Mini Amazon Malaysia Jadi Kampung Angkat Madani Kdn


 
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) melepaskan benih ikan air tawar pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani KDN Kampung Beng di Jeti Pengkalan Pipit hari ini. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memilih Kampung Beng, Lenggong, yang terkenal sebagai ‘Mini Amazon Malaysia’ sebagai Kampung Angkat Madani.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Kampung Beng memiliki kelebihan tersendiri kerana mempunyai tapak warisan arkeologi bertaraf dunia serta flora dan fauna bernilai tinggi.
“Di sini juga ada tapak warisan arkeologi bertaraf Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang diiktiraf sejak 2012.
“Oleh kerana potensinya yang cukup besar, kita jadikan sebagai Kampung Angkat Madani dan kita naik taraf beberapa perkara yang kita anggap penting,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani KDN Kampung Beng.
Hadir sama Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Saifuddin berkata, RM2.5 juta diperuntukkan untuk menambah baik enam kemudahan asas di kampung itu, iaitu air, elektrik, jalan, lampu jalan, kemudahan masyarakat dan capaian internet.
Kampung Beng terdiri daripada enam perkampungan kecil iaitu Kampung Durian Lubuk, Kampung Beng Dalam, Kampung Dusun, Kampung Sekolah, Kampung Durau dan Kampung Batu Ring.
Sementara itu, Saarani berkata, pelaksanaan inisiatif menambah baik bekalan air bersih di Kampung Beng tepat pada masa kerana sebilangan penduduk masih menggunakan air bukit.
Menurutnya, Kampung Beng terkenal dengan inap desa bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, selain merupakan antara produk utama Tahun Melawat Perak 2024.
Beliau berkata, Kampung Beng, yang turut mengetengahkan keunikan sejarah dan keindahan alam semula jadi di Lenggong sebagai tarikan utama pelancong, memerlukan liputan Internet serta kemudahan air lebih baik untuk penduduk dan pelancong.
“Tapak Arkeologi Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 2012 dan landskap semula jadi yang menakjubkan seperti Tasik Raban, Gua Badak serta Hutan Lipur Banding adalah antara kekuatan Lenggong sebagai destinasi pelancongan utama di Perak,” katanya.
KDN juga berhasrat membina sebuah balai polis bagi meningkatkan kemudahan keselamatan bukan sahaja bagi penduduk malah juga untuk pengunjung, tambahnya.
Saarani berkata, jajaran sempadan laut dan darat mendedahkan Perak kepada pelbagai ancaman keselamatan kerana Perak mempunyai satu pintu masuk darat, iaitu melalui kawasan di Pengkalan Hulu.
Beliau tidak menafikan kekuatan daripada aspek pelancongan serta potensi perindustrian di daerah yang bersempadan dengan Thailand itu membolehkan wujudnya kerjasama antara kedua-dua negara.
Bagaimanapun, katanya, tidak wujud kompromi dalam soal keselamatan negeri.
“Oleh itu, penambahbaikan infrastruktur serta aset agensi keselamatan dan penguatkuasaan di pintu-pintu sempadan mestilah ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebolehoperasian dan kesiapsiagaan mereka sentiasa berada pada tahap yang paling tinggi,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/mini-amazon-malaysia-jadi-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani Tetap Mendendangkan Kepada Yang Tidak Mendendangkan

Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani Tetap Mendendangkan Kepada Yang Tidak Mendendangkan

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 91 hits
Mohd Syuza AmsyaariMerujuk kepada data yg telah dibentangkan oleh Datuk Dr Haji Abdul Latiff Ahmad pada Julai 2022 dalam Sidang Dewan Rakyat ketika itu Drp 1 2 Juta lebih penjawat awam Malaysia 92 5 adalah terdiri drp kaum bumiputera Jika d...
Worshippers Question Kkb Mosque Dress Code Banning Display Of Ph Malaysia Madani Logos

Worshippers Question Kkb Mosque Dress Code Banning Display Of Ph Malaysia Madani Logos

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 148 hits
POLITICISING dress code seems to be a sore point as the much awaited make or break Kuala Kubu Baharu by election comes to fruition Even the menfolk are not spared after popular pro PAS 1980s artist and celebrity Dayangku Intan or her real n...
Masjid Bandar Utama Batang Kali Halang Pakai Baju Malaysia Madani Untuk Solat

Masjid Bandar Utama Batang Kali Halang Pakai Baju Malaysia Madani Untuk Solat

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 172 hits
Exco Agama turun ke masjid yang halang pakai baju Malaysia Madani untuk solatBORHAN AHMADExco Agama Selangor Dr Fahmi Ngah berjanji akan turun sendiri ke Masjid Bandar Utama Batang Kali bagi menyiasat kejadian mengarahkan penyokong Pakatan ...
More Than Half Of Malaysia S Children At Risk Of Obesity

More Than Half Of Malaysia S Children At Risk Of Obesity

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 141 hits
PETALING JAYA When it comes to Malaysia s growing obesity problem children especially boys are the most at risk Available statistics show that six out of 10 children in the country are at risk of being overweight or obese by 2035 with boys ...
Video Highlights Malaysia Vs Japan Suku Akhir Thomas Cup 2024

Video Highlights Malaysia Vs Japan Suku Akhir Thomas Cup 2024

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 200 hits
Pasukan Piala Thomas negara telah melayakkan diri ke separuh akhir selepas mengatasi cabaran dari pasukan Jepun baru baru ini Kemenangan 3 1 tersebut menandakan Malaysia kembali mencapai separuh akhir sejak 2016 di bawah pimpinan legenda ne...
Business Communication Certification Malaysia A Pathway To Enhanced Professional Interaction

Business Communication Certification Malaysia A Pathway To Enhanced Professional Interaction

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 158 hits
In today s globalized business environment effective skills are paramount The program is designed to meet this critical need offering professionals across various industries a structured way to enhance their communication abilities This cer...
Tok Mat Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Oic

Tok Mat Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Oic

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 150 hits
Menteri Luar Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak OIC di Gambia selaku wakil perdana menteri KUALA LUMPUR Menteri Luar Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke...
Tvet Boost To Tackle Engineer Shortage In Malaysia Says Anwar

Tvet Boost To Tackle Engineer Shortage In Malaysia Says Anwar

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 136 hits
Photo BernamaKOTA BARU Technical and Vocational Education and Training programmes are set to be enhanced to address the shortage of 30 000 engineers in the country says Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim He also emphasised the importan...
Unilever S Abandoning Of Super Woke Ben Jerry S Is A Blessing In Disguise For Malaysia S Palm Oil Industry

Unilever S Abandoning Of Super Woke Ben Jerry S Is A Blessing In Disguise For Malaysia S Palm Oil Industry

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 190 hits
UNILEVER the British multinational fast moving consumer goods company is getting out of the ice cream business to simplify its operations and save itself US 800 mil over the next three years But not only will it save itself a lot of dough b...
Creative Com Domain Name Ideas

Bahaya Bahan Pewarna Kimia Dalam Kehidupan Seharian

Madrasah Terapung 6 Hari Bergambar Gisbh Seleweng

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk

Rafique Gives Statement To Police Over Ceramah About Pm

Penafian Sprm Tak Cukup Anwar Mesti Saman Bloomberg Peguam

Free Credit Rm50 No Deposit How To Boost Your Bankroll Without Spending A Dime

Sang Saka Penipu


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Cara Terbaik Perangi Jerawat Jangan Biar Jerawat Mengambil Alih Wajahmu

Port Sarapan Warung Selekoh Kambing Jenderam Hulu

Suami Bakar Isteri Suka Berhutang

Pengundi Dun Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini

Mahkota Poll A Test For Dap To Ensure Chinese Voters Back Bn

Kain Rentang Provokatif Cemari Proses Prk Mahkota Ahmad Maslan