Mimpi Jadi Realiti


Pemain berbaris menerima pingat kejuaraan. TMJ bersorak gembira dan bangga. Stadium Larkin meriah dengan kejayaan JDT menewaskan Selangor. Piala Sumbangsih berjaya kekal di bumi Johor.
Dah pukul berapa ni? Aku mencari-cari handphone untuk melihat waktu semasa. Baru pukul 4.30 pagi. Cipan, mimpi rupanya!

Laptop dan live streaming sudah sedia terpasang jam 8.30 malam. Perlawanan bermula jam 9 malam dengan pembukaan ala Champions League hasil sokongan peminat yang hadir diketuai Boys of Straits (BOS).

Perhatian tertumpu kepada senjata baru JDT, Juan Martin Lucero yang baru empat hari berada di Johor. Beliau bergandingan dengan Diaz sebagai penyerang utama.

35 minit perlawanan berlalu hambar dengan permainan terbuka. Tidak banyak aksi menarik yang di hidangkan oleh kedua-dua pasukan. Lucero “The Cat” masih mencari-cari rentak apabila gagal menyudahkan sekurang-kurangnya tiga peluang menjaringkan gol.

Member sebelah juga kelihatan tidak terhibur saat menonton perlawanan pasukan “No Star” melawan pasukan “Produk Kecantikan” kerana perlawanan tersebut turut berlangsung hambar.

Pandangan aku sedikit terganggu tatkala melihat ton warna jersi dan seluar yang dipakai Farizal bagaikan tidak kena. Tambahan lagi, warna lengan jersi yang sebelah putih dan sebelah hijau turut kelihatan janggal.

10 minit terakhir, JDT mula merancakkan serangan. Maka, terhasillah gol di minit akhir babak pertama. Hariss Harun mananduk masuk sepakan penjuru Chopot, “The Power Cat” diminit ke-44.

Tamat separuh masa pertama.

Perlawanan separuh masa kedua diteruskan.

Minit ke-58, Alex dibawa masuk menggantikan Azinee. Minit ke-59, bekas rakan sepasukan Alex menjaringkan gol penyamaan Selangor. Kelalaian dan kesilapan posisi Farizal punca terhasilnya jaringan dari direct free kick Hafiz Kamal. Inilah kemampuan bekas pemain pasukan ‘anak jati’. Selangor nampak lebih yakin.

Kemampuan untuk menyerang dipertingkatkan apabila Mahali dikeluarkan dan digantikan Nazrin. ‘Si Kucing’ Lucero turut dikeluarkan digantikan ‘Super Sub’, Amirul Hadi.

Walaubagaimanapun, keputusan terus kekal seri sehingga minit akhir perlawanan. Kedua-dua pasukan berkongsi satu mata di dalam carta liga. Sedikit kecewa apabila gagal mendapat tiga mata penuh di perlawanan pertama di tempat sendiri.

Kejuaraan Piala Sumbangsih diteruskan dengan penentuan sepakan penalti. Bayangan kegagalan penalti kelayakan ACL yang lalu masih segar di ingatan.

Semua budak rumah aku tiba-tiba sibuk berkumpul di depan laptop. Tidak pasti sama ada ingin bersama-sama merasa debaran sepakan penalti atau bersedia untuk meraikan kegagalan JDT.

Jaringan semangat berjaya dijaringkan Safiq Rahim untuk sepakan penalti pertama JDT.

Sepakan penalti pertama Selangor diambil oleh import baharu mereka, Mauro Andres Olivi. Namun, Farizal tangkas menampan bagaikan menebus hutang kealpaan membiarkan jaringan Hafiz Kamal sebentar tadi.

Penalti kedua JDT. Ah, Diaz pula buat hal! Sepakan tersasar dan gagal menerjah gawang. Debaran kembali semula.

Kedudukan 1-1 setelah pemain Selangor, Patrick Ronaldinho berjaya menjaringkan sepakan penalti kedua.

Sepakan penalti ketiga, kedua-dua pasukan berjaya menjaringkan gol. Kedudukan seri 2-2.

Sepakan penalti keempat. 3-3.

Sepakan penalti kelima, keputusan masih seri 4-4.

Sepakan penalti keenam, penentuan sudden death bermula. Harapan semakin memuncak untuk memenangi piala pertama. Giliran bekas pemain pasukan ‘anak jati’, Alex membuat sepakan yang padu. Kesudahannya, hanya menggegar palang. Ah, dasar ‘anak jati’!

Budak-budak rumah bersorak, tidak pasti sama ada gembira atau kecewa. Ada yang menutup tangan di mulut, melindungi senyuman sinis.

Seorang lagi bekas pemain pasukan ‘anak jati’ yang kini bersama lawan JDT, Gopinathan mengambil sepakan penalti keenam Selangor. Farizal berjaya save! Tanpa segan silu, aku melompat puas hati bercampur gembira. Memang dasar ‘anak jati’!

Kedudukan semasa kekal 4-4 setelah sepakan penalti keenam.

Sepakan penalti ketujuh, 5-5. Tekanan memuncak. Bila nak habis penalti ni?!

Sepakan penalti kelapan, kedua-dua pasukan masih tidak mahu mengalah. Kedudukan semasa 6-6.

Sepakan penalti kesembilan, penalti paling panjang dalam sejarah hidup aku menonton bola sepak. Kunanlan tenang menjaringkan gol. Kedudukan semasa 7-6.

Giliran pemain Selangor untuk menyudahkan sepakan penalti kesembilan. Azrif Nasrulhaq diberikan kepercayaan, pemain yang hajatnya tidak kesampaian untuk menyarung jersi JDT di musim 2016. 
Sepakan diambil.

Namun, kepercayaan tersebut gagal dibalas dengan jaringan. Sepakan Azrif tersasar!

Seluruh pelusuk Johor bersorak gembira. Mimpi menjadi realiti. JDT berjaya menjulang Piala Sumbangsih 2016.

Azrif mungkin tidak tidur lena memikirkan makian kebencian diterimanya. Permulaan musim yang sukar buat beliau.

Fyi, perlawanan ini memang penuh dengan bekas pemain pasukan ‘anak jati’ termasuklah jurulatih baru Selangor juga bekas jurulatih pasukan tersebut di musim lalu. Apalah nasib pasukan deme.

Piala Sumbangsih 2016
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
15 Februari 2016
JDT [1] – [1] Selangor
Penalti: 7 - 6

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://catatankah.blogspot.com/2016/02/mimpi-menjadi-realiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Datang Jumpa Dalam Mimpi Rupanya Petanda Suruh Jenguk Mayatnya Di Rumah

Anak Datang Jumpa Dalam Mimpi Rupanya Petanda Suruh Jenguk Mayatnya Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 399 hits
Seorang bapa terpaksa menanggung rindu terhadap anak perempuannya yang sudah lama tidak bersua Perkara ini kerana anak perempuannya telah meninggal dunia di kediamannya sendiri dan tidak disedari oleh sesiapa pun dalam tempoh yang agak lama...
Ayah Mimpi Anak Bila Pergi Rumah Tengok Mayat Dah Mereput Depan Tandas

Ayah Mimpi Anak Bila Pergi Rumah Tengok Mayat Dah Mereput Depan Tandas

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 697 hits
Kita selalu dengar pasal naluri seorang ibu Sebab tu kalau kita demam ke sakit mesti mak kita macam dah tahu tahu je Tapi insiden yang berlaku dekat Thailand ni lain pulak Menurut seorang ayah berusia 71 tahun Boonlong Boonplun mimpi yang a...
Pernah Mimpi Jatuh Dari Tempat Tinggi Mungkin Ini Adalah Sebabnya Perlu Anda Tahu

Pernah Mimpi Jatuh Dari Tempat Tinggi Mungkin Ini Adalah Sebabnya Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 317 hits
Bermimpi semasa sedang tidur adalah satu perkara yang normal bagi ramai orang Sekiranya ia mimpi indah sudah pasti kita akan menikmatinya dan tidak terlalu memikirkannya selepas bangun Namun lain pula ceritanya jika kita mengalami mimpi nge...
Mimpi Bagas Membina Rumah Tangga Terbakar Api Pabrik Korek Gas Di Langkat

Mimpi Bagas Membina Rumah Tangga Terbakar Api Pabrik Korek Gas Di Langkat

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 271 hits
Tepat sebelum dilaksanakan ibadah Salat Jumat Hairani mengembuskan napas terakhirnya di pabrik perakitan mancis tersebut
Rancangan Realiti Untuk Menteri

Rancangan Realiti Untuk Menteri

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 268 hits
Para Menteri di Malaysia semakin terkenal dengan kenyataan kenyataan mereka yang mampu membuakkan amarah rakyat Ayam mahal jangan makan ayam GST tidak menaikkan harga barang minyak mahal jangan bawa kereta antara kenyataan yang mendapat per...
Fakta Realiti Ekonomi Negara Hari Ini Buktikan Sekali Lagi Ph Penipu Najib

Fakta Realiti Ekonomi Negara Hari Ini Buktikan Sekali Lagi Ph Penipu Najib

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 455 hits
Fakta dan realiti ekonomi negara hari ini membuktikan sekali lagi bahawa Pakatan Harapan adalah penipu bidas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Katanya dalam hantaran di Facebook tuduhan PH bahawa ekonomi rosak dan ...
Hero Realiti

Hero Realiti

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 302 hits
Hero Realiti video penuh inspirasi daripada DigiDIBANTU Md Zin mencuba teknologi baharu MRVR yang telah membantu dalam proses pemulihannya di kediaman beliau di Sungkai KUCHING Digi Telecommunication Sdn Bhd meraikan kehadiran bulan Syawal ...
Pandang Pertama Vivo Ar Glass Kaca Mata Realiti Terimbuh Dengan Teknologi 5g

Pandang Pertama Vivo Ar Glass Kaca Mata Realiti Terimbuh Dengan Teknologi 5g

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 252 hits
Kaca mata realiti terimbuh bukanlah sesuatu yang baru Facebook sudah merancang untuk menghasilkannya dan kemudian Apple turut dilaporkan akan hadir dengan sepasang kaca mata realiti terimbuh pada tahun hadapan Tetapi produk sebenar masih ti...
5 Fakta Di Balik Kandasnya Mimpi Bulog Ekspor Beras

5 Fakta Di Balik Kandasnya Mimpi Bulog Ekspor Beras

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 168 hits
Perum Badan Urusan Logistik berencana melakukan ekspor beras saat panen raya pada bulan April hingga Mei 2019 Langkah ini dilakukan untuk memaksimalkan penyerapan produksi beras dalam negeri Namun beberapa waktu lalu Budi Waseso harus mengu...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biskut Dalgona Squid Game

Apple Cider Vinegar Dalam Bentuk Gummy

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap