Anak Naik Hantu Bakar Rumah Kerana Ibu Enggan Beri Wang
Anak ‘naik hantu’ bakar rumah kerana ibu enggan beri wang
Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai membakar rumah keluarganya akibat berang dengan ibunya yang enggan memberikan wang kepadanya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan di sekitar lokasi kejadian di Kampung Bukit Kapar, Klang pada 6 petang semalam.
“Polis menerima laporan mengenai kebakaran pada 3.30 petang daripada pengadu, seorang wanita berumur 37 tahun dan bekerja sebagai kerani.
“Menurut pengadu, ketika berada di tempat kerja, dia mendapat maklumat rumahnya di Kampung Bukit Kapar terbakar, lalu bergegas pulang.
“Setibanya di rumah, pengadu mendapati api sedang marak dan bomba sedang berusaha memadamkan api,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata, pengadu adalah anak saudara kepada suspek dan tinggal bersebelahan rumah kampung berkembar dua itu.
“Sebelum kejadian, suspek berjumpa ibunya (nenek pengadu) tidak jauh dari tempat kejadian untuk meminta wang, tetapi gagal.
“Sebelum beredar, suspek ada membuat ugutan kepada ibunya yang dia akan membakar rumah jika tidak memberikan wang.”
Beliau berkata, siasatan juga mendapati suspek penganggur berusia dalam lingkungan 30-an dan baru keluar dari penjara atas kesalahan dadah.
“Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 15 Okt ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.”
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar serta Kota Anggerik bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 3.34 petang semalam.
“Setiba di lokasi, rumah setingkat sedang marak terbakar. Kebakaran dapat dikawal pada 3.50 petang dengan anggaran kemusnahan 90%.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. FMT
Anak ‘naik hantu’ bakar rumah kerana ibu enggan beri wang
Baca Artikel Menarik :
‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan
The post Anak ‘naik hantu’ bakar rumah kerana ibu enggan beri wang appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/12/anak-naik-hantu-bakar-rumah-kerana-ibu-enggan-beri-wang/