30 Jenis Resepi Kuih Raya Yang Sedap Dan Selalu Orang Cari Pada Hari Raya


30 Jenis Resepi Kuih Raya Sedap Dan Orang Cari Semasa Hari Raya. Resepi kuih raya ni nak kata senang tak jugak, tapi kalau rajin mesti boleh jadi! Kalau ca Resepi ri bahan masakan tak ada kat kedai runcit, kita borong kat Shopee. Hehe.. kalau mood rajin dah datang, semua boleh berjaya. Betul tak? Kalau dah buat sehari satu resepi, maka dapatlah merasa 30 jenis biskut raya yang di buat sendiri.


30 Jenis Resepi Kuih Raya Yang Sedap Dan Orang Cari Semasa Hari Raya 

Jom kita cuba satu persatu resepi yang ada kat bawah ini iaitu 30 resepi kuih muih untuk raya yang sedap dan comel.. 

1. Resepi Biskut Oat Rangup



Bahan-bahan:

125 gram mentega
125 gram gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
125 gram susu tepung
250 gram tepung naik sendiri
60 gram emping jagung - dikisar
125 gram oat - dikisar

Bahan hiasan:

Oat kasar

Cara menyediakan Biskut Oat Rangup
1. Satukan mentega dan gula kastor, pukul hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla. Puul lagi hingga jadi sebati.

2. Kemudian masukkan susu tepung, tepung naik sendiri, emping jagung dan oat. Gaul hingga sebati dan uli hingga jadi doh.

3. Canaikan doh dan terapkan berbentuk bulat.

4. Tekankan di atas biskut menggunakan garpu dan taburkan oat di atasnya.

5. Bakar biskut selama 10 - 20 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.

6. Bila telah masak, masukkan ke dalam bekas kedap udara agar kerangupannya bertahan lama.


2. Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Mudah Dan Rangup


Bahan-bahan

1 bungkus tepung beras
1 bungkus kecil jintan manis - kisar kasar
1 bungkus kecil jintan putih - kisar kasar
1 bungkus kecil biji ketumbar - kisar kasar
100 gram Ikan bilis - dibelah dua
1 biji kelapa - 4-5 cawan santan cair (buat lebih sebab akan digunakan untuk tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang mendap/ mendak)
1 sudu teh kapur makan
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 sudu teh gula
1/2 kilo kacang tanah atau lebih..
minyak untuk goreng terendam

Cara-cara menyediakan rempeyek kacang tanah ikan bilis rangup
1. Bersihkan dan toskan kacang tanah hingga kering. Kalau lembap nanti kacang tanah kurang rangupnya.

2. Basuh rempah-rempah dan kisar kasar. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk, gaul sebati dengan tangan semua bahan yang telah dikisar bersama tepung beras, kapur makan, gula dan garam. Kemudian baru masukkan santan. Adun dan kacau lagi bancuhan tepung beras dan bahan-bahan tadi hingga kelihatan cair. Jika terlalu pekat, tambahkan santan lagi.

4. Anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar.

5. Ok. Bila nak mula menggoreng, buat satu mangkuk bancuhan yang lain untuk mudah kita jaga pekat/cairnya bancuhan tersebut. Jika adunan agak pekat/mendap, tambahkan lagi santan dari semasa ke semasa.

6. Ambil sesudu bancuhan, masukkan kacang tanah dan ikan bilis di dalam sudu. Layangkan di tepi kuali. Ikut kreativiti sendiri. Biar adunan melorot ke dalam minyak.

7. Biar seminit, lepas itu terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Bila goreng rempeyek kacang tanah, sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup dan masak sempurna. Api kena jaga, jangan besar. bila permukaan berkacang sudah kecoklatan, baru terbalik kan.

8. Bila kacang telah garing, boleh lah diangkat dan ditoskan rempeyek tersebut. Bila dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara @ tin.


Tips rempeyek rangup:
1) Fungsi air kapur/kapur makan itu ialah bagi merangupkan lagi rempeyek dan masa menggoreng rempeyek ini, gunakan api sederhana supaya rempeyek tidak merah atau terlalu garing. 
2) Jika tak suka letak ikan bilis, bolehlah letakkan kacang tanah sahaja semasa proses menggoreng rempeyek dilakukan. 

3. Swiss Tart Cookies Comel Dan Sedap



Bahan-bahan :
🍪 150 gram butter🍪 50 gram gula icing (diayak)🍪 150 gram tepung gandum (diayak)🍪 50 gram tepung jagung (diayak)🍪 sedikit esen vanilla🍪 strawberry filling
**kalau nak buat banyak, boleh gandakan adunan
Cara-cara buat swiss tart cookies  :
1) Putar butter dan gula icing hingga kembang2) Masukkan esen vanilla. Putar lagi3) Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Putar lagi hingga sebati dan tidak berketul. Adunan ni lembik sedikit, tak seperti cookies yang lain ye.. Sebab adunan ni kita nk piping dan guna nozzle. Tu pasal adunan lembik
4) Masukkan adunan kedalam piping bag dan guna nozzle no 22
5) Alas dengan parchment paper, silicon mat atau loyang yang disapu butter
6) Piping satu-satu hingga habis. Piping strawberry filling ditengah-tengah7) Bakar dgn suhu 150 darjah selama 20 minit atau hingga masak. Adjust ikut oven masing-masing
credit : Anith Syazwani‎ dari FB

4. Biskut Semperit Klasik Paling Mudah, Rangup Dan Sedap



Bahan-bahan;
1 tin tepung jagung Brown and Polson @ 450 gram
1 tin mentega SCS/ buttercup @ 454 gram
7 biji kuning telur(ayam kampung lebih kaw)
1 1/4 cawan gula; 
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara penyediaan biskut semprit klasik rangup dan mudah
1. Campurkan semua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur, bila sebati baru saya masukkan kedua-dua jenis tepung. 
2. Menteganya saya masukkan 3/4 sahaja, kemudian tambah sedikit-sedikit. Tak payah uli terlalu lama, takut nanti kembang, 
3. Bila cukup sebati, guna acuan samperit yang ada penekan kayu atau boleh juga guna acuan ikut citarasa sendiri, contohnya guna nozzle open star yang ditekan dengan jari... 
Kalau suka yang comel-comel, buatlah kecil-kecil je tepung nak masuk kat acuan tu. 
4. Susun atas dulang pembakar
Cara Bakar Biskut Semperit Klasik
1. Untuk langkah seterusnya buat biskut semperit ni, panaskan oven sekejap pada suhu 200’C api atas bawah sekitar 5 minit dan turunkan pada suhu 170’C.
2. Masukkan dulang pembakar dan bakar biskut semperit untuk tempoh 25-30 minit. 
3. Kenapa tak tetap masa? Sebab oven berlainan jenama akan sedikit sebanyak mempengaruhi masa pembakaran. Tuan badan yang punya oven je yang kenal tahap pemanasan ovennya. 

Nota;

1. Nak uli buat pakai tangan je, guna hujung jari agar tepung tak kembang sangat. 
2. Tapi kalau nak guna mixer jugak, gunakan masa pukul telur + butter saja. Lepas tu masuk tepung pakai tangan, uli dgn hujung jari jer..tak mau adunan kembang sangat. 3. Nanti waktu tekan tu nampak cantik, lepas bakar nanti kembang, Semoga membantu4. Jangan biarkan adunan terbiar lama, nanti biskut semperit anda jadi keras. Lepas uli, cetak dengan acuan dan bakar


5. Biskut Karamel Badam Crunchy Yang Sedap

 Nampak tak ukurannya. Nipis aje kan? Rangup sangat dan rasa badam tu yang menaikkan lemak manis biskut karamel badam ni. Tapi nak simpan dalam bekas kedap udara, jika dah lemau dah tak sedap


Daripada apa yang saya baca dalam blog-blog masakan.. lebih baik potong dulu biskut badam semasa dia separuh masak. Kemudian masukkan semula dalam oven dan bakar sampai kekuningan. Kalau warnanya putih je, tambah tempoh masa bakarnya.
Bahan-bahan:

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Cara menyediakan biskut badam karamel rangup
1. Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit2. Satukan semua bahan dalam bekas3. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

4. Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja5. Panaskan oven pada suhu 160C6. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
7. Bakar dalam oven selama 10 minit8. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
9. Simpan dalam bekas kedap udara

6. Resepi Tart Gulung Nenas Paling Sedap 
Resepi istimewa tart gulung inti jem nenas ni adalah resepi dari Cikgu Azlina Ina yang mana tart gulung gemuk gebu tersebut telah viral dan dicari di serata Malaysia. Hmm.. tahniah dan bangga dengan keupayaan Cikgu Ina menaikkan nama tart gulung jem nenas tu. Katanya sedap ya amat.. dah rezeki dia kan. Kita pun boleh berjaya macam dia. 

Kalau cikgu buat terus 4kg so cikgu ajar sikit2 dulu jd xyah adun byk kali. Byk bende yg berubah bile die double kan so tgk baik2. Cikgu dah patern kan tart ni boleh ke kami tiru buat niaga? Jawapan nya boleh cume jgn guna nama azlina ina ujung die😘cikgu sejak dr dulu mmg bg korg atau sesiapa gune cume nama azlina ina tu esklusif🥰 ~ Cikgu Azlina Ina

Tart Nenas viral Cikgu Azlina Ina
Sukatan adunan jualan

BAHAN A:

Tepung gandum 10cawan +-(ikut cawan masing2 dan keselesaan doh yg korg nak tekan nnt.. jd tuang sikit2 ) biasa cawan cikgu 1 cawan 100g

4sb tepung jagung

5sb tepung kastard

5sb tepung susu


BAHAN B:

500g butter premium (kalau nak guna butter cup terpulang cikgu untuk jualan guna premium butter) cth scs atau tatura salt/ kalau unsalt tambah sket garam kat tepung

250g cream cheese tatura

8 sb susu pekat

4 sb minyak sapi ghee

3 bijik kuning telur

Sedikit esen vanila

Sedikit pewarna kuning

Kacau sebati bahan B di atas dgn senduk pn boleh

Kemudian masukkan dulu 3 cawan tepung gandum

2 sb tepung custard

Diikuti 2sb tepung jagung

Kacau kan dulu bg sekata

Tuang baki selebih semua jenis-jenis tepung yg tinggal dan tuang tepung gandum tadi sikit2.

Sambil menguli kalau rasa lembut sgt boleh tambah tepung gandum lagi.

Sediakan jem nenas sudah digentel-gentel

Masukkan sikit adunan doh ke dalam acuan tart tekan nipis. Letak jem gulung kan

Bawah tray sapu butter letak tart yg dah korg bentuk kan tadi

Sapuan atas tart

3 biji kuning telur + sedikit susu segar dan pewarna kuning

Sapu atas tart.

Parut cheddar beqa dan hiaskan cheese atas dia

Panaskan oven 170, masa 5 minit

Masukkan tart dan bakar suhu 160 masa 25 minit tgk oven korg jugak la ye kalau nmpk permukaan tart dah gold means masak
7. Resepi Biskut Coklat Chips Pasti Jadi


Bahan A:

Kacau Rata Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.


250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

#Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.


Tambahkan Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

#Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat.

Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.


Sejukkan Adunan


Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.


Sedia Dibakar

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar.


Nota: Adunannya memang lembik sikit ya. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

Cara Bakar
Masukkan Dalam Oven Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP! Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak.

Samada nak letak topping almond @ tidak, terpulang masing-masing ya. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah. Bila dah masak, beginilah hasilnya…

Biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara. Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni


8. Resepi Biskut Candy Kelapa

Resepi Biskut Candy Kelapa Yang Sedap
Bahan-bahan:

2 1/4 cawan kelapa parut putih
2 cawan gula pasir
3/4 cawan susu pekat manis
1/4 sudu teh garam
4 sudu makan mentega
1/2 sudu teh esen perisa rose
2 helai daun pandan (disimpul)
Pewarna merah, ikut pilihan sendiri

Cara menyediakan biskut Candy Kelapa: 
1. Griskan loyang persegi empat berukuran 20cm (8 inci).

2. Kelapa parut disangai hingga separuh kering lalu masukkan susu pekat manis, gula dan daun pandan. Masak di atas api yang kecil sambil dikacau terus-menerus sehingga campuran bahan ini tidak melekat di kuali (kira-kira 30 minit)

3. Angkat kuali dari atas api/dapur dan buanglah daun pandan. Masukkan mentega, esen rose dan pewarna merah lalu digaul rata-rata. Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam loyang yang telah disediakan tadi sambil ditekan-tekan sedikit supaya rata

4. Biarkan candy sejuk sebelum dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara.

9. Resepi Kuih Buah Rotan Rangup

Bahan - bahan:

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (letak atau tidak, terpulang..)

Cara-cara Buat Kuih Buah Rotan Rangup
1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

3. Kemudian, uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan.



4. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.

5. Siap goreng, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Jika tidak, nanti dia mudah lemau.


Selamat mencuba.

Nota tambahan:

Kuih buah rotan tanpa santan:

Pakai tepung pulut, air gula dengan air kapur. Kapur hujung-hujung sudu je. Bancuh dengan air dan airnya campur dalam air gula.

Uli dengan tepung pulut sampai boleh bentuk. Bulat-bulatkan, kemudian golekkan dengan bijan. Sebelum goreng, pastikan minyak hampir panas, api kecil. Ambil masa untuk goreng. Tahan sebulan masih rangup lagi..


10. Resepi Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya

Bahan-bahan:

1 tin kecil Ghee (minyak sapi) - cairkan
5-6 sudu makan gula halus
5-6 sudu makan susu tepung
100 gram kacang tanah ( goreng & kisar )
tepung secukupnya ( goreng tepung tanpa minyak hingga sedikit kekuningan )

*Hiasan:
100 gram gula halus
100 gram susu tepung - jenama apa pun tak kisah

Cara-cara menyediakan Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya
1. Campurkan ghee cair, gula, kacang kisar dan susu tepung. Gaul sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung secukupnya sehingga tidak melekat pada tangan.

3. Bentukkan doh menjadi bola-bola kecil



4. Susunkan di atas loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 10 hingga 15 minit.

5. Setelah biskut masak,salutkan biskut dengan gula dan susu tepung


11. Resepi Biskut Mazola Rangup Dan Sedap

Biskut mazola peanut butter sumber Google
Bahan-bahan:1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak & diblend. Ada sesetengah orang tumbuk kasar sahaja kacang tanah agar naik rasanya.  1 mangkuk tepung gandum3/5 mangkuk gula halus1/2 cawan peanut butter1 sudu kecil baking sodaMinyak jagung secukupnya
Bahan-bahan Untuk Hiasan
kuning telur secukupnyaSedikit pewarna kuningKacang tanah bergaram secukupnya 
Sumber google
1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula, peanut butter, baking soda dan kacang kisar.

2. Tuangkan minyak mazola/jagung/canola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.

3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yang telah di lengser dengan mentega

4. Sapukan atasnya dengan kuning telur Dan hiaskan dengan kacang tanah yang dibuang kulitnya

5. Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 10- 15 minit sehingga perang


12. Resepi Biskut Suji Arab Sedap 


Bahan-bahan:
2 ¼ cawan tepung gandum
200g minyak sapi
½ cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila
¼ sudu kecil garam
3 sudu besar susu tepung
Bahan-bahan salutan:¼ cawan susu tepung
¼ cawan gula aising

Cara-cara untuk Biskut Suji Arab:
1. Ayak tepung gandum.
2. Di dalam mangkuk, masukkan minyak sapi, gula aising, garam dan esen vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
3. Masukkan susu tepung dan diikuti dengan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sebati adunan sehingga lembut.
4. Gris loyang dengan mentega/marjerin.
Bentukkan adunan menjadi bulat atau bebola dengan saiz besar yang sama
5. Bakar adunan biskut pada suhu 160˚C dalam anggaran selama 20 minit. Sejukkan seketika.
6. Masukkan biskut suji dalam bahan salutan dan gaul sehingga bersalut sekata.
7. Hiaskan dalam cawan kertas dan Biskut Suji Arab siap untuk dihidang.

Cara-cara untuk salutan:
1. Masukkan gula aising dan susu tepung. Gaul sekata kedua bahan

13. Resepi Biskut Dahlia Rangup 

BAHAN-BAHAN:Bahan-bahan untuk biskut dahlia klasik:250g mentega
¾ cawan /90g gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan /120g tepung kastad
1 cawan / 120g tepung jagung
2 cawan /250g tepung gandum
Ceri merah dan hijau

CARA-CARA:1. Potong kecil ceri merah dan hijau.
2. Griskan loyang dan lapik dengan kertas baking.
3. Tekan dan hancurkan mentega yang sudah lembut didalam mangkuk adunan.
4. Masukkan gula icing lalu gaul sampai agak sebati tetapi jangan terlebih gaul
5. Masukkan kuning telur dan esen vanilla lalu teruskan menggaul sebati.
6. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan secawan tepung gandum. Gaul dahulu dan kemudian, masukkan cawan kedua tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul sehingga adunan menjadi dan lembut.
7. Rehatkan adunan seketika.
8. Uli doh memanjang dan masukkan kedalam acuan.
9. Terap adunan secara beralun satu persatu diatas loyang.
10. Hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
11. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit. Ubah suhu ikut jenis oven masing-masing

TIPS Biskut Dahlia Lebih Sedap!
# Jika mahu semperit yang sedap, boleh gunakan mentega tulen (pure butter) berbanding dengan mentega bergaram (salted butter).

# Pastikan mentega dilembutkan dahulu agar senang untuk diputar tetapi jangan gunakan mentega yang cair. Cukup sekadar mentega yang lembut tetapi masih dalam keadaan yang sejuk.

# Jika gula icing berketul, boleh ayak gula icing sebelum dimasukkan kedalam adunan

# Elakkan menggacau adunan berlebihan supaya adunan tidak menjadi terlalu kembang dan menyebabkan bunga jatuh atau tidak menjadi.

# Jika adunan terlebih tepung, boleh tambah mentega lembut dan uli sedikit demi sedikit sehingga adunan kembali lembut. Jadi, pentingnya untuk masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit supaya dapat mengagak adunan sehingga menjadi.

# Semasa sedang terap adunan kuih, tutup adunan dengan kain dahulu supaya adunan tidak kering.

# Jika mahu bunga kuih semperit kekal bentuknya dan tidak cair apabila dibakar, rehatkan dalam masa setengah jam dibawah kipas dan biarkan kering serta keras permukaannya sebelum dibkar
14. Resepi Kuih Gunting Sedap


Bahan-bahan:

500 gram tepung geandum
Semangkuk kecil margerin yang dipanaskan

Bahan kisar

11 tangkai cili kering - rebus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
Segengam udang kering
Segengam ikan bilis
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan putih
Sebiji telur
Garam
Gula satu senduk kecik atau ikut suka manis
Sikit pati bilis
Daun Kari.
Satu sudu kecik kunyit serbuk

Cara menyediakan Resepi Kuih Gunting Sedap
1. Panaskan margerin, gaul dengan tepung bagi jadi macam serbuk roti. Masukkan bahan kisar dalam blander bersama garam dan gula. Kemudian rasa dulu masin dan manisnya..



2. Masukkan telur dalam tepung, dan curahkan bahan kisar. Masukkan sedikit demi sedikit hingga jadi sebati dengan tepung.

Nota: Masa blender bahan-bahan kisar jangan terlebih air ya..

3. Uli doh jangan terlalu lembik nanti tak boleh digunting. Ambil sikit, golek2 kat tangan bagi bulat panjang. Kemudian, tekan hingga leper.

4. Mulakan menggunting. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas. Goreng kuih gunting hingga warna kuning keemasan. Siap untuk di makan.


15. Resepi Biskut Mentega Ceri 


Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
350 gram mentega
200 gram gula aising
100 gram telur
10 gram esen vanila
Ceri untuk di tabur pada atas biskut

Cara menyediakan Biskut Mentega Ceri
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang

2. Kemudian masukkan telur, esen vanila dan tepung. Kacau hingga rata

3. Selepas itu, masukkan adunan ke dalam acuan dan bentuk kan mengikut kesukaan

4. Susun kemas di atas dulang pembakar dan taburkan ceri di atas permukaannya.

5. Akhir sekali, bakar pada suhu 200 darjah Celsius hingga masak.

Setelah siap, simpan dalam bekas kedap udara kerana biskut ceri mentega mudah lemau jika tidak disimpan dalam bekas yang betul.

16. Biskut Kayu Manis Yang Sedap 


Bahan-bahan:

2 cawan tepung kastad
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1 cawan mentega
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/2 cawan kacanh hazel

Cara menyediakan Biskut Kayu Manis
1. Tepung diayak kemudian mentega dipukul bersama gula halus hingga kembang. Masukkan kuning telur, kacang hazel dan serbuk kulit kayu manis digaul rata.

2. Masukkan tepung ke dalan adunan tadi, gaul dan uli. Terap doh tadi, kemudian tekap dengan acuan yang disukai.

3. Bakar pada suhu 18 darjah Celcius hingga 20 minit

17. Cara Buat Kuih Tiram Rangup Dan Sedap 

BAHAN-BAHAN:
500g tepung gandum
2 sb majerin
1 sk garam
3/4 cwn /187ml air (untuk bancuhan air garam)
1 cwn / 250ml air (tambahan)
Gula pasir

Bahan-bahan gris:
1/2 cawan tepung jagung
Minyak masak secukupnya

CARA-CARA:Cara-cara untuk kuih tiram:1. Bancuh tepung jagung dengan minyak masak sampai jadi pes yang lembut (macam pes ubat gigi) kemudian ketepikan.
2. Bancuh dan larutkan garam dengan air.
3. Cairkan majerin.
4. Masukkan tepung gandum dan majerin cair dalam mangkuk kemudian kacau sampai jadi serbuk kasar (macam serbuk roti).
5. Masukkan air garam dan kacau sebati. Tambah air sedikit demi sedikit dan uli sampai menjadi doh yang lembut. Bentukkan doh menjadi bulat yang besar
6. Gris mangkuk dengan minyak. Letak doh dalam mangkuk tadi dan rehatkan anggaran ½ jam
7. Keluarkan doh dan uli sikit.
8. Bahagikan kepada 8 bahagian.
9. Leperkan doh sampai nipis dan sapu dengan adunan gris sampai rata.
10. Gulung doh sampai hujung, lembabkan hujung doh dengan air supaya lapisan doh melekat.
11. Potong doh anggaran ½ inci dan leperkan nipis doh.
12. Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan.
13. Kisar gula pasir sampai halus.
14. Salut kuih dengan gula sehingga gula bersalut sebati

18. Resepi Biskut Kacang Yang Rangup 


Bahan-bahan:

350 gram tepung gandum
350 gram gula aising
300 gram kacang tanah - dikisar
250 gram mentega
60 gram mentega kacang
2 biji telur
50 gram serbuk penaik

Cara membuat biskut kacang yang rangup
1. Masukkan mentega dan gula aising ke dalam mangkuk adunan dan pukul sehingga berkrim

2. Tambah telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang

3. Masukkan tepung gandum, mentega kacang, serbuk penaik dan kacang tanah dan pukul selama 2 minit

4. Bentuk adunan bulat kecil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 20 hingga 30 minit.

19. Biskut Pandan Kelapa Idaman Hati 


Bahan-bahan:

150 gram mentega
200 gram gula halus
250 gram tepung gandum
100 gram kelapa kering (warna hijau)
2 biji telur
1/2 sudu teh perasa pandan
2 sudu besar madu

Cara menyediakan biskut kelapa pandan idaman hati
1. Pukul mentega, gula halus dan madu hingga kembang dan masukkan telur. Pukul lagi.

2. Masukkan tepung gandum dan perasa pandan. Adun hingga jadi doh.

3. Uli dalam bentuk yang anda suka. Susun di atas dulang pembakar. Taburkan kelapa kering di atasnya.

4. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 20 minit.

20. Resepi Biskut Nestum Marble Istimewa 


Bahan-bahan:

250 gram mentega
50 gram minyak sapi
125 gram gula aising
50 gram tepung jagung
200 gram tepung beras
1 sudu teh serbuk koko (perasa coffee oil)
2 biji kuning telur
150 gram nestum dikisar halus

Cara buat biskut nestum marble istimewa
1. Campur ke semua bahan dan gaul hingga sebati

2. Setelah jadi doh, terap dengan acuan kesukaan anda

3. Bakar selama 30 minit pada suhu 100 darjah celcius. Kemudian sejukkan dan letakkan topping di atasnya.

Bahan untuk hiasan atas (topping)

2 biji putih telur
120 gram gula aising
15 gram tepung jagung

Cara buat topping untuk biskut nestum marble
1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula aising dan tepung jagung. Pukul sehingga pekat.

2. Letakkan topping tersebut di atas biskut yang telah selesai di bakar dan agak sejuk.

3. Bakar sekali lagi selama 10 minit pada suhu 100 darjah celcius (api atas sahaja)

21. Biskut Hazelnut Sedap Dan Ringkas


Bahan-bahan:
500 gram mentega
500 gram gula
250 gram kacang hazel hancur
150 gram tepung kastard
2 biji telur
600 gram tepung gandum

Cara Menyediakan Biskut Hazelnut Sedap Dan Ringkas
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang

2. Kemudian, masukkan telur dan pukul rata.

3. Setelah itu, masukkan tepung kastard dan kacang hazel hancur. Kacau semula dalam masa 1 minit sehingga menjadi doh.

4. Ambil secubit doh tadi, bentukkan jadi bulat kemudian tekan dengan sudu garpu pada permukaannya.

5. Letakkan dalam dulang pembakar, dan bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 30 minit.

6. Setelah garing dan rangup, angkat dan hidang. Jangan lupa untuk simpan dalam balang yang kedap udara supaya tidak lemau.

22. Biskut Kelapa Berkismis Sukatan Cawan 


Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum1 cawan tepung jagung1 cawan tepung kastard1 1/2 cawan mentega1/2 cawan gula2 sudu besar esen vanila1 1/2 cawan kelapa kering1/2 cawan kismis hitam 
Cara menyediakan Biskut Kelapa Berkismis Sukatan Cawan
1. Ayak ketiga-tiga tepung. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanila

2. Masukkan kelapa kering dan kismis ke dalam tepung. Gaul sebati

3. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega tadi. Kacau/ uli perlahan-lahan hingga menjadi doh. 
4. Terap dan tekap dengan acuan. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 minit

23. Resepi Biskut Gajus Yang Sedap Dan RangupGet
 

Bahan-bahannya:-

200 gram mentega
100 gram gula icing
1 biji telur
5 gram esen vanilla
50 gram tepung jagung
200 gram tepung gandum
5 gram garam
10 gram gajus

Cara buat biskut gajus yang sedap dan rangup
1.Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
2.Masukkan telur dan esen vanilla.
3.Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4.Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentukkan seperti gajus. Hiaskan sebiji gajus di hujung adunan tadi.Sapukan telur ke atas biskut tersebut.
5.Bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.


Petua buat biskut gajus sedap dari blog Puteri Manja 
24. Resepi Cookies Sampan Legend Untuk Hari Raya

25.  Resepi biskut dahlia 3 bahan
3 bahan biskut dahlia:
500 gm tepung jagung

250 gm buttercup

250 gm susu pekat



Cara-caranya;


1. Gaulkan tepung jagung & buttercup

2. Dah jd mcm serbuk roti, masukkn susu pekat

3. Last sekali, tekan lah ikut acuan
26. Resepi Biskut Makmur Pandan

Bahan-bahan:

400gm ghee (minyak sapi)
800gm tepung gandum
Paste pandan
Coklat putih
Gula halus
Susu tepung Nespray

CARA PENYEDIAAN BISKUT MAKMUR PANDAN


1. Ghee (minyak sapi) dicairkan dan dibiarkan sejuk.

2. Tepung dipanaskan dlm kuali. Biarkan sejuk. Gaulkan keduanya sehingga membentuk doh. Masukkan paste pandan dan gaul sehingga warna sekata.

3. Bulatkan doh, masukkan coklat cip putih atau coklat dalam doh.

4. Bakar 150°c dalan 15 hingga 20 minit atau masak.

5. Biarkan sejuk. Gabungkan gula halus dan susu Nespray (saya guna lebih susu drp gula) Gaulkan biskut yg telah masak tadi dalam gula + susu..


27.  Biskut Sarang Semut Legend


By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan Bahan
250g mentega
100g gula aising
250g tepung gandum
100g tepung jagung
100g tepung kastad
1 kuning telur
1 sk esen vanila
Pewarna kuning
Coklat urai/chocolate rice
Coklat manik/color ball
Cawan kertas/paper cup

Cara-Cara
1. Semua tepung dan gula aising di ayak terlebih dahulu.
2. Satukan mentega dan gula aising, gaul hingga sebati dan sedikit creamy tak perlu kembang
3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning.Gaul rata
4. Masukkan tepung jagung, tepung kastad dan tepung gandum.
5. Uli hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.
6. Ambil sedikit doh dan kepalkan sedikit kemudian parut.
7. Ambil doh yang diparut dan masukkan ke dalam paper cup.
8. Tabur coklat rice dan coklat manik.
9. Bakar selama 25min suhu 150'c (suhu bergantung kepada oven masing2) Selamat mencuba
28. Resepi Cornflakes @ Emping Jagung Madu


BAHAN-BAHAN:
5 cawan Cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
ceri atau taburan manik, untuk hiasan
paper cup, secukupnya

CARA-CARA:
1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati

2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih

3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.

4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik

5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius

29.  Resepi Kuih Siput Klasik Dan Legend 

BAHAN-BAHAN:500 gram tepung gandum
150 gram majerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih, hiris nipis1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150 ml air
CARA-CARA:1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.
2. Cairkan mentega dan sejukkan.
3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.
6. Rehatkan doh seketika.
7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara

30. Resepi Biskut Coklat Urai 

Bahan-bahan:
250 gm mentega
140 gm gula halus
2 biji kuning telur
480 gm tepung gandum/all-purpose flour/rose flour
50 gm serbuk badam
50 gm serbuk coco
2 sudu teh esen vanilla
Sedikit chocolate urai - untuk hiasan

Caranya
1. Pukul mentega dengan gula halus hingga kembang

2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla

3. Masukkan serbuk badam, sebuk koko dan juga tepung (untuk tepung masukkan sedikit demi sedikit). Uli hingga menjadi adunan yang lembut, canai dan terapkan dengan acuan yang disukai.

4.Taburkan dengan coklat urai di atasnya dan bakar pada suhu 165 degree celcius selama 20 minit atau hingga masak

Selamat mencuba ke semua resepi sebanyak 30 jenis kuih raya atau biskut raya sebagai rujukan
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2023/03/30-jenis-resepi-kuih-raya-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Jenis Resepi Sayur Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur

10 Jenis Resepi Sayur Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 198 hits
10 Jenis Resepi Sayuran Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur Hmm walau bulan puasa ramadan lama lagi tetapi bahangnya sudah terasa Mungkin ada yang sedang ganti puasa dan akan bangun pagi untuk sahur Tak tahu nak masak sayur apa Apa k...
Cadbury Dairy Milk And Mydin Bring Malaysian Families Together To Bond Over Baking While Doing Good Kuih Raya Dari Hati

Cadbury Dairy Milk And Mydin Bring Malaysian Families Together To Bond Over Baking While Doing Good Kuih Raya Dari Hati

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 173 hits
Cadbury Dairy Milk and MYDIN bring Malaysian families together to bond over baking while doing good Kuih Raya Dari HatiSpread the Aidilfitri cheer with Cadbury Dairy Milk and MYDIN by baking for charity homes and making it into The Malaysia...
Resepi Tepung Pelita Kuih Tradisional Pilihan Ramai

Resepi Tepung Pelita Kuih Tradisional Pilihan Ramai

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 389 hits
Tepung Pelita Dalam Bekas Cup Tepung pelita adalah salah satu kuih tradisional yang disukai ramai dan mudah nak buat Ada yang buat dalam daun pandan dan ada juga yang buat di dalam bekas cup Mana satu korang suka tak kisah lah yang penting ...
Kway Teow Sup Untuk Anak Yang Jemu Nasi Resepi Campak Campak Mudah Sedap Sangat

Kway Teow Sup Untuk Anak Yang Jemu Nasi Resepi Campak Campak Mudah Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 216 hits
Anak kadang kadang bosan juga makan nasi bila dah bosan mula lah anak tak nak makan Ada je macam macam menu yang boleh di buat selain nasi iaitu antaranya kway teow sup Cara nak buat sangat mudah seperti perkongsian daripada bapa kepada 3 c...
6 Tips Deko Bajet Menjelang Hari Raya Aidilfitri

6 Tips Deko Bajet Menjelang Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 349 hits
Tips Deko Bajet Menjelang Aidilfitri Menjelang Hari Raya Aidilfitri umat Islam akan mula berpuasa atau dikenali sebagai bulan Ramadan Selepas sebulan dipenuhi dengan aktiviti ibadah sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dinanti nantikan di Mal...
Cara Mudah Buat Kuih Lepat Jagung Yang Sedap Balut Guna Kulit Je

Cara Mudah Buat Kuih Lepat Jagung Yang Sedap Balut Guna Kulit Je

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 208 hits
Kuih Lepat Jagung ni memang sedap Manis lemak dan ada rasa jagung segar Uniknya kuih ini dibungkus menggunakan kulit jagung Memang rare Tapi jangan risau jika tiada kulit jagung tu boleh je guna daun pisang Jom try Kuih tradisi orang lama n...
Cadbury Dairy Milk Mydin Lancar Kempen Kuih Raya Dari Hati

Cadbury Dairy Milk Mydin Lancar Kempen Kuih Raya Dari Hati

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 359 hits
Cadbury Dairy Milk MYDIN Lancar Kempen Kuih Raya Dari Hati Cadbury Dairy Milk dan MYDIN mengeratkan silaturrahim keluarga Malaysia dengan membuat kuih sambil The post appeared first on
Resipi Mudah Kuih Pulut Sekaya Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Mudah Kuih Pulut Sekaya Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 305 hits
Terasa nak makan Kuih Pulut Sekaya atau juga dikenali dengan nama Kuih Seri Kaya atau Kuih Tok Aji Serban di Terengganu tetapi tak berani nak cuba masak sendiri di rumah kerana risau kuih ini sukar untuk dihasilkan Jangan bimbang sebenarnya...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo