Ingin Selesa Di Alam Kubur
SELESA DI ALAM KUBUR. Ingin Selesa Di Alam Kubur? Bagaimana caranya? Sudahkah kita bersedia sentiasa? Kerana yang namanya maut tidak menunggu lama, sesaat tak terlewat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui rahsia ajal dan maut setiap hamba. Kemudian, kita akan hidup sementara di alam kubur, tempat yang gelap dan sunyi. Tiada sesiapa yang menemani.
Hanya amalan soleh yang akan di bawah ke alam kubur. Melalui satu ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.
Ingin Selesa Di Alam Kubur?
Amalkan 3 perkara ni untuk selesa di kubur. Insya Allah.:
1. Baca Alquran sebelum subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.
2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.
3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?
Semoga segala perkongsian di atas menyedarkan kita bahawa hidup di atas muka bumi ini bukanlah kekal selamanya. Akan tiba waktu, malaikat maut mencabut nyawa kita tanpa tanda. Hanya orang-orang yang sabar dalam menjalankan amanah Allah sahaja yang akan beruntung. Jika mahu selesa di alam kubur sana, maka buatlah amalan yang disebutkan di atas.
Insya Allah..
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/04/ingin-selesa-di-alam-kubur.html