mempamerkan keindahan muamalat Islam dalam kehidupan bermasyarakat dengan meraikan kepelbagaian agama dan bangsa, di samping membudayakan nilai murni dalam kehidupan dengan melaksanakan tuntutan ajaran Islam yang melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi.
Tarikh / Cara Pelaksanaan Modul Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi KPM Modul tersebut akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun 2024.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata modul itu membolehkan guru dan pelajar mendapat penghayatan khususnya untuk memastikan nilai pesanan dan perkara baik dalam hadis dibaca dan dihayati.
Modul tersebut dibangunkan selari dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kerajaan mengambil inisiatif melalui KPM dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi bagi diedarkan di seluruh sekolah.
Selain itu, modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengukuhan dalam dan luar bilik darjah dan tidak terhad kepada sekadar membaca hadis sahaja.

Harapan Menteri Pendidikan Memetik kata-kata YB Fadhlina Sidek di media sosial beliau:
Saya ingin memetik salah satu hadis di dalam Buku Hadis 40 Imam Nawawi, iaitu hadis yang ke 13:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya: “Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri”
Hadis ini menekankan peri penting untuk setiap dari kita mengasihani dan mencintai saudara kita. Bila kita mengasihi orang lain, kita akan berbuat kebaikan dan tidak akan menyakiti mereka.
Keperluan yang sangat besar untuk Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang diluncurkan hari ini dibaca, dihayati dan diamalkan di sekolah-sekolah.
Kita mahu, Hadis 40 ini menjadi pengaruh kepada anak-anak, supaya mereka pegang sepanjang hidup sejak dari bangku sekolah lagi.
Sebab, kandungan hadis-hadis ini semuanya berpesan kepada kebaikan. Anak-anak yang berterusan dididik untuk menghayati hadis-hadis ini akan membentuk karakter dan akhlak mereka menjadi anak soleh/solehah yang didamba sepanjang zaman.
Anak-anak sekalian, dalam hidup ini, akhirnya nanti yang kita bawa ke akhirat hanyalah amalan-amalan kebaikan. Oleh itu, buatlah kebaikan sebanyak mungkin dan tinggalkan perkara buruk, keji dan mungkar.
Doa saya untuk semua anak-anak, semoga mendapat kebaikan di dunia dan akhirat serta diselamatkan dari seksaan api neraka.
Baca juga:
Biodata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari MyBAS Konsesi: Pendaftaran Tambang Percuma Bas Henti-henti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/modul-penghayatan-hadis-40-imam-nawawi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=modul-penghayatan-hadis-40-imam-nawawi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Modul Penghayatan Hadis 40 Jangan Polemikkan Ia Tidak Babitkan Pelajar Bukan Islam Scoop 24 08 2023

Modul Penghayatan Hadis 40 Jangan Polemikkan Ia Tidak Babitkan Pelajar Bukan Islam Scoop 24 08 2023

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR Angkatan Belia Islam Malaysia meminta isu berhubung modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dilancarkan Kementerian Pendidikan tidak seharusnya dipolemikkan kerana ia hanya diterapkan dalam lingkungan pelajar beragama Islam Pres...
Gerakan Bantah Hadis 40 Imam Nawawi Di Sekolah Mana Suara Pas

Gerakan Bantah Hadis 40 Imam Nawawi Di Sekolah Mana Suara Pas

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 259 hits
HarapanDaily comOrang ramai mempertikai pendirian Pas apabila sekutunya dalam Perikatan Nasional Gerakan lantang membantah pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara Sebelum ini Pas umum dikenali sebagai ku...
Jangan Polemik Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Di Sekolah Kata Menteri Agama

Jangan Polemik Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Di Sekolah Kata Menteri Agama

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 304 hits
freemalaysiatoday com 26 Aug 2023Mohd Na im Mokhtar berkata Kementerian Pendidikan jelas menyatakan program itu hanya untuk guru dan murid beragama Islam sahaja Mohd Na im Mokhtar berkata program itu telah dinyatakan bertujuan menerapkan se...
Modul Hadis Hanya Untuk Murid Islam Kata Kpm

Modul Hadis Hanya Untuk Murid Islam Kata Kpm

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 259 hits
Program perintis itu akan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di seluruh negara Pelaksanaan modul baru yang berasaskan hadis hanya disasarkan kepada guru da...
Education Ministry A Total Of 289 Religious Schools Involved In Imam Al Nawawi S 40 Hadith

Education Ministry A Total Of 289 Religious Schools Involved In Imam Al Nawawi S 40 Hadith

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 165 hits
Education Minister Fadhlina Sidek delivers a speech during the launch of the Imam Al Nawawi s 40 Hadith appreciation module at SMKA Putrajaya August 19 2023 Bernama picKUALA LUMPUR Aug 25 The implementation of the pilot programme of the Ima...
Soal Beban Tugas Guru Komitmen Berterusan Kpm Fadlina

Soal Beban Tugas Guru Komitmen Berterusan Kpm Fadlina

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 140 hits
LANGKAWI Kementerian Pendidikan akan memberikan perhatian berterusan kepada isu beban tugas guru dan langkah sederhana serta panjang bakal diumumkan bagi membantu tugas barisan pendidik di negara ini Menterinya Fadhlina Sidek berkata sebelu...
Spm 2023 Diawalkan Kpm Akan Keluar Kenyataan Rasmi Fadhlina

Spm 2023 Diawalkan Kpm Akan Keluar Kenyataan Rasmi Fadhlina

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 128 hits
SHAH ALAM Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan Menterinya Fadhlina Sidek berkata pihaknya setakat...
Kpm Sedang Bangunkan Kurikulum Baharu Akan Digunakan 2027 Fadhlina Sidek

Kpm Sedang Bangunkan Kurikulum Baharu Akan Digunakan 2027 Fadhlina Sidek

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 214 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia sedang membangunkan kurikulum persekolahan baharu khususnya bagi menilai semula mana mana subtopik yang terlalu berat dan tidak selari dengan keperluan semasa murid KPM dalam kenyataan memaklumkan p...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding