Fakta Realiti Ekonomi Negara Hari Ini Buktikan Sekali Lagi Ph Penipu Najib


Fakta dan realiti ekonomi negara hari ini membuktikan sekali lagi bahawa Pakatan Harapan (PH) adalah penipu, bidas bekas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Katanya dalam hantaran di Facebook, tuduhan PH bahawa ekonomi rosak dan sedang menuju ke arah negara bankrap semasa beliau menjadi PM jelas 𝙥𝙧𝙤𝙥𝙖𝙜𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙤𝙝𝙤𝙣𝙜𝙖𝙣 mereka.
“Sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH sering tuduh saya telah rosakkan ekonomi Malaysia semasa saya PM. Ramai yang 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ percaya.
“Tetapi apakah realitinya selepas rakyat kini boleh perhatikan apa yang telah berlaku selepas satu tahun PH memerintah?,” soalnya.
Bagi menyangkal tuduhan PH, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan membawa beberapa perbandingan fakta ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan PH kini.
“Pertumbuhan Keluaran Negara Dalam Kasar (KDNK) semasa saya PM adalah jauh lebih tinggi dari keempat-empat harimau Asia dan sering antara tertinggi di ASEAN dan dunia. Hari ini, kadar pertumbuhan KDNK di bawah PH adalah lebih rendah dari purata semasa saya PM.
“Walaupun hutang naik RM360 bilion pada tempoh sembilan tahun semasa saya PM, saiz dana Bank Negara Malaysia (BNM), Petronas dan Khazanah Nasional sahaja juga naik RM360 bilion.
“Saiz ekonomi tahunan berkembang RM600 bilion manakala tabung-tabung rakyat berganda naik sebanyak RM770 bilion,” jelasnya.
Begitu juga yang berkaitan hutang negara, ujarnya lagi.
“Dulu, PH sering kutuk saya apabila hutang telah naik RM360 bilion dalam masa sembilan tahun atau purata RM40 bilion setahun.
“Kini kita sudah tahu bahawa PH hanya perlu satu tahun sahaja untuk naikkan hutang negara sebanyak RM100 bilion dan mereka masih kuat berusaha meminjam lagi termasuk bon Samurai dan bon Panda.
“Pada masa yang sama, pertumbuhan ekonomi negara di bawah PH juga lemah manakala dana-dana seperti Petronas, Khazanah Nasional dan Tabung Haji menyusut,” kesalnya.
Manakala bagi nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) pula, Najib berkata pernah mengukuh sehingga RM3.00 berbanding USD.
“Setelah setahun di bawah PH, Ringgit lemah semula menjadi USD1 bersamaan RM4.18,” katanya.
Bagi indeks bursa saham tambah Najib lagi, juga berganda dari 800 mata pada awal tahun 2009 ketika beliau mula menjadi PM kepada hampir 1,900 mata semasa BN kalah pada Mei tahun lalu.
“Pada masa BN, Bursa Malaysia diberi gelaran “World’s longest running bull market”.
“Di bawah PH, indeks Bursa pernah jatuh 300 mata ke bawah 1,600 sebelum memulih sedikit ke 1,640 hari ini.
“Di bawah PH, Bursa kini dapat gelaran baru iaitu bursa saham 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐫𝐨𝐭 dalam dunia. 𝘐𝘵𝘶 𝘥𝘪𝘢,” bidasnya.
Fakta seterusnya adalah mengenai pendapatan isi rumah bulanan rakyat Malaysia, jelas Ahli Parlimen Pekan itu.
“Pendapatan isi rumah bulanan rakyat Malaysia juga telah naik 104% pada masa saya PM dari RM2,552 pada akhir tahun 2007 menjadi RM5,228 pada tahun 2016.
“Angka untuk 2017 tentu akan meningkat dengan kadar lebih tinggi kerana ekonomi tahun 2017 adalah baik tetapi Jabatan perangkaan tidak membuat bancian tiap-tiap tahun.
“Ini jauh lebih tinggi dari tujuh tahun terakhir PM ke-4 di mana pendapatan bulanan rakyat hanya naik 28% dari RM1,724 pada tahun 1997 ke RM2,211 pada tahun 2004,” katanya. – MediaUMNO
Umno Online


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/20/fakta-realiti-ekonomi-negara-hari-ini-buktikan-sekali-lagi-ph-penipu-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Minyak Dunia Jatuh Ekonomi Malaysia Dijangka Akan Bertambah Buruk Najib

Harga Minyak Dunia Jatuh Ekonomi Malaysia Dijangka Akan Bertambah Buruk Najib

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 339 hits
Kos pengeluaran purata minyak di Malaysia adalah US 50 satu tong Beberapa hari dahulu Menteri Sumber Tenaga Rusia memberi amaran Bahawa ada kemungkinan harga minyak dunia jatuh ke bawah US 30 satu tong kalau perang dagang bertambah teruk da...
India Jadi Negara Ekonomi Terbesar Di Dunia 2030 Siapa Nomor 1

India Jadi Negara Ekonomi Terbesar Di Dunia 2030 Siapa Nomor 1

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 328 hits
Managing Director Chief Market Strategist Asia HSBC Private Banking Fan Cheuk Wan memprediksi pada 2030 India akan menjadi kekuatan ekonomi ketiga di dunia Menurutnya emerging markets Asia akan berkontribusi sebesar 55 persen terhadap pertu...
Daftar Hari Kemerdekaan Negara Di Dunia

Daftar Hari Kemerdekaan Negara Di Dunia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 681 hits
Hari kemerdekaan nasional merupakan sebuah peristiwa tahunan yang dirayakan guna memperingati kemerdekaan suatu bangsa menjadi sebuah negara berdaulat biasanya setelah pecah dari suatu bangsa atau negara atau juga selesainya pendudukan mili...
Negara Perlu Tumpu Soal Ekonomi Dan Sosial Bukan Isu Kotor Ini Anwar

Negara Perlu Tumpu Soal Ekonomi Dan Sosial Bukan Isu Kotor Ini Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 281 hits
Parti Keadilan Rakyat menolak budaya politik jijik dan keji yang diamalkan oleh sesetengah pihak bagi tujuan untuk menjatuhkan reputasi pimpinan parti tersebut Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya membantah sebarang usaha f...
Najib Sokong Pelaburan Src Di Luar Negara

Najib Sokong Pelaburan Src Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 308 hits
Najib sokong pelaburan SRC di luar negaraPosted By on June 12 2019Bekas perdana menteri Najib Razak pada 2011 menyokong keputusan SRC International Sdn Bhd untuk melaburkan RM1 5 bilion di luar negara kata bekas pengerusi lembaga pengarah s...
Jadi Negara Kelas Menengah Atas Pertumbuhan Ekonomi Ri Harus Capai 7 Persen

Jadi Negara Kelas Menengah Atas Pertumbuhan Ekonomi Ri Harus Capai 7 Persen

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 294 hits
Pemerintah menargetkan Indonesia pada tahun 2020 akan naik kelas dari negara berpendapatan kelas menengah menjadi negara berpendapatan kelas menengah tinggi Hal ini tertuang dalam Rencana Pembangunan Jangka Menengah Nasional 2020 2024
Konektivitas Kapasitas Jadi Kunci Negara Asean Bisa Menuju Era Ekonomi Baru

Konektivitas Kapasitas Jadi Kunci Negara Asean Bisa Menuju Era Ekonomi Baru

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 222 hits
Chief Economist AMRO Hoe Ee Khor mengatakan membangun kapasitas dan konektivitas akan menjadi prioritas bagi kawasan ASEAN 3 untuk menuju era ekonomi baru dan memulai fase pertumbuhan ekonomi selanjutnya setelah selama ini telah mencapai tr...
Kord Lagu Hazama Feat Adira Dina Hari Yang Ku Nanti

Kord Lagu Hazama Feat Adira Dina Hari Yang Ku Nanti

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 426 hits
Hazama feat Adira Dina Hari Yang Ku Nanti Chord Lirik Lagu Adira Dm GmHari yang ku nanti telah menjelang kiniC FKenangan indah yang dulu pasti menjelma lagiA GmTerpancarlah cahaya Aidilfitri yang ku nantiF ABersama semua gembira hilangkanla...
Kord Lagu Amy Search Sentuhan Di Hari Raya

Kord Lagu Amy Search Sentuhan Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 433 hits
Amy Search Sentuhan Di Hari Raya Chord Lirik LaguEmEm D Tarik nafas yang panjangAm EmTahan sebentarG D AmDan lepaskanlah perlahanC DHingga rasa legaBm C Ku simpankanAm Dm Em separuh di dalam dadaEm D Membantu ku luahkan Am Emucapan benarG D...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner