Misteri Pusara Di Lebuh Raya Utara Selatan


Malam Jumaat itu selepas pulang daripada kerja, saya merasa amat bosan dengan suasana hiruk-pikuk di ibu kota Kuala Lumpur. Kira-kira pukul 10.00 malam selepas berehat seketika, saya memutuskan untuk pulang menziarahi ibu bapaku di kampung.

Gambar hiasan.

Seperti selalu, saya sering bertolak dari Kuala Lumpur sendirian selewat-lewatnya pukul 12.00 malam.

Selepas mengemas pakaian dan memeriksa motosikal, saya memulakan perjalanan dari Kampung Baru dan memasuki lebuh raya di Kepong.

Lebih kurang dua jam perjalanan, saya singgah sebentar di Hentian Rehat Tapah untuk mengisi minyak. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 3.00 pagi.

Malam itu, jalan sunyi tidak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sangat kurang. Bulan cerah, sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak, saya meneruskan perjalanan.

Saya berhenti di tepi jalan selepas exit Hulu Berang. Saya mematikan enjin motosikal di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masuk ke lebuh raya.

Semasa berhenti, saya berasa tenang dan damai kerana jalan sangat sunyi dan damai kerana jalan sangat sunyi dan lengang. Kiranya saya boleh memecut motosikal tanpa risau.

Sambil duduk di atas pembahagi jalan menghadap motosikal, saya mengeluarkan sebatang rokok. Jam ditangan menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi.

Cuaca semakin sejuk walaupun saya memakai jaket kulit. Sesekali di sebelah sana jalan menghala ke Kuala Lumpur, kereta melintasiku.

Jalan raya mula berkabus seolah-olah saya sudah melepasi Terowong Menora di Ipoh. Habis sahaja sebatang rokok untuk menghilangkan mengantuk, saya campakkan ke atas aspal.

Saya menoleh ke belakang. Ah..ketika itu saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Saya tergamam seketika, terpaku dengan pemandangan disajikan.

Saya kelipkan mata, menggosok-gosok wajahku dengan kedua-dua telapak tangan. Tapi apa yang saya nampak masih berada di situ.

Ya..saya bukannya bermimpi..

Dalam kesamaran cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi lebuh raya itu, saya melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukau dihadapanku.

Langsung tidak ada sebatang pokok pun yang berada di atas bukit tersebut kecuali ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceratuk di sana-sini.

Saya nampak jelas dengan bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada tiga buah bukit yang dipenuhi batu-batu nisan lama. Ketika itu, saya langsung tidak berasa seram atau takut.

Saya hanya berasa sedikit pelik kerana setahu saya, tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua saya menggunakan jalan ini.

Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak mindaku. Apakah ini khayalan atau realiti?

Saya perhatikan ke segenap ruang selagi mataku mampu melihat. Sungguh, ia adalah perkuburan lama yang telah berusia dipenuhi dengan batu-batu nisan yang senget dan berceratuk di serata pelosok bukit. Tapi, ini tanah perkiburan siapa?

Kira-kira 10 hingga 15 minit saya terpaku sendirian di situ. Saya merasa amat takjub! Memang saya sedar, tiada sebarang kenderaan yang lalu-lalang.

Selepas itu, saya perlahan-lahan berundur ke arah motosikal. Mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan sambil mata tidak lepas memerhatikan kawasan perkuburan tersebut.

Katika itulah saya terasa seram sejuk dan bulu tengkuk meremang secara tiba-tiba. Argh! Alamatnya ini petanda..

Lalu saya hidupkan enjin motosikal dan tanpa menoleh lagi saya terus memecut. Sepanjang perjalanan, tidak putus-putus soalan demi soalan menerjah dalam fikiranku. Kubur siapakah itu?

Saya hairan sebab baru tadi berasa seolah-olah berada di sebuah perkuburan yang sangat asing.

Ribuan batu-batu nisan yang senget dan berceratuk di serata pelosok bukit adalah sesuatu yang luar biasa, yang tidak pernah saya saksikan.

Setelah tiba di rumah, saya tidak bercerita apa-apa pada ayahku. Hanya pada keesokan paginya barulah saya cuba bertanya tentang kewujudan tanah perkuburan itu.

Ayah pun terkejut dan menegaskan memang tiada sebarang perkuburan Islam begitu terdapat di tepi Lebuh Raya Utara Selatan.

Jadi, kubur siapakah yang saya lihat malam tadi?

Barulah saya mengucap syukur. Saya yakin telah diberi peluang seketika oleh Allah untuk melihat 'dunia lain' buat sementara waktu ketika berseorangan.

Sehingga kini, setiap kali tiba ditempat kejadian, saya cuba mengingat semula pemandangan menakjubkan apabila disajikan dengan ribuan batu-batu nisan berceratuk memenuhi tiga buah bukit.

Subhanallah! Allah Maha Besar. Hanya Dia yang lebih mengetahui kewujudan ciptaan-Nya.

*Kisah benar yang misteri ini adalah seperti yang telah disiarkan di majalah Mastika.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/12/misteri-pusara-di-lebuh-raya-utara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melawati Mall Kilauan Raya Al Maghribi Meriah Dengan Penampilan Istimewa Pelakon Projek High Council

Melawati Mall Kilauan Raya Al Maghribi Meriah Dengan Penampilan Istimewa Pelakon Projek High Council

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 357 hits
MELAWATI MALL KILAUAN RAYA AL MAGHRIBI MERIAH DENGAN PENAMPILAN ISTIMEWA PELAKON PROJEK HIGH COUNCIL Assalammualaikum semua Lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadan yang dirindui Sedar tidak sedar kita pun sibuk membuat persiapan Syaw...
30 Jenis Resepi Kuih Raya Yang Sedap Dan Selalu Orang Cari Pada Hari Raya

30 Jenis Resepi Kuih Raya Yang Sedap Dan Selalu Orang Cari Pada Hari Raya

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 339 hits
30 Jenis Resepi Kuih Raya Sedap Dan Orang Cari Semasa Hari Raya Resepi kuih raya ni nak kata senang tak jugak tapi kalau rajin mesti boleh jadi Kalau ca Resepi ri bahan masakan tak ada kat kedai runcit kita borong kat Shopee Hehe kalau mood...
Koleksi Raya 2023 Bayu Somerset

Koleksi Raya 2023 Bayu Somerset

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 329 hits
KOLEKSI RAYA 2023 BAYU SOMERSET Assalammualaikum semua Baru baru ini Ruby telah ke Melawati Mall Ruby nampak satu pop up store yang menampilkan Baju Kebaya Pendek Tie Die macam ais krim Paddle Pop Sempat juga lah Ruby tanya harga berapa ni ...
Pilihan Raya Kazakhstan Dijangka Satu Lagi Langkah Pembaharuan Politik

Pilihan Raya Kazakhstan Dijangka Satu Lagi Langkah Pembaharuan Politik

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 164 hits
PILIHAN raya mengejut Kazakhstan hari ini dijangka menjadi satu lagi langkah pembaharuan politik Presiden Kassym Jomart Tokayev di negara Asia Tengah itu Pilihan raya berkenaan diadakan berikutan pembaharuan perlembagaan dalam pungutan suar...
Baju Raya Cantik Dan Murah Di Bulan Bintang

Baju Raya Cantik Dan Murah Di Bulan Bintang

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 267 hits
Baju Raya Cantik Dan Murah Di Bulan Bintang Tidak lama lagi kita akan menyambut hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2023 Ramai yang sedang mencari cari pekah baju raya yang terbaik untuk diperagakan di hari yang mulia itu Pening nak cari pakai...
Persiapan Nak Sambut Puasa Raya

Persiapan Nak Sambut Puasa Raya

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 202 hits
Bahang kesibukkan dah mula terasa Walau dari awal dah tahu yang tarikh mula Puasa sesi persekolahan 2023 dibuka Hari Raya tu dekat dekat je Masih lagi terasa penat dia walau dah cuba rancang sebaik mungkin segala perkara Macam baru semalam ...
Pakej Photo Studio Raya 2023 Di The Empire Studio Johor Bahru

Pakej Photo Studio Raya 2023 Di The Empire Studio Johor Bahru

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 273 hits
Pakej Photo Studio Raya 2023 di The Empire Studio Johor Bahru Dekorasi studio tahun berubah lagi uolls Lebih cantik ceria dan aesthetic Ada 4 The post appeared first on
15 Sampul Raya Bertemakan Negeri Di Malaysia Cun Habis Buat Raya Kali Ini

15 Sampul Raya Bertemakan Negeri Di Malaysia Cun Habis Buat Raya Kali Ini

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 255 hits
Tercari cari sampul duit raya special lain daripada yang lain untuk hari raya ini Sis jumpaa dah sampul duit raya yang bersifat kenegerian tiap negeri hampaaaa ada Yang penting muat note 1OO takyah lipat haa senang laki nak letak bebanyak b...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur