Mini Festival Yez 2022 Anjuran Pusat Pungutan Zakat
Assallammualaikum
Alhamdulillah, Sha diberikan peluang untuk hadir ke AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan Mini Festival YEZ 2022 Anjuran Pusat Pungutan Zakat. Sebenarnya pertama kali Sha sampai ke AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur ini. Ketika sampai tadi pun agak berpusing-pusing juga mencari tempat Mini Festival YEZ 2022 ini diadakan. Sha hadir disini bersama beberapa rakan blogger yang lain.
Pasti korang tertanya-tanyakan apa Sha buat disinikan?pada yang tidak tanya tu...takpe Sha nak cerita juga yang Sha datang sini adalah kerana Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ("PPZ-MAIWP") melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) di AEON AU2, Setiawangsa. Pelancaran kempen dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Kempen YEZ 2022 ini bermula 26 November 2022 hingga 13 Disember 2022 bertujuan menggalakkan orang ramai untuk menunaikan kewajipan berzakat sebelum 31 Disember 2022.
Ramai juga tetamu dan juga Vip yang hadir tadi bagi pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ). Tujuan kempen ini diadakan dengan mengangkat tema"Memberi Tanda Syukur" PPZ-MAIWP ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk menzahirkan rasa syukur dengan menunaikan zakat untuk kelangsungan hidup asnaf lebih-lebih lagi dalam situasi sukar ekonomi kini. Kadang-kadang kita rasa kita susah tanpa kita sedari diluar sana ada yang lagi susah dari kita. Jadi inilah masa kita meringan beban mereka dengan menunaikan tanggunjawab dengan menunaikan zakat.
PPZ-MAIWP selari dengan motonya iaitu "Memudahkan Anda Berzakat" menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bayaran khususnya menjelang hujung tahun bagi member rang kepada pembayar zakat untuk mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.
Pada masa kini, memang senang untuk membayar zakat. Korang tidak perlu lagi mohon cuti atau beratur panjang bagi menunaikan. Banyak perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak bagi memudahkan korang untuk membayar.
Berikut adalah perkhidmatan dan kemudahan bayaran zakat yang disediakan :
1. 10 KAUNTER PPZ-MAIWP
Bavaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sepanjang Disember ini, kaunter akan dibuka 7hari seminggu bermula jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang
Friday +
Istimewa pada tahun ini, PPZ-MAIWP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari Jumaat sehinggajam 9 malam. 30 pembayar terawal di setiapkaunter pada hari Jumaat akan mendapat baucar KFC bernilai RM10.
2. PORTAL PZ-MAIWP &APLIKASI MYZAKAT
Pembayaran zakat secara dalam talian mealuli w zakatocm my atu aplikasi MyZakat yang boledimuat turun di Gogel Paly dan Apel Store. Pembayar ujga boleh Kira,Bayar dan Semak rekod bayaran.
3. EJEN-EJEN KUTIPAN ZAKAT
Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui eien-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PZ-MAIWP iaitu melalui perbankan internet, portal online, e-walet, kaunter-kaunter bank dan pos.
4. ZAKAT+ @MYTEMUJANJI
Zakat+ @MyTemujanji berperanan sebagai o'ne stop centre" bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanii bagi perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door To Door &Ride2U. Untuk tempahan boleh layari link di portal https://mytemujanji.zakat.com.my/
5. TALIAN ZAKAT
Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaja boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya satu panggilan ke 130088 5757 pembayar juga boleh menunaikan zakat.
Pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen berlangsung berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak tertakluk terma dan syarat. Wahhh hadiah dia mengancam rugi kalau melepaskan peluang ini. Mana tahu rezeki korang berzakat menang cabutan bertuah.
Pada majlis yang sama, turut diadakan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM532,350.11 daripada:
1. Felcra Processing &Engineering Sdn Bhd- RM375.220.38
2. Kop. Jaya Murni Wanita Bhd - RM157, 129.73
Sumbangan berbentuk Bakul Rezeki yang terdiri daripada barangan makanan kering seperti beras, minyak, maggi dan sebagainya yang bernilai RM100 dengan nilai keseluruhan sumbangan sebanyak RM10,000 turut diberikan kepada 100 asnaf di Kawasan PPR sekitar Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Sebelum melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ), menurut Keuta Pegawai Eksekultif PZ-MAIWP, Tuan Haij Abdul Hakmi Amri Osman, program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.
"Dalam situasi negara berhadapan dengan krisis ekonomi, kita yang masih diberi rezeki pertulahtampil untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk saling melengkapi antara satu sama lain", katanya
Selesai sudah Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Piah dan Tyzo sebagai pengara untuk majlis ini
Selesai sahaja Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) , Shailla dan rakan blogger yang lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Cik Piah dan juga Tyzo. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna serta Meet & Greet Omar Hana & Ustaz Amil dan booth-booth jualan Asnaf. Kaunter-kaunter zakat juga ada buka disana. Selain itu ada penampilan istimewa seperti Tyzo, Cik Piah dan Lah Ahmad. Sembang santai bersama PU Amin & Imam Muda Hassan. Borak dengan Miro bersama influencer Tik Tok Dak Ayam, Qowiy, Helmet 'Singer' & Man Raja Lawak
Kuiz & cabutan bertuah juga turut ada tau! jadi jangan ketinggalan untuk datang ke Mini Festival YEZ 2022
Marilah semua kita sama-sama menjalankan tanggungjawab dengan menunaikan zakat bagi membantu golongan yang susah. Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik? Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita. Melalui amalan bersedekah juga akan melahirkan perasaan tenang dan bahagia.Semoga kita mendapat lebih keberkatan rezeki apabila korang memenuhi tuntutan Allah s.w.t. Semoga Allah memudahkan kerja kita
Untuk mengetahui lebih lanut mengenai kempen ini, sila layari, https://www.zakat.com.my/yez2022/
Terima Kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shazillahsani.com/2022/11/mini-festival-yez-2022-anjuran-pusat.html