Kenangan Pru 15 2022
Meriah sungguh keadaan di sepanjang jalan pulang ke kampung kelmarinKempen di sana sini.
Para peraih undi mengedarkan banner dan bendera parti
Bendera parti berkibar di serata tempat tumpuan
Alhamdulillah..
Semuanya terkawal walaupun lalu lintas sedikit sesak
Tapi tak mengapa, enjoy the moment,lima tahun hanya sekali
Ni keadaan di Felda Kemelah, Segamat
Suami MY mengundi di Parlimen Sekijang
Jadi pagi pagi hari Sabtu tu dia dah keluar untuk buang undi
Sebab nak cepat dan mudah,Pinjam motor mak ajelah,Sekali,Perjalanan balik dari pusat undi ke rumah mak,Hujan lebat,Maka, basah kuyuplah encik suami MY
hahaha
Nasib baik bawa baju lebih satu persalinan
Kalau ngam ngam,kena pinjam baju MY la..hahaha
Lepas selesai suami mengundi,Teruslah kami pulang ke rumah untuk drop anak anak sebelum hantar MY pula nak buang undi..
Kali ni,dari mula masuk pagar sekolah sampai keluar pagar sekolah pusat undi tak lebih 10 minit pun rasanya
Kosong
Hanya ada petugas sahaja dalam kelas saluran MY mengundi tu..
Alhamdulillah
Syukur urusan buang undi sangat mudah semalam
Tapi takde gambar jari berinai pulak semalam
Lepas siap mengundi,Pergi kedai mamak Ayub untuk makan
Sambil tu,Hantar kereta MY untuk tukar tayar
Hari Jumaat pagi tu, tayar kereta pancit
Lepas tukar tayar, belum sempat hantar repair yang pancit tu
Tu yang sambil tunggu tayar siap repair,Kami makan nasi lauk kari kat mamak
Itu je kedai makan yang paling sesuai sambil menunggu tukar tayar
MY pun tak pasti suami tukar ke,Tampal aje yang bocor tu
Tak tanya dan tak ambil tahu pulak
Semua suami yang uruskan
Teruk betul perangai kann..
Makan je tahu
Bab kereta zero habis
Lepas settle tayar kereta,Perut pun dah kenyang, terus lah balik rumah
Jalan jem pulak tu nak balik rumah
Sana sini merah/oren.
Apa lagi, gigih la google ikut jalan dalam taman dan kampung kat pekan nanas tu
Tak mampu la nak redah jem berkilo kilo meter lagi
Syukur ,Selesai bab mengundi
Padahal pada awalnya,suami MY beria nak boikot pru, taknak balik mengundi katanya
Eh...last last dia yang semangat kibat bendera..hahaha..
Memang hati kita milik Allah,Apa yang kita ucap hari ni, belum tentu kita akan ucap benda yang sama esok
Esok mungkin kita akan berubah fikiran
entah entah takyah esok,Kejap kejap lagi je pun kita boleh berubah , ye dak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2022/11/kenangan-pru-15-2022.html