Minum Di Kedai Buka Perniagaan Lebih Masa Enam Individu Didenda Antara Rm500 Rm650


 

PETALING JAYA  -- Akibat minum di kedai, menjalankan perniagaan melebihi had masa dan bekerja di premis bukan dalam perkhidmatan perlu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, enam individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda antara RM500 dan RM650 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret M. Barath menjatuhkan hukuman itu ke atas tiga warganegara Bangladesh, Rasouli Madani Mazieh, 39, Shiv Kumar Vats, 42, dan S M Nurul Islam, 56, serta tiga wanita tempatan, V. Krishnamah, 50, G. Letchumi, 51, dan V. Yogeswari, 30, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.
Mahkamah turut memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara sehari, sekiranya gagal membayar denda itu.
Rasouli Madani dan Shiv Kumar didakwa bersama-sama gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan bagi mencegah dan mengawal apa-apa penyakit iaitu dengan duduk minum di sebuah kedai makan.
Perbuatan mereka itu merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 di Flat Pelangi Damansara, dekat sini, pada 2.30 petang, 16 Jan lepas.
S M Nurul pula didakwa telah gagal mematuhi arahan sama dengan menjalankan perniagaan kedai runcit melebihi tempoh had yang dibenarkan iaitu bermula 6 pagi hingga 8 malam yang merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 15 peraturan sama di sebuah kedai runcit di Damansara Damai, pada 8.50 malam, 13 Jan lepas.
Bagi Krishnamah, Letchumi dan Yogeswari, mereka didakwa bersama-sama telah gagal mematuhi arahan sama dengan bekerja di kedai nombor ekor di mana perniagaan tersebut tidak tersenarai dalam perkhidmatan perlu yang merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 4(1) peraturan sama di sebuah kedai nombor ekor di Taman Universiti, di sini pada 5 petang, 17 Jan lepas.
Kesemua mereka dituduh mengikut Peraturan 16(1) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zafirah Syed Mustapa memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap semua tertuduh.
Rasouli Madani dan Shiv Kumar yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala empat lagi yang diwakili peguam S. Kailash memohon denda minimum. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/minum-di-kedai-buka-perniagaan-lebih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Maps Dengan Maklumat Dan Visual Lebih Terperinci Terhad Kepada 4 Bandar Buat Masa Ini

Google Maps Dengan Maklumat Dan Visual Lebih Terperinci Terhad Kepada 4 Bandar Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 134 hits
Banyak kemaskini berlaku pada aplikasi Google Maps pada tahun lepas Bulan Februari 2020 Google menyambut ulang tahu ke 15 Google Maps Kemudian Go Tab iaitu akses pintas arahan selok belok lokasi kegemaran Google Maps menambah ciri ikon lamp...
Darurat Beri Pn Lebih Masa Matikan Langkah Umno Kata Penganalisis

Darurat Beri Pn Lebih Masa Matikan Langkah Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 184 hits
PETALING JAYA Penganalisis politik berkata langkah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan negara di bawah perintah darurat memberi kelebihan kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk kekal berkuasa lebih lama Awang Azman Awang Pawi dari...
Playstation 4 Antara Yang Dicuri Penyewa Pemilik Homestay Rugi Lebih Rm6 000

Playstation 4 Antara Yang Dicuri Penyewa Pemilik Homestay Rugi Lebih Rm6 000

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 239 hits
Industri pelancongan baru sahaja mahu mula rancak beroperasi selepas kes penularan wabak COVID 19 berkurangan Akan tetapi kes yang meningkat mendadak menyebabkan kita terpaksa berdepan Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi Terbaharu hos h...
Kilang Restoran Boleh Buka Kenapa Kedai Gunting Rambut Tak Boleh

Kilang Restoran Boleh Buka Kenapa Kedai Gunting Rambut Tak Boleh

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 202 hits
POSTED BY AMIR WRLRAhli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mempersoalkan polisi kerajaan yang membenarkan beberapa sektor perniagaan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan tetapi tidak kepada pengusaha kedai gunting rambut Ini selep...
Langgar Peraturan Pkp Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

Langgar Peraturan Pkp Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 220 hits
Kerajaan ketika ini sedang membuat pindaan kepada Ordinan Darurat untuk meningkatkan hukuman bagi mereka yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Dalam satu lapora
Kes Penipuan Rm1 8 Juta Polis Cari Enam Individu

Kes Penipuan Rm1 8 Juta Polis Cari Enam Individu

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 200 hits
Polis sedang mengesan enam individu iaitu empat lelaki dan dua wanita bagi membantu siasatan kes penipuan ke atas seorang wanita berjumlah RM1 8 juta SEREMBAN Polis sedang mengesan enam individu iaitu empat lelaki dan dua wanita bagi memban...
Kalau Kedai Makan Boleh Buka 10 Malam Mahu Kawalan Apa Lagi

Kalau Kedai Makan Boleh Buka 10 Malam Mahu Kawalan Apa Lagi

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 204 hits
ARIF ATANBerat mata memandang berat lagi bahu memikul Itulah dilema peniaga kecil dan penjaja ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang cacamarba dan hanya membunuh mereka secara senyap Akur dengan tujuan PKP bagi melandaikan leku...
Pkp 2 0 Pengusaha Bas Sekolah Hadapi Masa Depan Lebih Suram

Pkp 2 0 Pengusaha Bas Sekolah Hadapi Masa Depan Lebih Suram

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 208 hits
Selepas membelanjakan ribuan ringgit untuk menjalani pemeriksaan Puspakom ramai pengusaha bas sekolah mengeluh panjang dengan pengumuman mengejut kerajaan menutup sekolah kepada sebilangan besar pelajar sekaligus menjejaskan mata pencarian ...
Cuepacs Mahu Individu Minum Bir Di Pusat Kuarantin Covid 19 Dikenakan Tindakan Tegas

Cuepacs Mahu Individu Minum Bir Di Pusat Kuarantin Covid 19 Dikenakan Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 160 hits
Tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin Covid 19 KOTA KINABALU Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan individu yang bertindak meminum bir di sebuah Pusat Kuaranti...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal