Misteri Jamban Cangkung Luar Rumah
Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh seorang kawan tentang rumah pakciknya. Katanya mereka bertandang di sana pada waktu malam. Rumahnya terletak di kawasan peneroka kelapa sawit. Aku mendengar dengan penuh kusyuk sambil dihidangkan secawan kopi.Kedatangan mereka tu katanya nak berbincang soal harta pusaka. Tak pula dia ambil cakna, kerana dia lebih selesa buat hal sendiri. Itu ceritanya la. Aku memasang telinga lagut menghayati
"Pada malam tu, aku sakit perut Shid, serentak pulak tu dengan adik aku. Berebut kami nak ke tandas." Beritahunya dengan wajah serius mengingati semula kejadian agaknya
Aku angguk-angguk, melihat dari ekspresi wajah Hadi, bersungguh dia bercerita, sehingga terbentuk kerutan di dahi. Aku pun meminta dia untuk teruskan bicara, dan katanya lagi, pak long dia cakap ada lagi satu tandas, tapi dekat luar. Maknanya, adiknya guna tandas dalam rumah, dia tandas di luar rumah supaya tak berebut. Masing-masing dah tak tahan
"Keadaan gelap, jamban tu jamban kayu, aku tak berapa selesa tapi nak buat macam mana, terpaksa." Ujarnya
Menurutnya lagi, sedang dia melepaskan hajat bersuluhkan lampu dari telefon berjenama Nokia ketika itu, tiba-tiba bahunya memberat seperti ada benda mencangkung atasnya. Selepas itu dia merasakan wujudnya cecair menitik jatuh ke lantai jamban
Perlahan-lahan didongak, dia nampak pontianak muka putih dan matanya merah sedang menyeringai sambil jari-jemari menari-nari mempamerkan kuku runcing dan panjang. Dengan tak sempat puas dan cuci, dia cabut lari macam tu sahaja
Merinding bulu roma aku mendengarkan pengalaman seramnya bertemu pontianak dalam jamban cangkung luar rumah. Orang dulu-dulu suka bina jamban di luar rumah, aku pun tak tahu kenapa
Ditulis oleh : Rashid Salim
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rashidsalim.blogspot.com/2020/07/misteri-jamban-cangkung-luar-rumah.html