Minyak Zaitun Lain Jenisnya Lain Pula Kualiti Dan Kegunaannya


Minyak zaitun adalah makanan sunnah yang terbukti manfaat kesihatannya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, sabdanya “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.”
Kredit foto : medolico.com
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan dan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan. Ia juga kaya dengan kandungan polifenol yang bermanfaat untuk pesakit jantung dan hipertensi. Kita biasanya mengenali jenis minyak zaitun sebagai ‘dressing’ salad sahaja atau dimasukkan dalam hidangan barat seperti pizza dan spageti.
Tapi sebenarnya ia boleh aje digunakan dalam masakan tempatan, tapi minyak zaitun ni ada banyak jenisnya mengikut cara ia diproses. Lain jenis lain pula kualiti dan kegunaannya. Jom ambil tahu…
1. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
Kredxit foto :oukusher.org,
Minyak zaitun jenis ini adalah hasil dari perahan pertama sari buah zaitun. Kandungan polifenolnya sangat tinggi. Selain itu jeis ekstra virgin ini adalah pilihan paling sihat kerana tidak melalui proses pengolahan yang terlalu banyak.
Sesuai untuk dressing, sos salad, dicelupkan pada roti secara langsung atau sebagai suplemen kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan sebagainya. Rasanya sedikit pahit dan pedas.Minyak ini boleh juga disapukan kepada kulit untuk mereka yang mengidap ekzema.
2.VIRGIN OLIVE OIL
Kredit foto : oliviaevoo.com
Seperti juga minyak zaitun extra virgin , ia juga tidak melalui proses penyaringan. Bezanya dari yang ekstra adalah ia lebih ringan dan tahap keasidannya lebih tinggi. Ia biasanya digunakan untuk dressing salad dan juga menggoreng makanan yang berlemak rendah.
3. REFINED OLIVE OIL
Kredit foto ; kumparan
Ia adalah minyak zaitun jenis virgin yang melalui proses penapisan dan penyaringan. Biasanya minyak jenis ini memang dikhususkan untuk memasak makanan. Rasa dari buah zaitunnya sangat ringan dan tidak terasa. Bagaimanapun proses penyaringan juga mengurangkan kandungan anti oksidan di dalamnya.
Disebabkan kandungan anti oksidan yang kurang , daya tahannya lebih lama. Minyak zaitun ‘refine’ (penapisan, penyulingan) ini biasanya juga ditambah dengan vitamin E dan sesuai untuk memasak secara ‘deep fry’ (minyak penuh)
4. PURE OLIVE OIL
Kredit foto : kumparan
Perkataan ‘pure’ dan klasik sering memberi tanggapan ia adalah perahan asli dari buah zaitun. Hakikatnya minyak zaitun yang dilabel perkataan ‘pure’ ini sebenarnya adalah campuran dari refine olive oil dan virgin olive oil. ‘Pure’ di sini maksudnya ia dicampur dengan minyak zaitun juga dan bukan jenis minyak lain
5. LITE @ LIGHT OLIVE OIL
Kredit foto : kumparan
Usah salah anggap, label ‘light’ merujuk kepada kekuatan rasa dalam minyak dan bukan jumlah kalori di dalamnya. Minyak zaitun jenis light ni sudah melalui tahap penapisan yang lebih banyak untuk menghilangakan warna, aroma dan rasanya Minyak ini lebih sesuai untuk memasak kaedah deep fry dan juga memanggang.
6. OLIVE POMACE OIL
Biasanya dijual dengan harga lebih murah dan kualitinya rendah berbanding dengan jenis lain. Ia sebenarnya adalah produk sampingan (by product) daripada buah zaitun yang di estrak kali kedua dan telah melalui proses penapisan. Sebenarnya ia lebih kurang sama dengan kategori seperti minyak jagung, minyak canola dan minyak bijian yang lain.
Ia adalah baki minyak pada buah zaitun 5- 8 % yang masih ada setelah ia diperah sebelum ini dalam penghasilan minyak zaitun. Dari baki minyak itu ia akan melalui proses di mana pelarut kimia dimasukkan dan proses penapisan dilakukan untuk menghasilkan Olive Pomace Oil.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/01/minyak-zaitun-lain-jenisnya-lain-pula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Semulajadi Cegah Alzheimer Dengan Minyak Zaitun Amalkan Meminum Setiap Hari

Petua Semulajadi Cegah Alzheimer Dengan Minyak Zaitun Amalkan Meminum Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 484 hits
Minyak zaitun telah digunakan untuk pelbagai tujuan dalam sejarah manusia Hari ini selain menggunakannya di dapur minyak zaitun juga telah digunakan dalam dunia perubatan farmasi dan untuk tujuan lain Apa yang membuat makanan super minyak z...
Arif Sama Macam Kanak Kanak Lain Kalau Dia Nakal Saya Suami Mohon Maaf Tya Ariffin

Arif Sama Macam Kanak Kanak Lain Kalau Dia Nakal Saya Suami Mohon Maaf Tya Ariffin

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 565 hits
Arif Jiwa instafamous cilik yang menjadi kesayangan ramai Ibunya Tya Ariffin dan ayahnya Asyraf Khalid meminta maaf bagi pihak Arif sekiranya anaknya mungkin bersikap nakal LUAHAN HATI IBU SELEPAS ARIF DIKATAKAN NAKAL Arif sama seperti kana...
Longsor Cisolok Sukabumi 4 Orang Meninggal 4 Orang Lain Masih Dicari

Longsor Cisolok Sukabumi 4 Orang Meninggal 4 Orang Lain Masih Dicari

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 301 hits
Empat orang dilaporkan meninggal dunia setelah tertimbun tanah longsor di Dusun Cimapag Desa Sirnaresmi Kecamatan Cisolok Sukabumi Jawa Barat Senin Empat orang lagi masih dalam pencarian Empat korban lainnya dalam upaya evakuasi namun terke...
Wajah Isteri Akan Menyerupai Beruk Setiap Kali Jumpa Lelaki Lain

Wajah Isteri Akan Menyerupai Beruk Setiap Kali Jumpa Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 416 hits
BAHTERA perkahwinan yang dilayari pasangan ini selama lima tahun penuh dengan kebahagiaan mereka saling mencintai bukan baru tetapi sejak zaman universiti lagi namun ditakdirkan belum dikurniakan zuriat Razi dan permaisuri hatinya Naemah ba...
Darmin Percepatan Penyelesaian Transaksi Bei Dahului Negara Lain

Darmin Percepatan Penyelesaian Transaksi Bei Dahului Negara Lain

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 233 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Darmin Nasution mengatakan Bursa Efek Indonesia telah mencatatkan kinerja yang baik sepanjang tahun 2018 Itu salah satunya ditunjukan melalui keberhasilan percepatan penyelesaian transaksi dari T 3 me...
Niat Jep Nak Tunjuk Gambar Selfie Bersama Anak Tapi Lain Pulak Yang Dapat Perhatian Alahai Netizen Lain Korang Nampak

Niat Jep Nak Tunjuk Gambar Selfie Bersama Anak Tapi Lain Pulak Yang Dapat Perhatian Alahai Netizen Lain Korang Nampak

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 504 hits
Siapa yang tidak mengenali Jep Sepahtu salah seorang pelawak tersohor di Malaysia yang berkahwin dengan seorang selebriti juga iaitu Sari Yanti Mereka juga telah dikurniakan seorang puteri yang comel bernama Dariya Inara Terbaru Jep ada ber...
Spad Dibubarkan Tapi 260 Bekas Pekerja Belum Diserap Ke Agensi Lain

Spad Dibubarkan Tapi 260 Bekas Pekerja Belum Diserap Ke Agensi Lain

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 370 hits
January 2 2019 8 00 AMPutrajaya mengumumkan pembubaran SPAD pada 23 Mei lalu PETALING JAYA Seorang bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang dibubarkan tahun lalu mendakwa beliau bersama lebih 250 rakan sekerjanya masih menu...
As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Ramadan 2025 Malaysia

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


How To Set Up A Low Maintenance Aquascape At Home Practical Fishkeeping

Garam Beriodin Atau Tidak Beriodin

Hantar Baju Baju Terpakai Ke Pusat Pengumpulan Baju Terpakai Di Ikea

Perkara Yang Membatalkan Puasa

The Future Of Enterprise Networking In Dubai With Cisco Switches

16 Individu Ditahan Cuba Sogok Penguatkuasa Sprm