Modul Penghayatan Hadis 40 Jangan Polemikkan Ia Tidak Babitkan Pelajar Bukan Islam Scoop 24 08 2023


 
KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meminta isu berhubung modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM), tidak seharusnya dipolemikkan kerana ia hanya diterapkan dalam lingkungan pelajar beragama Islam.
Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pelaksanaan modul itu juga bertepatan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara, bagi memupuk amalan kesederhanaan yang dianjurkan sebagai nilai hidup dalam kalangan generasi muda muslim khususnya.
Bahkan, katanya, Hadis 40 yang dikumpulkan Imam Nawawi mencakupi penerapan nilai murni dan akhlak mulia, berdasarkan sumber rujukan serta autoriti jelas daripada hadis sahih.
“Ini sekali gus dapat membasmi fahaman melampau dalam beragama daripada berleluasa di negara ini, memandangkan ia tidak disandarkan pada apa-apa autoriti agama yang kukuh.
“Dengan penerapan modul ini, ia secara langsung dapat menjadi kunci untuk memastikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini dapat terus dipelihara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pada 19 Ogos lalu, KPM melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.
Ia akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah di bawah KPM tahun depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, modul itu membolehkan guru dan pelajar mendapat penghayatan, terutama untuk memastikan nilai pesanan serta perkara baik dalam hadis dibaca dan dihayati.
Bagaimanapun, sebuah kumpulan mewakili agama bukan Islam, iaitu Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menyifatkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dilaksanakan di sekolah di bawah kendalian KPM, sebagai tidak berperlembagaan.
Kumpulan itu mendakwa, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan pendidikan Islam diajar seperti itu di sekolah.
Pada masa sama, Muhammad Faisal berkata, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan tidak hanya bersifat ritual.
Ujarnya, ia sebaliknya tafsiran kepada peruntukan Perlembagaan berkenaan adalah meluas mencakupi Islam sebagai agama dan cara hidup sempurna Muslim di Malaysia, malah kedudukan Perkara 3, sudah diperjelaskan melalui penghakiman di Mahkamah Persekutuan.
“Justeru ABIM menggesa semua pihak berlapang dada serta menghormati inisiatif kerajaan, khususnya dalam membawa pendidikan Islam yang sememangnya sejajar dengan nilai murni masyarakat kita,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan meminta supaya kumpulan bukan Islam, termasuk MCCBCHST tidak mencampuri urusan umat Islam di negara ini, bagi mengelakkan tercetus masalah pada masa depan.
Katanya, tambahan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu tidak mempunyai kaitan dengan penganut agama lain, malah tiada paksaan daripada pihak kerajaan untuk pelajar bukan Islam mempelajarinya.
Nadzim berkata, PPIM tidak mempunyai masalah dengan nilai hadis itu yang dibawa ke sekolah dan pada masa sama, pihaknya mempunyai komitmen besar untuk melihat generasi Islam benar-benar menghayatinya.
“Kami mahu hidup dengan harmoni, semua ada agama masing-masing, ada hak masing-masing, jangan campur urusan agama kami!” tegasnya. – 24 Ogos 2023
Artikel oleh: Scoop
MODUL PENGHAYATAN HADIS 40: JANGAN POLEMIKKAN, IA TIDAK BABITKAN PELAJAR BUKAN ISLAM
https://www.scoop.my/berita/modul-penghayatan-hadis-40-jangan-polemikkan-ia-tidak-babitkan-pelajar-bukan-islam/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/08/modul-penghayatan-hadis-40-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Tegaskan Modul Hadis 40 Imam Nawawi Hanya Untik Guru Dan Pelajar Islam Indahnya Islam 28 09 2023

Kpm Tegaskan Modul Hadis 40 Imam Nawawi Hanya Untik Guru Dan Pelajar Islam Indahnya Islam 28 09 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 266 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan hanya guru dan murid beragama Islam sahaja terlibat dalam pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Perkara ini dijelaskan sendiri oleh KPM apabila baru baru ini Majlis Perundingan Malays...
Jangan Polemik Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Di Sekolah Kata Menteri Agama

Jangan Polemik Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Di Sekolah Kata Menteri Agama

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 397 hits
freemalaysiatoday com 26 Aug 2023Mohd Na im Mokhtar berkata Kementerian Pendidikan jelas menyatakan program itu hanya untuk guru dan murid beragama Islam sahaja Mohd Na im Mokhtar berkata program itu telah dinyatakan bertujuan menerapkan se...
Tindakan Bukan Islam Campuri Pengajaran 40 Hadis Melampau Ppim Malaysia Gazette 29 08 2023

Tindakan Bukan Islam Campuri Pengajaran 40 Hadis Melampau Ppim Malaysia Gazette 29 08 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang semakin melampau Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata pihaknya akan membuat laporan polis ...
Jangan Campur Urusan Umat Islam Ismaweb 24 08 2023

Jangan Campur Urusan Umat Islam Ismaweb 24 08 2023

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 317 hits
BANGI 7 Safar 1445H Khamis Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengingatkan mana mana pertubuhan bukan Islam supaya tidak masuk campur urusan umat Islam di negara ini Ini susulan tindakan Majlis Perundingan Agama Buddha Kristian Hindu Sikh da...
Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Kpm

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Kpm

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 308 hits
KPM Lancar Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Kementerian Pendidikan melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah Pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi b...
Pengenalan Modul Hadis 40 Tepat Pada Masa Malaysia Post 24 08 2023

Pengenalan Modul Hadis 40 Tepat Pada Masa Malaysia Post 24 08 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 366 hits
MODUL Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tepat dengan keperluan semasa dan masa depan negara untuk memupuk kesederhanaan dalam kalangan generasi muda Muslim kata Angkatan Belia Islam Malaysia Presiden Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata m...
Modul Hadis Hanya Untuk Murid Islam Kata Kpm

Modul Hadis Hanya Untuk Murid Islam Kata Kpm

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 309 hits
Program perintis itu akan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di seluruh negara Pelaksanaan modul baru yang berasaskan hadis hanya disasarkan kepada guru da...
Ppim Akan Bentuk Laporan Polis Terhadap Golongan Yang Menentang Modul Hadis 40 Imam Nawawi Tv Pertiwi 29 08 2023

Ppim Akan Bentuk Laporan Polis Terhadap Golongan Yang Menentang Modul Hadis 40 Imam Nawawi Tv Pertiwi 29 08 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 384 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat kesemua kenyataan media yang dibuat mengenai isu pelaksanaan Modul Hadis 40 yang dikatakan semakin melampau sejak akhir akhir ini Sumber TV Pertiwi PPIM AKAN BENTUK L...
Tidak Perlu Curiga Perkenal Modul Penghayatan Hadis 40

Tidak Perlu Curiga Perkenal Modul Penghayatan Hadis 40

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 128 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat bukan Islam memahami kepentingan pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bakal diajar di sekolah seluruh negara Jelasnya pelaksanaan modul itu tidak wajar digembar gemburk...
Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam