Mimi Fly Tak Sedar Kemurungan







Meskipun perpisahan yang dipinta, namun tidak mudah buat penyanyi, Mimi Fly, 33, bangkit selepas berdepan dengan episod perceraian.

Hidupnya berubah 360 darjah apabila menjadi kucar kacir, cepat naik angin, suka menyendiri dan lebih teruk, tidur sepanjang masa selepas bercerai dengan bekas suami pada Disember 2017.

Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham tidak menyedari mengalami depresi hingga tewas mencarinya diri sendiri.

Baru terbuka berkongsi luahan hati, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu berkata, dia langsung tidak menyedari perubahan sikapnya disebabkan depresi yang dialami selama setahun setengah.

"Jujurnya, hidup saya huru hara selama setahun setengah selepas berpisah dengan bekas suami. Apabila direnung semula, kenapa suka marah tidak tentu pasal, tak mahu keluar dan suka tidur sepanjang masa.

"Saya terfikir kenapa dengan diri saya, sedangkan saya bukan jenis begitu. Rupanya, saya mengalami depresi tanpa sedar. Saya terpaksa bertemu pakar terapi diri untuk mendapatkan rawatan. Awalnya, amat sukar, tetapi saya gagahkan diri untuk menemui pakar. Saya memerlukan seseorang untuk mendengar rintihan hati," katanya.

Mimi mendirikan rumah tangga dengan pengurus One Nation Emcees, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015. Bagaimanapun, perkahwinannya itu hanya bertahan selama dua tahun.

Wanita kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berkata, episod hitam yang membeku dalam dirinya hanya disimpan dalam hati selama setahun setengah.

"Tiada siapa tahu apa yang tersimpan dalam hati saya selama tempoh ini. Sebab itulah, tak boleh menghakimi seseorang kerana tidak tahu apa yang dilalui.

"Saya pula bukan jenis suka berkongsi masalah peribadi. Melihat Mama yang juga ibu tunggal dan memakai kerusi roda, tetapi tetap kuat menempuh ujian hidup. Saya anak dia, jadi saya kena kuat seperti Mama.

"Disebabkan itulah, saya tak pandai minta tolong, tetapi lama kelamaan barulah hati saya terbuka mohon pertolongan.

"Tak kisah siapa kita, kena meluahkan masalah pada seseorang sebelum ia membunuh diri sendiri. Saya percaya ramai orang, termasuklah golongan selebriti berdepan dengan kecelaruan keresahan (anxiety disorder). Jadi, saya tak boleh malu meminta pertolongan lagi," katanya.

Pelakon filem Klip 3GP itu berkata, dia bernasib baik kerana mudah bangkit mencari kekuatan biarpun kehidupannya terumbang ambing tanpa pendayung selama setahun setengah.
"Saya gembira hidup solo dan menjalani kehidupan sendiri. Saya kembali fokus pada diri sendiri, keluarga dan kerjaya. Bekas suami pernah menguruskan kerjaua saya, jadi saya bermula semula daripada kosong apabila berpisah dengannya.

"Alhamdulillah, saya menemui pengurus baru yang baik dan boleh menjaga serta menyokong kerjaya.

"Saya juga kembali rapat dengan keluarga dan kini, tinggal bersama adik. Jika nak tanya mengenai teman pengganti, saya tidak mencari dan saya hidup solo. Saya rasa tak perlu tergopoh-gopoh mencari pasangan hidup," katanya.

Tambah pelantun lagu Superfly itu, dia mahu menjadi wanita lebih baik daripada sebelum ini dan boleh membahagiakan diri sendiri tanpa telunjuk orang lain.

"Perceraian adalah titik perubahan dalam diri. Saya memandang serius pada perkahwinan tetapi tak sangka, akhirnya bercerai. Jujurnya, perceraian adalah keputusan paling besar yang pernah dibuat dalam hidup.

"Bagaimanapun, saya tetap tumbang seketika, sebelum berjaya menemui diri kembali. Sejak itu, saya belajar untuk kuat dan bangkit.

"Mereka yang pernah berdepan dengan tekanan kena kuat semangat. Dari sudut positif, apa sahaja yang berlaku dalam diri menjadikan diri lebih matang. Kita tak boleh menuding jari pada orang lain.

"Saya mula menjaga diri sejak tahun lepas. Syukur, saya tenang dan merasakan kebahagiaan diri. Saya mula berdiet, puasa, bersenam, bermain muay thai dan menjaga kesihatan," katanya yang hidup solo sejak tiga tahun lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/mimi-fly-tak-sedar-kemurungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Tahun Bercerai Mimi Fly Akui Tak Sedar Alami Depresi

3 Tahun Bercerai Mimi Fly Akui Tak Sedar Alami Depresi

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 554 hits
Jujurnya hidup saya huru hara selama setahun setengah selepas berpisah dengan bekas suami Apabila direnung semula kenapa suka marah tidak tentu pasal tak mahu keluar dan suka tidur sepanjang masa Saya terfikir kenapa dengan diri saya sedang...
Lelaki Dengan Buaya Tak Sama Tapi Kasanova Tu Buaya Ratu Balqis Amp Mimi Fly Buktikan Mampu Berdikari Tanpa Lelaki

Lelaki Dengan Buaya Tak Sama Tapi Kasanova Tu Buaya Ratu Balqis Amp Mimi Fly Buktikan Mampu Berdikari Tanpa Lelaki

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 432 hits
Selepas 15 tahun mencari peluang mengetengahkan bakat dalam bidang nyanyian penyanyi Ratu Balqis bakal muncul dengan single debut berjudul Buaya bergandingan dengan Mimifly Buaya merupakan ciptaan komposer Iqie Hugh dan Shaqiel Naufal Manak...
Lirik Lagu Buaya Nyanyian Ratu Balqis Feat Mimi Fly

Lirik Lagu Buaya Nyanyian Ratu Balqis Feat Mimi Fly

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 541 hits
Lirik Lagu Buaya nyanyian Ratu Balqis Feat Mimi Fly Aku meang ternanti nanti lagu daripada Ratu Balqis since kisah dia dengan ex husband baru ni Lagu yang rancak buat aku rasa nak dance weh Nanti bebila work out kat rumah boleh pasang ini l...
Kau Ada Kaki Tangan Pergilah Cari Kerja Tolong Sedar Diri Dah Miskin Buat Cara Miskin Zarina Anjoulie

Kau Ada Kaki Tangan Pergilah Cari Kerja Tolong Sedar Diri Dah Miskin Buat Cara Miskin Zarina Anjoulie

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 465 hits
Sebut sahaja pasal Zarina Anjoulie pasti orang ramai akan terbayang imej seksi dan ayat pedas yang sering keluar dari mulut bekas pelakon ini Lahir pada 9 September 1987 pemilik nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul ini merupakan ...
Belum Sedar Lagi

Belum Sedar Lagi

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 295 hits
sekarang ni pung pang pung pang kutuk kawantak pa lah kawan buat jahatredha je la tapi biarlah diri sedar sikit yayang undi rakyat bawah sanakena analisa semulacenderungnya di manahala trendnya bagaimana tapi pengundi di Sabah beza dengan p...
Pekerja Malaysia Di Singapura Maut Terjun Apartment Dipercayai Akibat Kemurungan

Pekerja Malaysia Di Singapura Maut Terjun Apartment Dipercayai Akibat Kemurungan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 496 hits
JOHOR BAHRU Seorang lelaki rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura maut selepas terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di republik itu dua hari lalu Lelaki berusia lingkungan 30 an itu dipercayai mengalami kemurungan akibat masalah ker...
Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak Nad Zainal Mimi Lana Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda

Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak Nad Zainal Mimi Lana Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 1171 hits
Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak Nad Zainal Mimi Lana Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda Horray drama terbaru lagi yang akan siar di kaca tv menerusi Slot Samatinda TV3 Menampilkan tiga gandingan utama iaitu Remy ...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton