Mp Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun Kawasan Berisiko


 

KUANTAN - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman meminta kerajaan Pahang menyemak semula projek-projek yang dijalankan di cerun bukit dan kawasan berisiko berlaku tanah runtuh.
Semakan itu perlu dilakukan segera sebelum ada lagi kejadian tidak diingini berlaku, katanya, susulan tragedi tanah runtuh membabitkan kawasan tapak perkhemahan Father’s Organic Farm yang terletak di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya awal pagi semalam.
"Saya menggesa kerajaan Pahang menyemak semula setiap projek yang dijalankan di kawasan cerun berbukit dan yang mempunyai risiko tanah runtuh di sekitar negeri Pahang dengan kadar segera.
"Ini adalah bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berlaku yang akan menyebabkan kemalangan jiwa.
"Langkah keselamatan perlu dititik berat dan menjadi keutamaan lebih-lebih lagi ketika ini negara sedang mengalami musim tengkujuh," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Katanya lagi, setiap agensi dan jabatan berkaitan juga perlu membuat pemeriksaan di setiap tapak projek di kawasan cerun berbukit.
Setakat tengah hari ini, seramai 23 korban telah ditemui dengan pihak berkuasa masih dalam usaha mencari dan menyelamat 10 mangsa yang belum ditemui.
Tragedi yang menimpa semalam melibatkan 94 mangsa dengan 54 ditemui selamat dan tujuh lagi cedera.
Susulan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengarahkan semua tapak perkhemahan di negeri itu ditutup.
Young Syefura yang juga Ketua Pemuda PH Pahang turut menyeru pengusaha tempat percutian yang terletak di kawasan berisiko tanah runtuh agar peka dengan keadaan di seketar kawasan milik mereka.
"Saya mohon agar pengusaha bertanggungjawab dan memaklumkan segera kepada pihak berkuasa jika terdapat kesan rekahan dan pergerakan tanah di sekeliling tempat percutian milik mereka.
"Begitu juga kawasan berisiko yang lain seperti kawasan di tepi pantai dan tepi sungai, mereka (pengusaha) perlu peka dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata hingga sanggup mengambil risiko," katanya lagi.
Dalam pada itu, dia berharap laluan Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya yang ketika ini ditutup untuk kegunaan orang awam, dapat dibaik pulih dan dibuka semula dalam masa terdekat.
Katanya, ia merupakan laluan utama digunakan penduduk dan mereka yang menetap di pekan Batang Kali, Selangor dan bekerja di Genting Highlands.
"Laluan alternatif dicadangkan untuk pengguna buat masa ini adalah terlalu jauh dan mengakibatkan pengguna yang bekerja di Genting terpaksa mengeluarkan kos tambahan.
"Mereka terpaksa melalui perjalanan lebih lama daripada biasa dan membayar tol untuk berulang-alik dari tempat tinggal ke tempat mereka bekerja," katanya lagi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/12/mp-gesa-kerajaan-pahang-semak-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Genting Highlands Kerajaan Digesa Henti Projek Di Zon Sensitif Alam Sekitar

Genting Highlands Kerajaan Digesa Henti Projek Di Zon Sensitif Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 235 hits
Kerajaan digesa supaya menghentikan semua projek pembangunan yang sudah mula dibangunkan serta projek yang dirancangkan untuk pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar di Genting Highlands Menurut Kumpulan Rimba Disclosure Project lebih ...
Selangor Akan Semak Semula Dengan Mof Projek Tebatan Banjir Kata Mb

Selangor Akan Semak Semula Dengan Mof Projek Tebatan Banjir Kata Mb

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 191 hits
KERAJAAN Selangor akan menyemak semula dengan Kementerian Kewangan sama ada peruntukan RM4 7 bilion untuk projek tebatan banjir daripada kerajaan pusat sebelum ini termasuk nbsp dalam projek yang akan diteliti semula Menteri Besar Selangor ...
Menteri Uec Bukan Keutamaan Manifesto Ph Akan Dinilai Semula Ini Kerajaan Perpaduan Bukan Ph

Menteri Uec Bukan Keutamaan Manifesto Ph Akan Dinilai Semula Ini Kerajaan Perpaduan Bukan Ph

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 171 hits
Usaha bagi mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina bukan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan buat masa ini Menterinya Fadhlina Sidek berkata sebaliknya pihak kementerian akan memberi tumpuan utama kepad...
Iran Semak Semula Undang Undang Wajb Pakai Tudung

Iran Semak Semula Undang Undang Wajb Pakai Tudung

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 209 hits
Iran semak semula undang undang wajb pakai tudung Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 4 Dec 2022 7 48AM
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Kurangkan 60 Peratus Tambang Feri Pulau Tioman

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Kurangkan 60 Peratus Tambang Feri Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 134 hits
ROMPIN Kerajaan Pahang mengurangkan 60 peratus tambang feri ke Pulau Tioman berbanding kadar semasa RM50 Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia diputuskan selepas mendengar rungutan penduduk Pulau Tioman termasuk harga tam...
Makluman Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 Semak Kelayakan Mengikut Bantuan Yang Diberikan

Makluman Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 Semak Kelayakan Mengikut Bantuan Yang Diberikan

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 233 hits
Makluman Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 Semak Kelayakan Mengikut Bantuan Yang Diberikan Makluman buat seluruh rakyat Malaysia bulan Disember ini beberapa senarai penting bantuan kerajaan yang perlu anda mengambil perhatian d...
Banjir Kerajaan Pahang Salur Bantuan Barangan Keperluan Asas Ke Terengganu

Banjir Kerajaan Pahang Salur Bantuan Barangan Keperluan Asas Ke Terengganu

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menyalurkan bantuan barangan keperluan asas yang bernilai RM150 000 sebagai tanda simpati dengan nasib rakyat Terengganu yang sedang berdepan dengan bencana banjir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Pembangu...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Bread High In Protein Omega 3 And Fibre In Every Low Carb Bite


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Pagi

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Dek Aroel Tia Monika Chord

Kad Debit I Visa Tabung Haji Permohonan Pengaktifan

Pitch Perfect A Harmonious Bmw R100 7 Restomod By Heiwa Mc