Kempen Year End Zakat 2022 Kembali Lagi Dengan Tema Memberi Tanda Syukur




Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ, anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) telah dilancarkan dalam suasana yang cukup meriah di Sub-Court AEON AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur. 
Pelancaran kempen tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Kempen Year End Zakat (YEZ) 2022 bermula semalam, 26 November, 2022 hingga 31 Disember 2022 dengan tema Memberi Tanda Syukur


Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjur sepanjang kempen ini dan di majlis yang sama turut diadakan penyerahan zakat perniagaan oleh beberapa syarikat, sumbangan Bakul Rezeki kepada 10 orang asnaf yang hadir



Sumbangan berbentuk Bakul Rezeki itu terdiri daripada barangan kering seperti beras, minyak, maggi dan sebagainya bernilai RM100. Nilai sumbangan keseluruhannya adalah sebanyak RM10,000 telah diberikan kepada 100 asnaf di Kawasan PPR sekitar Setiawangsa Kuala Lumpur






Rebutlah hadiah menarik yang ditawarkan bersempena Kempen Year Enda zakat 2022 (YEZ)
Apa yang bestnya, para pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen ini berlangsung ,berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak tertakluk terma dan syarat. 


Bersempena dengan kempen YEZ 2022 ini, PPZ-MAIWP turut mengadakan program dan pengisian yang merik untuk para pembayar zakat antaranya seperti program turun padang, ZakaTalk, CEO Talk, Istimewa 12.12 dan banyak lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan lagi kempen ini.
Untuk hari semalam, penampilan istimewa Tyzo, Cik Piah & Lah Ahmad. Dapatlah tengok Tyzo dan Cik Piah berceletoh serta menyaksikan persembahan nyanyian Lah Ahmad. Lantunan suaranya masih memukau giteww! 
Untuk hari ini, ada pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Meet & Greet Omar Hana & Ustaz Amil serta kuiz dan cabutan bertuah. Cepat datang ok

Lah Ahmad persembahan dua lagu buat pengunjung yang hadirPenyerahan zakat perniagaan berjumlah RM532,350.11 daripada Felcra Processing &  Engineering Sdn Bhd - RM375,220.38 dan Kop. Jaya Murni Wanita Bhd - RM157,129,73




Salah seroang daripada 10 asnaf yang hadir menerima sumbangan di majlis pelancaran Kempen YEZ 2022.


Berikut adalah antara perkhidmatan dan kemudahan bayaran zakat yang disediakan:
1. 10 Kaunter PPZ-MAIWP

Dimana bayaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sepanjang Disember ini, kaunter akan dibuka 7 hari seminggu bermula 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Friday+

Istimewanya pada tahun ini,PPZ-MAIWP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari jumaat sehingga 9 malam. Bukan itu sahaja, 30 pembayar terawal di setiap kaunter pada hari jumaat akan mendapat baucar KFC bernilai RM 10.


2. Portal PPZ-MAIWP & Aplikasi MYZAKAT

Pembayar zakat juga boleh membayar zakat secara dalam talian melalui www.zakat.com.my atau diaplikasi MyZakat yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple Store. Pembayar juga boleh kira,bayar dan juga semak rekod bayaran.

3. Ejen-Ejen Kutipan Zakat

Pembayar zakat juga boleh dibuat melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP iaitu melalui perbankan internet ,portal online,e-wallet ,kaunter-kaunter bank dan pos.

4. Zakat+ @MYTEMUJANJI

Zakat+ @MYTEMUJANJI berperanan sebagai 'one stop centre' bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat menetapkan temujanji bagi perkhidamatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door to Door & Ride2U. Untuk tempahan,pembayar boleh melayari link portal di https://mytemujanji.zakat.com.my/

5. Talian Zakat

Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaja boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya satu panggilan ke 1 300 88 57 57 pembayar juga boleh menunaikan zakat
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman turut menyatakan bahawa program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak. Di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.

Dalam keadaan situasi negara yang sedang mengalami krisis ekonomi kita masih diberi rezeki untuk membantu mereka yang memerlukan dan ini adalah apa yang didalam ajaran Islam mahukan- dalam ada rezeki kita tetap ada pada rezeki orang lain.
Nak tahu lebih lanjut tentang Kempen YEZ 2022 boleh layari :

http://www.zakat.com.my/yez2022/
Sekian sahaja dan selamat menunaikan zakat, semoga kehidupan kita jadi lebih bererti

Lurve,Sis Anie Mohamed

























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2022/11/kempen-year-end-zakat-2022-yez-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memberi Tanda Syukur Tema Kempen Year End Zakat 2022 Ppz Maiwp

Memberi Tanda Syukur Tema Kempen Year End Zakat 2022 Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 276 hits
Memberi Tanda Syukur Tema Kempen Year End Zakat 2022 PPZ MAIWP Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan semalam telah melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 di AEON AU2 Setiawangsa dengan bertemakan Memberi Tanda Syukur K...
Kemeriahan Mini Festival Year End Zakat 2022 Berkonsepkan Memberi Tanda Syukur Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik

Kemeriahan Mini Festival Year End Zakat 2022 Berkonsepkan Memberi Tanda Syukur Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 311 hits
Salam to all readers Kemeriahan Mini Festival Year End Zakat 2022 Berkonsepkan Memberi Tanda Syukur Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik Semalam 26 Nov 2022 aku berkesempatan meluangkan masa memeriahkan lagi mini festival Year End Zakat 2022 ...
Kempen Year End Zakat Memberi Tanda Syukur

Kempen Year End Zakat Memberi Tanda Syukur

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 318 hits
Secara rasminya Kempen Year End Zakat untuk tahun 2022 yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah pun bermula semalam 26 November 2022 Majlis pelancaran kempen diadakan di AEON AU2 Setiawangsa yan...
Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022

Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 566 hits
Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 Assalamualaikum semua Zakat merupakan kewajiban yang dikeluarkan pada harta orang yang memiliki kelebihan Ada beberapa jenis zakat yaitu zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadan ada juga ...
Mini Festival Yez 2022 Anjuran Pusat Pungutan Zakat

Mini Festival Yez 2022 Anjuran Pusat Pungutan Zakat

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 305 hits
AssallammualaikumAlhamdulillah Sha diberikan peluang untuk hadir ke AEON AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur bagi bersama sama memeriahkan Mini Festival YEZ 2022 Anjuran Pusat Pungutan Zakat Sebenarnya pertama kali Sha sampai ke AEON AU2 Setiawang...
Komtek 27 08 Energi Surya Kembali Raih Penghargaan Htca Tahun 2022

Komtek 27 08 Energi Surya Kembali Raih Penghargaan Htca Tahun 2022

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 215 hits
BSN berkomitmen untuk bersinergi dan berkolaborasi dengan seluruh pemangku kepentingan termasuk membuka ruang partisipasi yang semakin luas dalam program pengembangan SNI
Usung Tema Geliat Ekonomi Pasca Pandemi Ini Dia Pemenang Lomba Video Kreatif 2022

Usung Tema Geliat Ekonomi Pasca Pandemi Ini Dia Pemenang Lomba Video Kreatif 2022

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 170 hits
Lomba Video Kreatif sendiri rutin digelar di Kabupaten Banyuwangi sejak 2015 sebagai media promosi desa Saban tahunnya tema yang diusung selalu berganti Kali ini tema yang diusung adalah pemulihan ekonomi pasca pandemi Covid 19 yang melibat...
Kembali Kepada Politik Kebersamaan Bukan Perpecahan Media Variasi 23 11 2022

Kembali Kepada Politik Kebersamaan Bukan Perpecahan Media Variasi 23 11 2022

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 176 hits
KUALA LUMPUR Semua pemimpin Melayu Islam disaran untuk terus memelihara semangat ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan mereka tidak kira apa jua jajaran politik dicapai Persatuan Pengguna Islam Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihakny...
Fotografer Merdeka Com Menang Environmental Photographer Of The Year 2022

Fotografer Merdeka Com Menang Environmental Photographer Of The Year 2022

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 205 hits
Pemenang Environmental Photographer of The Year 2022 oleh CIWEM WaterBear Nikon dan Arup telah diumumkan Penghargaan ini menampilkan beberapa gambar lingkungan paling inspiratif untuk meningkatkan kesadaran akan masalah yang mengancam plane...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups

Simple Menu Untuk Dinner

Lirik Lagu Pendam Rasa Evanatie

Kolaborasi Skin Hero Mobile Legend X Naruto Spipudden

Filem Babah