Minyak Neem Sangat Berkesan Melindungi Tumbuhan Daripada Serangan Serangga Perosak
Minyak biji Neem ialah minyak sayuran daripada pokok neem (Azadirachta indica), yang berasal dari India. Minyak neem organik mengandungi bahan aktif dipanggil azadirachtin, yang bertindak sebagai racun serangga perosak organik semula jadi. Petani atau penanam pokok hiasan menggunakan minyak neem pada tanaman di rumah mereka sebagai racun serangga, racun kulat, dan miticide.
Agensi perlindungan alam sekitar (EPA) menganggap minyak neem selamat untuk tanaman dan selamat digunakan di sekeliling haiwan peliharaan.
Bila Menggunakan Minyak Neem pada Tumbuhan
Minyak Neem berfungsi sebagai kaedah pencegahan untuk mengawal daripada serangan serangga perosak atau kulat sedia ada.
Penggunaan racun serangga minyak neem sangat sesuai melakukan semburan pada waktu pagi atau petang. Elakkan menggunakan minyak neem pada waktu tengah hari, kerana gabungan minyak neem dan cahaya matahari langsung boleh membakar tumbuhan terutamanya bahagian daun dan putik. Minyak neem berkesan sepanjang musim tanam, kerana ia boleh membunuh perosak pada setiap peringkat kitaran hayat termasuk telur, larva (juga dipanggil grub), pupa dan dewasa.
Minyak Neem membunuh pelbagai jenis serangga dan tungau antaranya kutu daun, pepijat putih, kumbang putih, kumbang Jepun, wereng daun, thrips, agas kulat dan perosak tanaman lain seperti hama labah-labah dan nematod, afid, koya-koya, lalat putih, agas, ulat bulu (kecil), kumbang daun dan pelbagai lagi.
Minyak Neem juga boleh membunuh penyakit kulat seperti cendawan serbuk, bintik hitam, kudis, antraknosa dan bintik daun rabuk berserbuk, kulapuk kekapas, karat, keruping, reputan botritis dan lain-lain. Minyak Neem secara amnya selamat untuk serangga yang tidak memakan daun tumbuhan, seperti kepik, pendebunga dan cacing tanah.
Anda tidak perlu menambah sabun, detergen atau lain-lain bahan yang dikhuatiri meningkatkan risiko kebakaran daun, pucuk dan putik bunga.
Cara Penggunaan Neem Oil (Sembur pada daun)
Gunakan pelarutan 0.5-1% atau 3-5ml minyak neem untuk setiap 1 liter air. Anda disarankan untuk mengisi penyembur dengan air terlebih dahulu sebelum menambah minyak neem. Pastikan digoncang dan dikacau dengan betul sebelum penyemburan. Pastikan permukaan tumbuh-tumbuhan disembur (terutamanya pada bahagian bawah daun) untuk kawalan yang lebih berkesan.
Ulangi penyemburan setiap 5-7 hari, dan sembur semula jika hujan turun 3 jam selepas penyemburan. Disarankan untuk menyembur pada waktu pagi atau petang. Penyemburan yang lebih kerap dapat dilakukan terutama pada masalah perosak yang teruk.
Beberapa jenis tumbuhan mungkin sensitif dengan minyak neem (terutamanya tumbuhan muda yang lembut di persekitaran panas). Sebelum menyembur pada kawasan yang luas, disyorkan untuk menguji tanaman anda terlebih dahulu. Risiko daun terbakar meningkat sekiranya melebihi dos yang dicadangkan. [rujukan pelbagai sumber, masterclass.com, info pengalaman individu pakar pertanian]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2022/10/minyak-neem-neem-oil-sangat-berkesan.html