Minus Four Degrees Ibu Anak Tekad Bentuk Industri Seni Pembuatan Aiskrim Malaysia


 
Sarah Tan dan ibunya, Kim Ngoh, adalah wanita di belakang Minus Four Degrees, sensasi aiskrim terbaharu PJ. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)PETALING JAYA: Memulakan perniagaan untuk pertama kalinya bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi ia membabitkan banyak risiko untuk menjayakannya.
Mempunyai seseorang yang dapat anda percaya dan boleh diharapkan dalam membantu menjalankan perniagaan cukup membantu, tetapi tidak semua orang sebegitu bertuah.
Bagi profesional masakan berusia 30 tahun, Sarah Tan, ternyata ibunya lebih tahu apa yang terbaik, selepas ia terbukti dengan keputusan Tan memulakan perniagaannya bersama ibu tersayang, Kim Ngoh, 60.
Jadi perniagaan apakah yang dijalankan oleh dua beranak ini? Sebagai petunjuk: ia lembut, manis dan membantu mengurangkan kepanasan.
Minus Four Degrees adalah pendatang baru dalam gelanggang seni aiskrim yang sedang berkembang pesat dan berakar umbi di Malaysia sejak beberapa tahun lalu.
Dengan ruang kedai yang terletak di syurga makanan Seksyen 17, Petaling Jaya, Minus Four Degrees bersiap sedia untuk mengubah cara orang Malaysia melihat ais krim.
Tidak seperti yang biasa dijual di stesen minyak dan pasar raya, Minus Four Degrees menghasilkan aiskrim yang lembut dan enak.
Selain itu, Tan cukup mengutamakan perisa aiskrim yang seasli mungkin, dan tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan.
Tan mendapat inspirasi untuk menjual aiskrim setelah menerima maklum balas positif mengenai ais krim buatan sendiri. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)Tetapi apa yang mendorong Tan menyelami dunia seni pembuatan ais krim? Ternyata, jawapannya sama sekali tidak rumit.
Kira-kira empat tahun lalu, Tan adalah seorang pelajar universiti yang mempelajari seni kulinari dan kebetulan membeli mesin pembuat ais krim.
“Kami menceburi bidang ini secara kebetulan. Saya membuat ais krim di rumah dengan mesin pembuat aiskrim saya sendiri dan rakan saya bertanya, adakah saya merancang untuk menjualnya?” kata Tan kepada FMT.
Sering dihujani permintaan rakan-rakan yang memintanya menjual ais krim kepada mereka, dia akhirnya akur dan tidak lama kemudian ia mula tersebar dari mulut ke mulut.
Tidak lama kemudian, Tan memulakan perniagaan dari rumah yang berkembang pesat sehingga mendapat perhatian ramai dan membolehkannya membuka kedai ais krimnya sendiri pada bulan November 2020.
Dia mengaitkan kejayaan perniagaannya dengan bantuan ibunya yang tidak ternilai, wanita yang berpengalaman dalam selok-belok perniagaan.
“Saya sebenarnya sudah bersara,” kata Ngoh.
“Ketika Sarah mula membuat ais krim, saya hanya membantu dan merasakan perisa yang dihasilkannya enak dan mempunyai pasaran.”
Ketika Tan sibuk membuat aiskrim, Ngoh fokus dalam menjalankan perniagaan itu sendiri. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)Walaupun kedua-dua wanita itu bekerja bersama, mereka mempunyai tugas masing-masing, di mana Tan sibuk membuat ais krim di dapur, sementara Ngoh mengendalikan kaunter dan kedai di media sosial.
Adakah mereka serasi bersama? “Ia adalah pertembungan generasi!” kata Ngoh bergurau sambil menambah walaupun memiliki pemikiran berbeza, mereka “saling melengkapi”.
Sekiranya mereka berselisih pendapat, kedua-dua ibu dan anak itu akan berhenti seketika, merenung kembali isu berbangkit sebelum menanganinya bersama-sama.
Lebih penting lagi, apa juga perselisihan mengenai perniagaan yang berbangkit, mereka memilih untuk tidak membawanya pulang kerana kehidupan berkeluarga perlu dipisahkan dari kerjaya.
Pada amnya, Tan cukup berpuas hati menyerahkan keputusan perniagaan kepada ibunya, yang dipercayainya sepenuh hati, sementara dia terus memastikan kualiti ais krimnya terjaga.
Bercakap mengenai aiskrim, apa sebenarnya yang menjadikan Minus Four Degree unik? “Kami lebih berfokus kepada kualiti,” kata Tan.
“Saya biasa bekerja di restoran-restoran mewah, jadi saya menetapkan standard kualiti yang tinggi.”
Minus Four Degrees menawarkan pelbagai jenis aiskrim, beberapa rasa agak konvensional seperti coklat dan vanila, selain perisa yang agak jarang ditemui.
Walaupun turut menghasilkan aiskrim berperisa klasik, Tan gemar bereksperimen dengan pelbagai bahan dari masa ke semasa. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)Dalam hal ini, aiskrim beralkohol di kedai ais krim ini cukup popular, di mana perisa Rum & Kismis antara yang paling laris.
Ngoh dengan bangga menyatakan bahawa anak perempuannya mahir dalam menggandingkan perisa paling liar dan entah bagaimana hasilnya sering mengagumkan.
“Kami turut menawarkan Sos Ikan Pedas dengan rasa Longan!” tambah Tan.
Perisa pelik lain yang turut ditawarkan Minus Four Degrees adalah Raspberry dengan Katsuobushi, Wasabi dan Salmon Salai.
Walaupun kebanyakan orang mengharapkan ais krim mereka terasa manis, Tan nampaknya lebih cenderung kepada ais krim yang enak.
“Saya suka sesuatu yang masin,” akur Tan secara terang-terangan.
“Tetapi bagi saya, keseimbangan antara rasa lemak berkrim dan manis adalah kunci yang menjadikan aiskrim itu bagus.”
Buat masa ini, anda mungkin tertarik dengan rasa luar biasa ini, pilihan aiskrim cenderung diubah secara berkala, jadi apa yang anda lihat minggu ini mungkin tiada lagi pada minggu berikutnya.
Walaupun kualiti adalah perkara yang paling penting bagi Tan, dia merasa sukar untuk menyeimbangkan keperluan menjaga kualiti ais krimnya sambil memastikan ia setimpal dengan keuntungan yang diperoleh.
Apa yang paling ketara, semua aiskrim yang anda lihat di ruang Minus Four Degrees dibuat oleh Tan, sehingga ke peringkat mengekstrak sendiri jus buah-buahan yang diperlukan untuk aiskrim berperisa buahnya.
Kedai aiskrim Minus Four Degrees di Seksyen 17 Petaling Jaya adalah tempat yang tepat untuk bertemu dengan rakan-rakan. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)Walaupun membuat ais krim boleh menjadi tugas yang melelahkan, ia masih perkara terbaik bagi Tan, yang lebih suka mencuba pelbagai kombinasi perisa dan menilai apa yang sesuai.
“Perkara paling menyeronokkan tentang pekerjaannya adalah bermain dengan ramuan yang berbeza,” kata Ngoh sambil Tan mencelah, “Dan saya dapat melakukan sesuatu yang baru.”
Semua orang dapat mencuba perisa percubaannya kerana Tan akan meninggalkan sejumlah besar ais krim tersebut di ruang pameran untuk melihat bagaimana reaksi pelanggan terhadapnya.
Walaupun pandemik Covid-19 dan perintah sekatan menyukarkan semua pihak, Minus Four Degree berjaya menyelamatkan diri tanpa terjejas, sesuatu yang sangat melegakan Tan dan Ngoh.
“Kami terlibat dengan penghantaran sejak awal lagi, jadi ketika Covid-19 melanda, penghantaran sebenarnya meningkat,” kata Ngoh. “Ia menyelamatkan kami.”
Buat masa ini, hanya penduduk di Lembah Klang dapat mencuba pemanis mulut yang lazat dari Minus Four Degrees.
Tan berharap, suatu masa nanti, Minus Four Degree boleh dinikmati dan berada di seluruh pelosok negeri.
Teringinkan ais krim? Pesan sekarang dengan mengklik disini atau lawati Minus Four Degrees di Instagram atau Facebook.
= FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/minus-four-degrees-ibu-anak-tekad.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Naik Hantu Bakar Rumah Kerana Ibu Enggan Beri Wang

Anak Naik Hantu Bakar Rumah Kerana Ibu Enggan Beri Wang

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 338 hits
Anak naik hantu bakar rumah kerana ibu enggan beri wang Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai membakar rumah keluarganya akibat berang dengan ibunya yang enggan memberikan wang kepadanya Ketua Polis Daerah Klang Utara S Vijaya Rao berkat...
Video Ibu Terduduk Menangis Anak Tergamak Bakar Rumah Hanya Kerana Tidak Dapat Wang

Video Ibu Terduduk Menangis Anak Tergamak Bakar Rumah Hanya Kerana Tidak Dapat Wang

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 234 hits
Siapa sangka anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sewaktu kecil sanggup membuat khianat pada ibunya sendiri ketika meningkat dewasa Terbaru kira kira jam 3 30 petang semalam seorang anak sanggup membakar rumah ibunya sendiri di di Kam...
Ibu Tak Perasan Anak Tergigit Pokok Keladi Getahnya Punca Mulut Melecur Air Liur Meleleh

Ibu Tak Perasan Anak Tergigit Pokok Keladi Getahnya Punca Mulut Melecur Air Liur Meleleh

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 287 hits
Pokok hiasan antara pilihan ibu ibu untuk menaikkan seri di kawasan halaman rumah atau ruang tamu Ini kerana ia antara terapi untuk rumah kelihatan tenang dan sejuk mata memandang Bagaimanapun bagi rumah yang ada anak kecil pemilihan untuk ...
Tak Setor Hasil Mengemis Anak 6 Tahun Dianiaya Ibu Kandung

Tak Setor Hasil Mengemis Anak 6 Tahun Dianiaya Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 219 hits
Tersangka Oktarina mengaku sudah 1 2 tahun menyuruh anaknya mengemis di TKP Kadang juga anaknya disuruh mengamis dan menjual tisu wajah
Akui Anak Kedua Deg1l Mira Fizah Akur Kata2 Ibu

Akui Anak Kedua Deg1l Mira Fizah Akur Kata2 Ibu

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 410 hits
Terjun ke dalam dunia hiburan mungkin nampak mudah tetapi untuk terus kekal bertahan adalah cabaran yang perlu dipikul oleh mereka yang bergelar artis Mira Filzah sendiri tidak menyangka niat menceburi bidang modelling telah mempertemukan d...
Gigi Anak Berlapis Ini Puncanya Yang Ibu Bapa Tidak Sedar

Gigi Anak Berlapis Ini Puncanya Yang Ibu Bapa Tidak Sedar

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 290 hits
Masalah gigi berlapis sering dipandang enteng oleh masyarakat umum Perkara ini perlu dititikberatkan kerana kelak ia boleh menyebabkan masalah karies gigi dan masalah gusi bengkak Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan o...
Pihak Sekolah Mengeluarkan Amaran Ibu Bapa Boleh Disaman Kalau Anak Tiru Aksi Squid Game Di Sekolah

Pihak Sekolah Mengeluarkan Amaran Ibu Bapa Boleh Disaman Kalau Anak Tiru Aksi Squid Game Di Sekolah

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 357 hits
LONDON Ibu bapa pelajar boleh disaman sekiranya anak mereka didapati meniru aktiviti Squid Game di sekolah
Anak Ibu Hamil Serentak

Anak Ibu Hamil Serentak

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 278 hits
Anak ibu hamil serentak JAKARTA Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana berkongsikan gambar yang menunjukkan dia sedang hamil secara serentak dengan ibunya lapor laman Suara com semalam Menerusi hantaran yang dikongsikan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner