Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang


Antara Mini / Petting Zoo yang berbaloi untuk dilawati semestinya Rabbitland Jengka yang terletak di Jengka 14, Pahang. Ini kali pertama kami jejakkan kaki.
Ternyata berbaloi bawa anak-anak datang ke sini. Katanya ada lebih 60 jenis spesis haiwan yang ada dan harga tiket pun tidak terlalu mahal. 


Disebabkan kekangan waktu, kami agak rushing nak habiskan tengok semua binatang dalam tu. mungkin kena datang lagi sekali di masa hadapan.

Rancangan awal nak tengok haiwan di mini zoo Rabbitland Jengka kemudian bawa anak mandi manda di Jengka Wonderland.

 



Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang

Oleh sebab kasihankan anak-anak tiada aktiviti nak buat di waktu cuti sekolah dan rancangan nak check in hotel terbantut disebabkan cuaca tak menentu sekarang ni.

Jadi ambil kesempatan bawa anak-anak tengok binatang waktu balik kampung minggu lepas. Jarak rumah emak dengan Rabbitland Jengka ambil masa hampir dua jam ya.

Walaupun berada dalam satu negeri, boleh tahan terasa jauh dia. Pahang ni luas weh. Perjalanan lancar je tiada tol.

Bila kembali ke Jengka terus teringat kenangan lama waktu belajar. Dulu Diah belajar di UiTM Pahang cawangan Jengka. Ambil Diploma in Banking dari 2003 hingga 2006.

Kemudian baru sambung UiTM Shah Alam ambil Degree Islamic Banking. Seronok sungguh bila kenangkan waktu belajar.

Memang berbeza la Bandar Jengka dulu dengan sekarang.






Harga Tiket & Waktu Operasi Mini Zoo Rabbitland

Datang Rabbitland digalakkan pada waktu pagi baru la tak panas dan berpeluh. Masa kami sampai dah masuk waktu Zohor.

Matahari betul-betul atas kepala tapi dalam tu redup je. Macam Petting Zoo yang lain haiwan dekat sini jinak dan dilepaskan dalam kandang yang besar.

Jadi bebas dan selesa la binatang tu. Anak-anak pasti seronok sebab boleh pegang haiwan-haiwan yang ada.

Waktu operasi sepanjang cuti sekolah, Rabbitland Jengka dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang.

Harga tiket pula seperti berikut:


Dewasa: RM 10.00Kanak kanak: RM 8.00Oku/w.emas: RM 5.00



Dekat tiket ada peringatan ditulis, “pergerakkan haiwan sukar dikenalpasti, sila jaga anak anda. Keselamatan diri dan keluarga menjadi tanggungjawab anda.

Ha gitu. Pendek kata apa sahaja risiko awak tanggung sendiri ya.

Antara haiwan yang ada seperti unta, kuda, itik, angsa, kambing, rusa, burung, pelbagai jenis reptilia dan banyak lagi lah. 
Harimau, buaya, gajah semua tu tiada tau. Nak tengok Gajah, Harimau, Singa kena pergi Zoo Negara ya. Kalau nak tengok Dinasour kena pergi Zoo Melaka. 
Walaupun agak limit binatang dia tapi puas hati sebab ada banyak jenis. Contoh Angsa Malaysia dan Angsa Perancis. Kambing pun banyak jenis.

Kalau nak bezakan Petting Zoo di Selangor - Farm In The City masing-masing ada kelebihan dia. Rabbitland Jengka lebih menarik berbanding Port Dickson pula Petting Zoo -  Windmill PD Farm mengikut pandangan Diah.
Tempat dia elok terjaga dan bersih dari sampah sarap. Ada banyak kakitangan yang buat kerja bersihkan kandang.
Maaflah gambar tak banyak sangat sebab sibuk menikmati masa bersama anak-anak dan keluarga. 




Tarikan Mini Zoo Rabbitland

Selain binatang yang jadi tarikan, dekat sini korang boleh cuba naik jambatan gantung, karpet terbang, basikal gantung, buaian tergantung dan kerusi hayun.

Oleh sebab gayat dan sedar diri seberat anak gajah jadi kami malas nak cuba. Weh seram. Faktor usia agaknya.

Tidak la tinggi mana tapi perasaan takut tu melebihi segalanya. Kesian juga pada pekerja dia nak tarik kami yang berat ni.






Dekat sini banyak disediakan tempat untuk pengunjung ambil gambar. Boleh OOTD di Fairy Garden, replika rumah Felda (GALERI PENEROKA) yang menggamit memori, replika kapal layar, replika bulan sabit, buaian sarang burung tempua.






Dekat dalam tu ada disediakan surau, tandas dan juga café. InshaAllah selesa. Overall pengalaman menyeronokkan bagi kami sekeluarga.





Boleh rujuk Facebook Mini Zoo Rabbitland untuk dapatkan promosi terkini. 

 

Tentang Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang

Rabbitland merupakan sebuah zoo mini yang pertama di Jengka, Pahang yang menggunakan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga pengunjung dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

Rabbitland yang berkeluasan 50 hektar terletak 6 kilometer dari Bandar Pusat Jengka ini mempunyai lebih 60 jenis haiwan yang dipamerkan kepada pengunjung.

Mini zoo ini mula ditubuhkan di Mercu View Resort, Bandar Jengka sebelum ditukarkan ke lokasi baru yang lebih besar di Jengka 14 dan mula beroperasi pada 1 Mac 2020. Sumber - Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/12/mini-zoo-rabbitland-jengka-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengadap Pemangku Raja Pahang Semalam

Mengadap Pemangku Raja Pahang Semalam

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 339 hits
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima patik mengadap pagi tadi Semoga Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sentiasa dilimpahi rahma...
Operasi Tapak Perkhemahan Di Pahang Di Henti Serta Merta Demi Keselamatan

Operasi Tapak Perkhemahan Di Pahang Di Henti Serta Merta Demi Keselamatan

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 121 hits
KUANTAN Semua tapak perkhemahan di Pahang yang menawarkan perkhidmatan kepada orang awam sudah diarahkan menghentikan operasi mereka serta merta Arahan itu dikeluarkan membabitkan tapak dikendalikan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan piha...
Mp Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun Kawasan Berisiko

Mp Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun Kawasan Berisiko

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman meminta kerajaan Pahang menyemak semula projek projek yang dijalankan di cerun bukit dan kawasan berisiko berlaku tanah runtuh Semakan itu perlu dilakukan segera sebelum ada lagi kejadian t...
Seramai 561 Mangsa Banjir Di Enam Pps Pahang Di Buka Sehingga Tengahari Ini

Seramai 561 Mangsa Banjir Di Enam Pps Pahang Di Buka Sehingga Tengahari Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 140 hits
KUANTAN Sehingga tengah hari ini seramai 561 mangsa banjir daripada 138 keluarga berada di pusat pemindahan sementara di daerah ini dan Raub Jumlah itu berkurangan berbanding 594 mangsa daripada 132 keluarga yang direkodkan pagi tadi Bagaim...
Lhdn Bantu Mangsa Banjir Di Pahang

Lhdn Bantu Mangsa Banjir Di Pahang

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 180 hits
CYBERJAYA 8211 Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui Skuad Sukarelawan Banjir Pahang meneruskan kesinambungan program tanggungjawab sosial korporat dengan menyantuni kakitangannya di Kuantan yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda ba
Banjir Kerajaan Pahang Salur Bantuan Barangan Keperluan Asas Ke Terengganu

Banjir Kerajaan Pahang Salur Bantuan Barangan Keperluan Asas Ke Terengganu

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 149 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menyalurkan bantuan barangan keperluan asas yang bernilai RM150 000 sebagai tanda simpati dengan nasib rakyat Terengganu yang sedang berdepan dengan bencana banjir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Pembangu...
Mangsa Banjir Seluruh Pahang Menurun Hanya 30 Orang Masih Berada Di Pps

Mangsa Banjir Seluruh Pahang Menurun Hanya 30 Orang Masih Berada Di Pps

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Mangsa banjir di negeri ini mencatatkan pengurangan daripada 873 mangsa semalam kepada 30 orang setakat pukul 4 00 petang hari ini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya berkata kesemua mangsa terbabit...
Mangsa Banjir Di Pahang Terengganu Johor Menurun Perak Kelantan Kekal

Mangsa Banjir Di Pahang Terengganu Johor Menurun Perak Kelantan Kekal

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Situasi banjir di lima negeri menunjukkan tanda positif setakat petang Khamis apabila jumlah mangsa di Pahang Terengganu dan Johor menurun manakala Perak dan Kelantan masing masing kekal Di PAHANG banjir di daerah Bera pulih se...
Ahli Parlimen Temerloh Kesal Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

Ahli Parlimen Temerloh Kesal Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 137 hits
TEMERLOH Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor kesal atas tindakan kerajaan negeri Pahang yang telah mengarahkan pembatalan penggunaan Dewan Tun Razak Temerloh bagi tujuan Jamuan Kesyukuran Parlimen Temerloh kurang daripada tempoh 24 jam...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport