Melawati Mall Kilauan Raya Al Maghribi Meriah Dengan Penampilan Istimewa Pelakon Projek High Council
MELAWATI MALL KILAUAN RAYA AL-MAGHRIBI MERIAH DENGAN PENAMPILAN ISTIMEWA PELAKON PROJEK: HIGH COUNCIL | Assalammualaikum semua. Lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadan yang dirindui. Sedar tidak sedar, kita pun sibuk membuat persiapan Syawal. Aidilfitri pasti meriah dengan koleksi pakaian raya baru dan segar mengikit pilihan warna tahunan.
Institut Warna Pantone menamakan Viva Magenta sebagai warna rasmi tahun 2023 kerana sifatnya yang menggembirakan namun berkuasa. Merah dengan nota halus ungu, magenta sempurna melengkapkan banyak palet warna berbeza daripada yang lebih mewah, bahagian spektrum warna permata kepada palet yang lebih cerah dan bersahaja.
MELAWATI MALL KILAUAN RAYA AL-MAGHRIBI MERIAH DENGAN PENAMPILAN ISTIMEWA PELAKON PROJEK: HIGH COUNCIL
Sejak pembukaan Melawati Mall pada 26 Julai 2017. Kami penduduk berdekatan amat teruja. Ia merupakan pusat beli-belah gaya hidup seluas 613,000 kaki persegi dengan lebih 200 kedai runcit terletak di lapan tingkat.
Dari Lower Ground Floor Melawati Mall menyediakan keperluan pengguna dari kedai barangan runcit Village Grocer hingga ruang hiburan seisi keluarga The Parenthood yang terletak di tingkat 6. Menjadi keutamaan pengunjung adalah kapasiti ruang parkir Melawati Mall terdapat 1,900 tempat letak kereta. Best kan
Aidilfitri 2023, Melawati Mall sambut raya dengan tema 'Kilauan Raya Al-Maghribi' yang menampilkan suasana ala-ala Morocco di ruang legar Concourse, Ground Floor dengan penglibatan pelbagai jenama di ruang bazaar raya.
Selain itu Melawati Mall turut mengadakan kempen berbelanja RM300 dan keatas, anda berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM10,000. Lumayan
Menjelang Hari Raya Aidilfitri, bermula 17 Mac hingga 1 Mei 2023 pengunjung boleh membeli-belah barangan persediaan raya untuk sesisi keluarga pada harga yang mampu milik. Anda boleh ambil gambar banyak-banyak di ruangan bertema raya megah tesergam indah. Jangan ketinggalan untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik. Sambil berbelanja, anda boleh kumpul mata ganjaran STAR$ di Melawati Mall melalui aplikasi CapitaStar App
PERTUNJUKAN FESYEN KILAUAN RAYA AL-MAGHRIBI
Melawati Mall dengan kerjasama Elrah Exclusive dan Chizu, mempersembahkan pertunjukan fesyen ‘Kilauan Raya Al-Maghribi’ dengan penampilan istimewa barisan pelakon siri televisyen popular Astro iaitu Projek: High Council iaitu Amir Ahnaf, Fadhli Masoot dan Hazeeq Dean
Peminat mereka yang telah hadir seawal jam 1 petang sangat teruja untuk melihat figura ini secara dengan lebih dekat. Penampilan mereka bertiga dengan busana Baju Melayu lengkap bersongkok dan bersampin dari Elrah Exclusive menambahkan lagi kekacakan Amir Ahnaf, Fadhli Masoot dan Hazeeq Dean. Ini telah membuatkan peminat berasak-asak tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama.
Hampir runtuh ruang pameran di bazaar Melawati Mall. Pihak sekuriti juga terkejut dengan impak kemunculan Amir Ahnaf, Fadhli Masoot dan Hazeeq Dean. Ternyata fenomena drama bersiri Projek: High Council telah memberi nafas baru kepada dunia drama di Malaysia. Tahniah buat semua yang terlibat.
Pertunjukan fesyen Melawati Mall 'Kilauan Raya Al-Maghribi' mempamerkan trend Raya terkini daripada penyertaan jenama seperti Max Fashion, Elrah Exclusive, D'yana, SannicoV, Colegacy Concept Store dan Fana Couture
ELRAH EXCLUSIVE
D'YANA
FANA COUTURE
MAX FASHION
COLEGACY CONCEPT STORE
SANNICOV
Tingkat bawah pusat beli-belah ini juga di hias cantik dengan tema Marrakech, sesuai untuk pengunjung bergambar. Terokai hiasan pentas bertema Maghribi yang cantik, gerai perayaan yang berwarna-warni dan meriah menampilkan fesyen Raya terkini, permaidani Maghribi, hidangan Timur Tengah dan banyak lagi
Sementara itu, pembeli juga boleh menikmati persembahan tarian berinspirasikan Maghribi, muzikal Raya dan menyertai bengkel bertemakan Raya pada hujung minggu
GANJARAN AHLI CAPITASTAR STAR$
Untuk memberi ganjaran kepada pembeli di atas perbelanjaan mereka, Melawati Mall menawarkan ahli CapitaStar dengan lebih banyak lagi ganjaran membeli-belah eksklusif. aAhli CapitaStar yang menjamu selera di kedai makanan dan minuman pada hari bekerja nikmati sehingga 3X mata STAR$.
Pada hujung minggu, ahli CapitaStar mendapat 2X mata STAR$ apabila mereka membeli-belah di kedai runcit terpilih. Ahli CapitaStar juga boleh menggunakan mata STAR$ untuk menebus hadiah Raya eksklusif seperti set hadiah Maghribi (1200 STAR$) dan MM Raya Packets (300 STAR$) melalui aplikasi mudah alih CapitaStar
Bukan itu sahaja, ahli CapitaStar juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang hebat bernilai sehingga RM10,000 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit semasa kempen berlangsung
Jadi, jangan lepaskan peluang andauntuk mengumpul mata ganjaran yangmenakjubkan semasa membeli-belah di Melawati Mall
MELAWATI MALL | FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/03/melawati-mall-kilauan-raya-al-maghribi.html