Milo Mendorong Rakyat Ke Arah Kelestarian Alam Menerusi Milo Sayang Bumi
MILO mengorak langkah pertama ke arah kelestarian alam sekitar menerusi pelancaran MILO Sayang Bumi sebagai komitmen untuk menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi. Berbekalkan sokongan rakyat Malaysia, MILO Sayang Bumi menyatupadukan inisiatif kelestarian alam yang bakal diterajui jenama tersebut bermula tahun ini, sekaligus menyumbang kepada aspirasi global Nestlé untuk mencapai impak sifar terhadap alam sekitar dalam operasinya menjelang 2030.
Menyedari pencemaran plastik dan perubahan iklim sebagai ancaman terhadap kelestarian alam sekitar, Nestlé kini mempergiatkan tindakan di peringkat global dan di Malaysia ke atas komitmennya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, serta memastikan semua bungkusannya dapat diguna semula atau dikitar semula menjelang 2025.
“Di Malaysia, kami memacu usaha kelestarian alam sekitar menerusi pelbagai inisiatif dan berazam untuk terus memimpin usaha industri ke arah masa hadapan yang lebih hijau. Kami berbangga kerana salah satu jenama terbesar kami, MILO kini menjadi teraju utama perjuangan kelestarian alam sekitar kami. Semoga MILO menjadi suara Nestlé yang paling lantang di Malaysia untuk menerajui, menginspirasi dan mempengaruhi tindakan bersama untuk melangkah lebih jauh demi kelestarian alam, digerakkan atas platform MILO Sayang Bumi,” demikian kata Juan Aranols, Ketua Eksekutif Pegawai, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad pula berkata, “MILO membekalkan tenaga berkhasiat kepada jutaan rakyat Malaysia setiap hari – ini bermakna setiap hari, kami berupaya untuk menginspirasi jutaan rakyat Malaysia sebagai juara untuk bertindak demi kelestarian bumi. Bumi memerlukan juara untuk memperjuangkan matlamat yang lebih besar: Masa hadapan bumi yang lebih sihat dan lestari. Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, kami ingin memainkan peranan dalam menyatukan juara-juara kami terhadap komitmen kelestarian bumi menerusi MILO Sayang Bumi.”
MILO Sayang Bumi menumpukan fokus ke atas tiga matlamat impak: Mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan dan saluran air, mengurangkan pengeluaran plastik, serta menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sehubungan itu, MILO telah melancarkan enam inisiatif berikut:
Projek CAREton: Kempen kitar semula karton minuman terpakai oleh MILO UHT menerusi kerjasama dengan Tetra Pak sejak tahun 2012 yang mengubah pek minuman kepada jubin bumbung serta papan panel ‘hijau’ bagi komuniti yang memerlukan.100% Straw Kertas: Usaha pengenalan 100% straw kertas untuk keseluruhan rangkaian MILO UHT pada tahun 2020 yang akan menjimatkan sehingga 200 juta straw plastik setiap tahun.Program-program Penebusan MILO: Usaha berterusan MILO untuk mengumpulkan kembali bungkusan MILO terpakai daripada pengguna bagi mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan serta saluran air, termasuk MILO Stik Pek X-Change yang dilancarkan baru-baru ini. Inisiatif ini bukan sahaja mengumpulkan kembali bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO terpakai, malah mengguna semula (‘upcycling’) bungkusan-bungkusan ini untuk menghasilkan kraftangan MILO yang unik menerusi kerjasama dengan komuniti setempat.Bungkusan Kertas untuk Rangkaian MILO Mixes: Inisiatif Nestlé Malaysia yang pertama seumpamanya akan menggantikan bungkusan luaran produk MILO Less Sugar dengan bungkusan kertas yang boleh dikitar semula.100% Cawan Kertas: Peralihan kepada 100% cawan kertas, lengkap dengan usaha mendidik murid-murid sekolah tentang kepentingan pengasingan sisa.Van MILO dengan Panel Solar: Transformasi van MILO ikonik dengan panel solar yang menukarkan tenaga solar – sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui – kepada tenaga elektrik untuk menggantikan penjana yang bergantung pada bahan api.
Setiap inisiatif ini akan dilengkapkan dengan usaha mendidik dan menggalakkan pengguna untuk menerapkan amalan positif, baik kecil mahupun besar, demi kelestarian alam sekitar. Menurut April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Kami memahami sebahagian perubahan ini akan membawa pengalaman baharu kepada para pengguna kami, dan mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ini. Namun, apa yang kita lakukan hari ini akan meninggalkan impak yang berkekalan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, sekaranglah masanya untuk kita sama-sama mengorak langkah demi memelihara alam sekitar. Sekecil manapun langkah pertama, jika kita bersatu menggembleng tenaga demi kebaikan bersama, pastinya kita dapat mencetuskan perubahan yang bermakna.”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/04/milo-mendorong-rakyat-ke-arah.html