Misi Buru Emas Elusif Olimpik


 

Kalangan kepimpinan sukan negara sudah jenuh bermuka merah padam setiap kali negara jiran meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik. Namun, tiada yang dapat mengatasi tamparan daripada jaguh angkat berat wanita Filipina, Hidilyn Diaz, yang mengakhiri kemarau pingat emas negara itu menerusi acara angkat berat kelas bawah 55kg dua tahun lalu.
Sejujurnya, sukan Malaysia sudah lama berasakan tamparannya dari saat Indonesia mendahului negara-negara tetangga di Asia Tenggara merintis perolehan pingat emas melalui ‘merpati dua sejoli’ badmintonnya, Alan Budi Kusuma dan Susi Susanti, masing-masing dalam perseorangan lelaki dan wanita dalam Sukan Olimpik Barcelona 1992 – kali pertama badminton dipertandingkan sebagai acara rasmi.
Kemudian, apabila Thailand menyusuli dengan pingat emas sulungnya menerusi peninju Somluck Kamsing dalam kategori featherweight Sukan Olimpik Atlanta, Amerika Syarikat (AS) 1996, kalangan kepimpinan sukan Malaysia harus berasa senak perut. Ini dituruti pula oleh Vietnam yang penembaknya Hoang Xuan Vinh unggul dalam acara 10 meter air pistol dalam Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016.
Kejayaan jiran terdekat Singapura meraih emas sulungnya menerusi perenang Joseph Schooling, juga dalam temasya di Brazil itu, mungkin membuat ada pimpinan sukan negara berasa diserang sakit jantung. Schooling menang dengan catatan rekod baru Olimpik 50.39 saat dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu, mengatasi rekod 50.58s milik jaguh AS Michael Phelps, yang berkongsi pingat perak dengan Laszlo Cseh (Hungary) dan Chad le Clos (Afrika Selatan), ketiga-tiganya mencatat 51.14 saat.
Tidak mengapalah Indonesia menang enam lagi pingat emas badminton Olimpik — Rexy Mainaky-Ricky Subagja (1996), Tony Gunawan-Chandra Wijaya (2000), Taufik Hidayat (2004), Hendra Setiawan-Markis Kido (2008), Tontowi Ahmad–Liliyana Natsir (2016) dan Greysia Polii–Apriyani Rahayu (2020) – kerana ia tidak mungkin lebih mengesankan daripada kejayaan Hidilyn yang sekadar membuat kalangan pimpinan sukan Malaysia tersipu malu.
Harus ramai yang mengingati kisah atlet Filipina kelahiran 20 Februari 1991 itu yang berkelana ke Malaysia untuk berlatih apabila keputusan kerajaan menguatkuasakan sekatan perjalanan gara-gara Covid-19 pada April 2020 menyebabkannya terkandas. Tanpa ada pilihan selepas gimnasium latihan di ibu negara turut diarahkan tutup, dia terpaksa mengubahsuai peralatan latihannya dengan menggunakan batang buluh dan botol-botol besar air sebagai pemberat dalam Latihan sendiri di apartmen sewanya.
Dia kemudian mengubah tempat latihannya ke sebuah bangsal di Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka atas ihsan seorang pegawai Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) pada Oktober tahun berkenaan. Siapa sangka dalam keadaan serba kekurangan dan sekatan perjalanan yang menyulitkan, Hidilyn tampil sebagai wira negaranya. Beban 127kg dalam angkatan terakhirnya di Tokyo menghadiahkan Filipina pingat emas sulungnya dalam sejarah penyertaan 97 tahun dalam temasya terbesar dunia itu.
Malaysia pula bukannya tidak berpeluang. Bermula dengan beregu adik-beradik Razif–Jalani Sidek menyumbang gangsa dalam Sukan Olimpik Barcelona 1992, kontinjen negara semakin hampir kepada emas dalam sekurang-kurangnya lapan percubaan lagi selepas itu hanya untuk dihampakan pada halangan terakhir.
Di temasya Atlanta 1996, pasangan beregu Cheah Soon Kit–Yap Kim Hock menerbitkan harapan itu sebelum dikecewakan Rexy Mainaky-Ricky Subagja sambil Rashid Sidek pula terkandas lebih awal dalam separuh akhir untuk berpuas hati dengan sebutir gangsa – yang pertama dalam perseorangan lelaki.
Ini disusuli tiga kemaraan berturut-turut Lee Chong Wei ke final, namun dikecewakan dua kali oleh jagoan China Lin Dan di Beijing 2008 dan London 2012 sebelum Chen Long pula menjadi pemusnah Impian emasnya di Rio de Janeiro 2016. Malah, temasya di Brazil itulah menghadirkan peluang terbaik Malaysia. Selain Chong Wei, malangnya Goh V Shem–Tan Wee Kiong dalam beregu lelaki dan Chan Peng Soon– Goh Liu Ying dalam beregu campuran turut ditelan tekanan tinggi dan gemuruh perlawanan akhir.
Sebutir perak lagi daripada Cheong Jun Hoong–Pandelela Rinong dalam acara terjun 10m platform seirama manakala gangsa keirin sumbangan Azizulhasni Awang bermakna buruan emas Malaysia berlanjutan sekurang-kurangnya empat tahun lagi. Lima tahun sebenarnya kerana Sukan Olimpik Tokyo 2020 tertangguh setahun dek Covid-19.
The Pocket Rocketman Azizulhasni sekali lagi paling hampir menamatkan pemburuan tapi dikejutkan dalam saingan peringkat akhir yang penuh dramatik apabila pelumba Team GB Jason Kenny mempamerkan kayuhan luar biasa sejak peringkat awal lagi untuk terus menguasai perlumbaan sehingga ke akhir bagi mengekalkan kejuaraannya di Velodrom Izu, Shizuoka pada 7 Ogos 2021.
RM72 juta untuk ‘Road to Gold’
Mac lalu pula, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan projek ‘Road to Gold’ yang bertujuan menyelaras perse­diaan rapi atlet negara menjelang temasya Olimpik Paris 2024 dan Olimpik Los Angeles 2028. Menterinya Hannah Yeoh berkata pasukan projek itu terdiri daripada bekas atlet dan individu elit dalam arena sukan negara yang memberi tumpuan kepada program persediaan meliputi latihan harian, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan perubatan serta program bina diri.
Jumaat lalu, melalui pembentangan Belanjawan Negara 2024, kerajaan memperuntukkan RM72 juta bagi memperkukuh ekosistem atlet acara podium dan pelaksanaan inisiatif RTG. Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM20 juta diperuntuk di bawah inisiatif RTG sebagai persediaan untuk menggapai pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Sandaran utama akan kembali tertumpu kepada Azizulhasni, beregu badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Lee Zii Jia antaranya di samping skuad terjun negara untuk membutirkan emas sulung didam-idamkan di temasya dijadualkan dari 26 Julai-11 Ogos 2024 atau kira-kira hanya sembilan bulan lagi. Selepas sekian lama menjadi penonton kepada atlet-atlet negara jiran menduduki podium tertinggi, tiba masanya untuk atlet tempatan meraih penghormatan serupa.
Puluhan malah ratusan juta ringgit yang telah diperuntukkan, kemudahan latihan dan bimbingan kejurulatihan terbaik seharusnya berbalas dengan pulangan kejayaan di temasya terbesar dan tahap tertinggi untuk sukan Malaysia tidak lagi berasa terus ditinggalkan oleh negara-negara jiran berdekatan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/misi-buru-emas-elusif-olimpik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Emas Melonjak Ke Paras Tertinggi Sejak Penutupan Bank Silicon Valley

Harga Emas Melonjak Ke Paras Tertinggi Sejak Penutupan Bank Silicon Valley

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 184 hits
Apa Harga emas melonjak ke paras tertinggi sejak penutupan Bank Silicon Valley Amerika Syarikat Mac 2023 lalu Ya betul lihatlah paparan harga emas semasa Public Gold Malaysia di bawah Harga emas melonjak ke paras tertinggi RM316 segram pada...
Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi

Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 352 hits
Nak tahu cara jual emas untuk dapat harga tinggi Dulu ada masa harga emas semasa melambung tinggi sejak kesan BREXIT pada akhir bulan Jun 2016 Pada 17 9 2016 harga emas terendah telah dikesan pada awal bulan September serendah RM182 00 g Pa...
5 Sebab Kenapa Perlu Tukar Duit Raya Anak Anak Kepada Emas

5 Sebab Kenapa Perlu Tukar Duit Raya Anak Anak Kepada Emas

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 215 hits
Nak tahu 5 sebab kenapa perlu tukar duit raya anak anak kepada emas pelaburan Dah berapa kali anak anak berhari raya dan dapat duit raya hingga ratusan Ringgit tapi dalam akaun bank anak anak macam masih tak bertambah sejak buka akaun dulu ...
Emas Koleksi 1 Gram Gold Bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444h Dah Dilancarkan

Emas Koleksi 1 Gram Gold Bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444h Dah Dilancarkan

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 205 hits
Alhamdulillah Akhirnya emas koleksi 1 gram gold bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H dah dilancarkan Kepada peminat dan pengumpul emas koleksi boleh dapatkan emas koleksi Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H ini secara atas talian mel...
7 Jenazah Penambang Emas Korban Kekejaman Kkb Papua Dan 11 Korban Selamat Dievakuasi Dari Yahukimo

7 Jenazah Penambang Emas Korban Kekejaman Kkb Papua Dan 11 Korban Selamat Dievakuasi Dari Yahukimo

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 95 hits
Saat akan mengevakuasi korban tim gabungan sempat diganggu KKB sehingga kontak senjata tak terhindarkan
Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 174 hits
Anda tercari cari pelaburan emas terbaik di Malaysia Singapura dan sedang berkembang di Indonesia Anda tak perlu risau sebab saya juga seperti anda Dahulu saya juga tercari cari cara nak mula melabur emas di syarikat atau bank dan paling me...
Gara Gara Terpedaya Dengan Tawaran Untuk Berseronok Dengan Wanita Muda Seorang Warga Emas Kerugian Lebih Rm245 000

Gara Gara Terpedaya Dengan Tawaran Untuk Berseronok Dengan Wanita Muda Seorang Warga Emas Kerugian Lebih Rm245 000

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 175 hits
GARA GARA mahu berseronok dengan wanita muda seorang pesara akauntan menjadi mangsa penipuan dan menanggung kerugian berjumlah RM245 210 Warga emas berusia 71 tahun dari Mumbai India itu mendakwa dia menerima mesej daripada individu yang ti...
Asian Games Hasrat Regu Malaysia Pertahankan Emas 2018 Tersekat

Asian Games Hasrat Regu Malaysia Pertahankan Emas 2018 Tersekat

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 246 hits
Skuad sepak takraw Malaysia hampa apabila tewas kepada musuh tradisi Thailand dalam aksi final regu Sukan Asia 2023 Pertembungan dua pesaing tradisi ini sudah dijangka selepas kedua duanya masing masing mengetepikan Filipina dan Vietnam di ...
Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Curang Itu Pilihan Tapiiii

Doa Nabi Daud

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Lirik Lagu Rakit Nadzira Shafa

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar