Cucur Udang Yang Sangat Sedap



Saya ingin kongsikan sedikit petikan dari video Ustaz Mat Esa Deraman, Tokku Pasir Gudang bab jangan lupakan kematian. Ingatlah sedikit masa lagi kamu akan mati. Tangisi diri kamu dari sekarang sebelum kamu ditangisi. Ingat dosa kamu yang banyak itu. Sebelum kamu ke tempatkan di tempat yang kamu tidak tahu itu. 
Jangan tamakkan dunia. Penawarnya adalah zuhud dan keselamatan agama adalah agama kamu. Tinggalkan apa yang menjadikan kamu jahat. Cukup lah dengan apa yang kamu ada sahaja. Jangan kamu sibukkan dengan perkara halal yang akan diperhitungkan. Dan perkara haram yang kamu akan menanggung siksa. Antara perkata yang boleh melembutkan hati ialah mengingati mati. Pandangan dunia jadi terang bila kita tidak ingat mati. Hati jadi keras dan pandangan ke akhirat jadi kabur.  Bila mengingati mati, persiapan dan persediaan menjadi keutamaan. Dia akan jadi seorang manusia yang berbakti dan yang memberi manafaat. 
Sentiasa mesti ingat diri kita pada kematian. Itu sebab bila nak tidur, kita kena baca doa. Bila kamu tidur jadikan bantal sebagai kematian. Bila bangun, doa bangun tidur juga ingatkan kematian dan jadikan kematian di hadapan kamu. Jadikan keperluan akhirat kamu lebih dari keperluan dunia kamu. 
Ulamak dahulu sentiasa bersemangat menambah amalan. Sentiasa takut dengan kematian dan sentiasa memaksimum untuk tambahkan bekalan. Kita pula berada pada puncak kelalaian dan amat sedikit amalan. Jangan rasa kita lambat lagi mati walaupun sudah tua. Pandang pada orang tua dan berkata, Wahai orang tua, apa pandangan kamu bila tanaman sudah cukup masak. Jawabnya ialah, masa untuk dituai. Pandang pada orang muda dan berkata jangan kamu terpedaya dengan muda kamu. Banyak tanaman rosak dan gugur sebelum masak.
Umur tua ialah umur mati. Apakah yang kita harapkan lagi dengan dunia. Atau kesungguhan pada dunia yang belum habis lagi. Muhasabah dengan usia kita. Yang muda buah rosak binasa sebelum masak. Jangan terpedaya dengan usia. Usia hanya ujian. Bukan lah suatu keselesaan. Jangan pernah selesa dengan usia. Jangan bercita bertambah usia. Kena ianya suatu yang tidak pasti. Baik kita menangis sekarang. Kalau kita tak menangis di dunia apa kah akan berhenti tangisan kita di alam barzah. Siapa takut di dunia. Allah amankan dia di akhirat. Allah tak kan kumpulkan 2 ketakutan dan 2 keamanan. Sifat berlawanan. Takut di dunia, akan aman di akhirat. 
Hisab diri kita dengan dosa yang banyak. Kita tak tahu dosa yang Allah murka. Kita tak tahu mana dosa yang Allah amat muka. Yang tak akan diampun sehingga kita diazab terlebih dahulu. Dosa bersendirian atau berkait dengan manusia. Dosa berterusan atau sekali sekala. Setiap kali kita lupa dosa mengingati dosa adalah analogi seperti bahan bakar kenderaan yang kita akan ke depan. Jika bahan bakar tak ada kita akan tersadai tepi jalan. Kita akan rasa berdosa dan bertaubat. 
Jangan lupa sejarah silam kita yang berdosa. Kena ambil endah. Hati hati bila dalam hati hilang rasa ada dosa. Untuk buat kebaikan kena ada yang pemberi semangat. Bila rasa duit sikit kita akan cari lagi duit. Tapi kalau selesa duit dah banyak, kita tak akan berusaha. 
Di dunia kita tak perlu duit yang banyak. Makan pun tak banyak. Paling pun makan sepinggan jer. Beli rumah banyak tapi kita mampu duduk 1 atau 2 rumah sahaja. Tapi di akhirat, kalau ada banyak semua kita akan guna. Tanpa ada sedikit pun bersisa. 
Sedang di dunia akan tersimpan dan jadi harta pusaka. Atau jadi fitnah berleluasa. Untuk akhirat akan dapat semua tanpa diwariskan. Harta kamu bukan milik kamu, tapi harta yang kamu sedekahkan akan jadi milik kamu. Harta kamu yang kamu makan kamu pakai dan yang kamu sedekah. Itulah harta kamu. 
Kalau orang yang cerdik akan fikir tempat kita nak duduk lama lagi indah atau yang tempat persinggahan. Rumah kampung dengan kawasan luas dengan bilik cantik yang kita nak tinggal lama. Kita nak tinggal lama di dunia atau akhirat. Tak pernah dapat untuk hidup lama di dunia. Kat dunia tak ada orang hidup lama. Paling lama pun 120 tahun. Kalau hidup lama pun, dah nampak macam jenazah. Dah tua dan tak larat bergerak. 
Orang paling lama berada dalam kubur. Beribu tahun orang mati dalam kubur sejak Nabi Adam. Itu baru dalam kubur bukan di akhirat lagi. Tempat seharus indah dan mewah ialah selepas kematian. Jadi apa persiapan kita? Cukup setakat ini dahulu. Semoga bermanafaat.


Best Ever Cucur Udang kali ini masih menggunakan resepi sama yang saya kongsikan di entri sebelum ini di SINI. Ianya disediakan oleh Juita. Saya hanya membantu sahaja dan lebih pada merekod langkah langkah untuk menyediakan video. 
Hari ini saya tidak letak jagung kerana tiada stock dan tiada pula di kedai runcit berdekatan. Kalau ada stock jagung, lebih sedap. 
Jom layan resepi yang saya salinkan semula di bawah ini. Ianya memang secukup rasa dan sangat sedap. Cuma perlu di adjust sedikit tepung gandum bagi disesuaikan dengan kepekatan adunan yang disukai.   

Best Ever Cucur UdangOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:2 cawan tepung gandum¼ sudu kecil baking soda1 cawan udang kecil putih¾ cawan bawang besar Holland - potong dadu1 tangkai cili merah - cincang1 cawan daun kucai - hiris halus¾ cawan isi jagung - fresh atau frozen2 sudu kecil garam1 sudu besar gula1 sudu kecil kunyit ½ cawan air panas thermos1 ½ cawan air biasa ½ cawan gandum extra - tambah sedikit sedikit, tak perlu habiskan
Cara cara:Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan kemudian tuang air panas dan air biasa yang disatukan sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. Jika terlebih cair, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum extra.


Boleh dibiarkan seketika bagi membolehkan adunan naik dan menjadi lebih lembut sebelum digoreng.

Goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan, angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan bersama sos air lada yang biasanya diguna untuk mencicah keropok.
Nota:½ cawan tepung gandum extra untuk ditambah sedikit demi sedikit ikut kepekatan disukai. 

Jika tak mahu tambah tambah gandum, boleh jer kurangkan air. Guna ½ cawan air panas dan 1 ¼ cawan air biasa.

Boleh juga jika tidak mahu menggunakan soda bikarbanat. Akan jadi macam cucur udang biasa. Pun sangat sedap.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2018/04/cucur-udang-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Ayam Lada Hitam Yang Sangat Sedap

Asam Pedas Ayam Lada Hitam Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 215 hits
Assalamualaikum wbtSEBAIK sahaja mendapat tahu hari Ahad merupakan hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor Sk terus teringat nak masak Asam Pedas Ayam kegemaran Iman sama ada untuk dihantar ke asrama Iman atau jika Iman nak balik ke rumah Jad...
Cucur Udang Rangup Dan Kurang Berminyak

Cucur Udang Rangup Dan Kurang Berminyak

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 203 hits
Cucur udang ni bukan buat sendiri ye tapi beli Bagitahu siap siap takut nanti ada terlepas komen sedapnya cucur udang fiza buat pandai fiza buat cucur udang Risau ada orang puji kita melambung lambung Padahal beli Ke sebenarnya takde pun or...
Resipi Lempeng Korea Sesuai Untuk Snek Petang Yang Sedap

Resipi Lempeng Korea Sesuai Untuk Snek Petang Yang Sedap

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 176 hits
Resipi Lempeng Korea ni menggunakan sayuran sahaja tetapi rasanya memang sedap dan rangup Cara penyediaan Lempeng Korea ni sangat mudah dan menggunakan sayuran sebagai bahan utama pembuatan Lempeng Korea ni Resipi penuh telah dikongsikan ol...
Kari Ikan Unga Yang Simple Dan Sedap

Kari Ikan Unga Yang Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 526 hits
Baca GAMBAR LOKASI Kari Ikan Unga Yang Simple Dan Sedap Hari ni saya masak kari ikan unga Beli kat pasaraya Maslee 800 gm RM48 00 Mahal ke Tapi orang kata ikan unga memang mahal Saya beli sebab nak masak kari ikan Dah lama rasanya tak masak...
Cara Paling Mudah Nak Buat Ikan Percik Yang Simple Sedap

Cara Paling Mudah Nak Buat Ikan Percik Yang Simple Sedap

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 225 hits
Salah satu masakan ikan yang sedap adalah ikan percik Ikan percik sememangnya disukai ramai Rasanya sedikit berlemak kerana penggunaan santan dan jika anda suka pedas boleh lebihkan cili padi ke dalam masakan anda Kali ini kami akan kongsik...
Jemput Pisang Sedap

Jemput Pisang Sedap

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 260 hits
Sedar tak sedar kita telah menghampiri musim tengkujuh Kalau masa saya kecil di kampung dulu bulan November dan Disember adalah dikenali sebagai musim bah Bah atau banjir Tahun ini tak pasti kalau PRU akan berlaku waktu banjir Yang pasti pa...
14 Resipi Daging Yang Ringkas Sedap Mudah Je Nak Masak

14 Resipi Daging Yang Ringkas Sedap Mudah Je Nak Masak

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 234 hits
Bila sebut nak masak daging ramai beranggapan ia agak rumit dan perlu masak lama Sebenarnya daging boleh je masak dengan cara ekspres tak liat dan sedap Yang penting anda tahu nak masak menu apa dan dan macam mana nak menolah daging supaya ...
Jajan Baru Kudapan Sedap Minni Yellow Pea Puff Wajib Try

Jajan Baru Kudapan Sedap Minni Yellow Pea Puff Wajib Try

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 208 hits
Jajan baru korangs Nii nak share dengan korang baru baru ni kak ana pii la Selangor International Bussiness Summit di KL Convention Centre Kuala Lumpur Alaa kat KLCC tu jer Banyak booth pameran dan kenyang lah makan dan minum tester produk ...
Dapur Fiezasani Resipi Salad Ayam Grill Yang Sedap

Dapur Fiezasani Resipi Salad Ayam Grill Yang Sedap

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 243 hits
Cuti honeymoon blog pun bercuti juga Jom ambil mood nak sambung membebel kat blog K fiezz nak kongsi resipi terbaru yang k fiezz cuba Resipi diet untuk mr hubby Diet mr hubby ni on off on off So k fiezz pun masak menu diet untuk mr hubby ni...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik