Operasi Tapak Perkhemahan Di Pahang Di Henti Serta Merta Demi Keselamatan


 

KUANTAN - Semua tapak perkhemahan di Pahang yang menawarkan perkhidmatan kepada orang awam sudah diarahkan menghentikan operasi mereka serta-merta.
Arahan itu dikeluarkan membabitkan tapak dikendalikan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan pihak swasta.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Mohd Hizamri Mohd Yassin berkata, tujuh lokasi taman eko rimba (TER) kendalian jabatan itu sudah ditutup kepada orang awam sejak 1 November lalu.
"Kawasan tapak khemah tumpuan orang awam dalam kawasan taman eko rimba diuruskan jabatan sudah ditutup sementara sejak 1 November sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Penutupan itu membabitkan TER Chamang dan Lentang di Bentong, TER Sungai Pauh, Cameron Highlands, TER Jerangkang, Kuantan, TER Lata Berembun dan Lata Lembik di Raub dan TER Gunung Senyum di Temerloh.
"Sementara itu, dua kawasan TER yang dikendalikan pihak swasta dan mempunyai tapak perkhemahan iaitu Parit Falls, Cameron Highlands dan Lubuk Yu, Maran juga diarahkan ditutup serta-merta bermula hari ini," katanya ketika dihubungi. 
Mohd Hizamri turut memaklumkan arahan penutupan itu juga terpakai kepada semua tapak perkhemahan dalam kawasan hutan simpan di Pahang.
Berdasarkan rekod, terdapat 26 TER dan taman hutan negeri di seluruh Pahang.
Dengan arahan penutupan itu bermakna tidak ada sebarang permit akan dikeluarkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi aktiviti riadah dalam kawasan terbabit.
Orang ramai yang memasuki kawasan hutan simpan kekal tanpa permit untuk tujuan beriadah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh.
Sementara itu, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man ketika dihubungi memaklumkan kebanyakan tapak perkhemahan disediakan kepada orang awam di Pahang dikendalikan sama ada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan pihak berkuasa tempatan.
"Secara umumnya permit untuk (operasi) tapak perkhemahan ini bukan di bawah bidang kuasa pelancongan dan saya juga sudah mendapatkan maklumat lengkap dari Tourism Pahang berhubung perkara ini.
"Namun, saya percaya arahan sudah dikeluarkan dan petang tadi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (Nga Kor Ming) sudah mengumumkan, ada arahan supaya untuk tujuh hari akan datang dilarang aktiviti perkhemahan di tepi sungai, air terjun dan lereng bukit," katanya.
Yu Man berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya jam 2.42 pagi semalam.
Insiden itu membabitkan seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan berkenaan.
Tragedi awal pagi itu meragut 19 nyawa setakat tengah malam tadi, manakala 14 masih belum ditemui dan 61 lagi berjaya diselamatkan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/12/tragedi-tanah-runtuh-operasi-tapak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Runtuh 69 Orang Dikhuatiri Tertimbus Di Tapak Perkhemahan Batang Kali

Tanah Runtuh 69 Orang Dikhuatiri Tertimbus Di Tapak Perkhemahan Batang Kali

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 175 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali pada awal pagi Jumaat Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor ...
Tanah Runtuh Di Tapak Perkhemahan Ragut 2 Nyawa Berpuluh Hilang

Tanah Runtuh Di Tapak Perkhemahan Ragut 2 Nyawa Berpuluh Hilang

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 138 hits
MalaysiakiniOperasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di tapak perkhemahan popular berhampiran Batang Kali di Selangor Setakat jam 7 pagi tadi pihak bomba dan penyelamat Selangor mengesahkan kejadian tanah runtuh itu telah meragut du...
Mphs Keluar 25 Notis Tutup Sementara Tapak Perkhemahan Berisiko Bencana

Mphs Keluar 25 Notis Tutup Sementara Tapak Perkhemahan Berisiko Bencana

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 311 hits
BATANG KALI 17 Dis Majlis Perbandaran Hulu Selangor mengeluarkan 25 notis penutupan sementara selama tujuh hari kepada tapak perkhemahan berisiko dilanda bencana di sekitar Hulu Selangor
Menteri Akan Dipecat Serta Merta Jika Didapati Terbabit Kes Rasuah Salahguna Kuasa Pm

Menteri Akan Dipecat Serta Merta Jika Didapati Terbabit Kes Rasuah Salahguna Kuasa Pm

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 147 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mana mana menteri dalam Kabinetnya didapati terlibat dengan rasuah atau salahguna kuasa akan dipecat serta merta Beliau tidak akan bertolak ansur sekiranya perkara itu berlaku dalam keraja...
Pm Menteri Terbabit Rasuah Salah Guna Kuasa Akan Dipecat Serta Merta

Pm Menteri Terbabit Rasuah Salah Guna Kuasa Akan Dipecat Serta Merta

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 124 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 11 2022 8 09 PMMana mana menteri di dalam Kerajaan Perpaduan yang didapati terlibat dengan budaya rasuah atau salah guna kuasa akan dipecat serta merta kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar mene...
Pastikan Pasti Punya Lesen Demi Keselamatan Anak Anak Kita

Pastikan Pasti Punya Lesen Demi Keselamatan Anak Anak Kita

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 121 hits
JAMZURI ARDANIDia gini PASTI ni beroperasi di atas premis tanpa apa apa permit atau kelulusan dari PBT Tiada lesen perniagaan Tidak berdaftar dengan agensi yang berkaitan Tidak bayar cukai keuntungan Tidak bayar gaji minima Tiada caruman KW...
Jemaah Menteri Pecat Serta Merta Andai Ada Terlibat Rasuah

Jemaah Menteri Pecat Serta Merta Andai Ada Terlibat Rasuah

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 329 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub ...
Kejadian Tanah Runtuh Itu Tidak Berlaku Di Tapak Perkhemahan Kami Tetapi Di Tanah Milik Kerajaan Father S Organic Farm

Kejadian Tanah Runtuh Itu Tidak Berlaku Di Tapak Perkhemahan Kami Tetapi Di Tanah Milik Kerajaan Father S Organic Farm

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 351 hits
Kejadian tanah runtuh itu tidak berlaku di tapak perkhemahan kami tetapi di tanah milik kerajaan Father s Organic FarmTragedi tanah runtuh di Batang Kali baru baru ini menggemparkan negara lebih lebih lagi tragedi itu berlaku di penghujung ...
Pm Umum Peruntukan Segera Buat Mangsa Tanah Runtuh Tapak Perkhemahan

Pm Umum Peruntukan Segera Buat Mangsa Tanah Runtuh Tapak Perkhemahan

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 150 hits
HULU SELANGOR 8211 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian bantuan segera buat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father 8217 s Organic Farm di sini malam tadi Pengumuman itu dibuat ketika beliau meninj...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025