Mkt Umno Akan Tentukan Tarikh Pilihanraya Malam Ini



MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini akan menentukan tarikh membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung November, kata sumber.
Parlimen akan mula bersidang Isnin sehingga 29 November manakala Belanjawan 2023 dibentangkan Jumaat minggu depan pada 7 Oktober.

Bagaimanapun, ramai menjangka Parlimen akan dibubarkan seawal 12 Oktober.
“Parlimen akan dibubarkan menjelang minggu kedua Oktober dan pilihan raya sebulan selepas itu,” kata seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) yang enggan namanya disebut kepada.
Pentadbiran BN bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad juga melakukan tindakan sama pada 1999 dengan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya sebaik membentangkan belanjawan.
Difahamkan, pilihan raya umum kali ini akan diadakan dalam masa empat minggu dari tarikh pembubaran Parlimen.
Ia juga bergantung sama ada pentadbiran negeri dengan mandat yang bakal berakhir akan turut membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing.
Sarawak, Sabah, Melaka dan Johor sudahpun mengadakan pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh dua tahun lalu.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang kembali dari Emiriah Arab Bersatu semalam membayangkan sejak 17 September lalu bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.
Menurutnya ia akan diumumkan selepas perbincangan dengan barisan pemimpin tertinggi Umno.
Ismail Sabri yang merupakan naib presiden Umno memecah tradisi parti dan rekod negara apabila dilantik ke jawatan perdana menteri mendahului pemimpin yang lebih kanan dalam lapisan parti.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan pada Ogos menyebut Ismail Sabri menyatakan pilihan raya umum akan diadakan pada tahun ini.
Pada 2018, Najib Razak kekal di jawatan perdana menteri hampir ke akhir penggal dan hanya mengumumkan pembubaran Parlimen pada 6 April, beberapa minggu sebelum mandatnya tamat.
PRU14 pada 2018 diadakan lebih sebulan kemudian pada 9 Mei, dan buat pertama kalinya pada Rabu, hari bekerja.
Ia menimbulkan kemarahan banyak pihak sehingga mendorong kutipan tabung untuk memastikan ramai pemilih dapat keluar mengundi yang membawa kepada kekalahan bersejarah BN.
Pakatan Harapan (PH) meraih 121 dari 222 kerusi Parlimen dan selebihnya dimenangi pembangkang manakala Dr Mahathir Mohamad dilantik perdana menteri buat kali kedua.
Ismail Sabri pula pada waktu ini mengetuai gabungan 115 ahli Parlimen tidak termasuk Najib, wakil Pekan yang sudahpun disabit kesalahan dan dipenjara 12 tahun.
Dua lagi kerusi kosong ekoran kematian penyandangnya.
“Ia bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi saya fikir pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada hari minggu, bukan hari bekerja seperti sebelumnya jika tidak orang akan marah lagi,” kata sumber Umno itu.
BELANJAWAN DAN MONSUN
Sumber juga berkata, BN akan tetap mengadakan pilihan raya walaupun dikritik kerana diadakan selepas pembentangan bajet dan sewaktu musim tengkujuh yang lazimnya menyebabkan banjir.
“Begini, kerajaan waktu ini boleh dikata gabungan yang tidak berfungsi dan akan menentang satu sama lain apabila pilihan raya diumumkan. Baik hentikan lakonan ini sekarang dan tubuh kerajaan dengan mandat jelas,” tambahnya.
BN kembali menerajui kerajaan pada Ogos 2021 selepas dua kali pertukaran kerajaan, bermula dengan penggulingan pentadbiran PH pada Februari 2020 selepas Bersatu menarik sokongan.
Bersatu seterusnya memimpin pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk dengan BN dan PAS dan juga sokongan parti negeri Sarawak.
Gabungan tersebut tumbang apabila presiden Bersatu yang juga perdana menteri waktu itu Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti di Parlimen.
Kedua-dua PH dan PN mendesak Ismail Sabri agar menangguhkan pilihan raya sehingga musim tengkujuh berakhir Disember namun sumber BN menyebut ia menyebabkan tarikh itu diawalkan.
“Seteru politik kami menuduh kami tidak berguna jadi bukankah lebih baik adakan pilihan raya dan dapat kerajaan yang cekap untuk urus dan bendung kesan banjir jika ia berlaku,” kata satu sumber.
Jabatan Meteorologi semalam menyatakan musim antara monsun dijangka bermula Isnin sehingga akhir November dengan angin dan ribut petir pada sebelah petang yang boleh menyebabkan banjir lapor The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/mkt-umno-akan-tentukan-tarikh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mahu Pru15 Diadakan Tahun Ini Juga Pm Digesa Menghadap Agong Tentukan Tarikh

Umno Mahu Pru15 Diadakan Tahun Ini Juga Pm Digesa Menghadap Agong Tentukan Tarikh

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 207 hits
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang berlangsung pada malam tadi memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini juga Perdana Menteri Datuk Seri Is...
Umno Pm Akan Persembah Tarikh Bubar Parlimen Pada Agong

Umno Pm Akan Persembah Tarikh Bubar Parlimen Pada Agong

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 248 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 30 2022 11 07 PMUmno telah membuat ketetapan agar parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Piihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan Justeru katanya ...
Pilihanraya Ini Masa Sesuai Kuburkan Umno

Pilihanraya Ini Masa Sesuai Kuburkan Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 162 hits
https www tiktok com brokenarrow507 video 7149273682286775579 is from webapp 1 sender device pc web id 7001374925400344066
Pru 15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini Mkt Umno

Pru 15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini Mkt Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 234 hits
PENETAPAN TARIKH PRU 15 KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang tamat pada 30 September 2022 membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata susu...
Agong Yang Tentukan Pru 15 Bukan Umno

Agong Yang Tentukan Pru 15 Bukan Umno

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 161 hits
Agong yang tentukan PRU 15 bukan UmnoPosted By on October 04 2022Pemimpin tertinggi Umno secara tidak bertanggungjawab membayangkan mereka mempunyai kuasa memutuskan bilakah Pilihan Raya Umum ke 15 wajib diadakan Ahli Parlimen Pasir Gudang ...
Mkt Umno Setuju Pembubaran Parlimen Bagi Pru15 Diadakan Tahun Ini

Mkt Umno Setuju Pembubaran Parlimen Bagi Pru15 Diadakan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 199 hits
Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju pembubaran Parlimen akan dibuat masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Menurutnya PM akan persembahkan cadangan tarikh pembubaran kepa...
Umno Youth Chief Dares Muhyiddin To Withdraw Support For Pm

Umno Youth Chief Dares Muhyiddin To Withdraw Support For Pm

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 191 hits
If Perikatan Nasional chairperson Muhyiddin Yassin thinks the government has mismanaged the economy he should tell ministers from his coalition to withdraw support for Prime Minister Ismail Sabri Yaakob Putting forward the challenge Umno Yo...
Ketua Umno Johor Percaya Kepada Maklumat Salah

Ketua Umno Johor Percaya Kepada Maklumat Salah

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 193 hits
Ketua Umno Johor Percaya Kepada Maklumat Salah Lim Kit Siang berkata Ketua Umno Johor Hasni Mohammad menyebarkan maklumat salah dengan berkata dia akan bertanding di Bakri dalam pilihan raya umum ke 15 Sepertimana Hasni gagal menjadi pembac...
Rentasan 1213 Gempar Ini Motif Sebenar Umno Bn Beria Ia Mahu Pru 15 Diadakan Segera

Rentasan 1213 Gempar Ini Motif Sebenar Umno Bn Beria Ia Mahu Pru 15 Diadakan Segera

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 203 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1213 1 PUNCA SEBENAR UMNO BN MAHU PRU15 DIBUAT TAHUN INI 2 INILAH GEJALA WIRA SONGSANG 3 SIAPA YANG AUTA RAKYAT TENTANG EKONOMI Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politik Malay...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan