Keputusan Rayuan Bersihkan Nama Hakim Mahkamah Tinggi Kata Pasukan Pendakwaan


Ahmad Mustakim Zulkifli Panel tiga hakim bersetuju dengan hakim perbicaraan menunjukkan tiada bukti disorokkan pihak pendakwaan. 

Timbalan pendakwa raya V Sithambaram meninggalkan Istana Kehakiman di Putrajaya selepas sesi penyampaian keputusan rayuan Najib Razak terhadan sabitan kes libat SRC International hari ini. Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan penghakiman berhubung kes SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak membersihkan nama hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. 
Katanya, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bersetuju dengan cara Nazlan memutuskan penghakiman dan sabitan hukuman. 
“Kami gembira pandangan pihak pendakwa raya dibuktikan benar dan tiada motif lain seperti yang dinyatakan pihak pembelaan bahawa kami menyorokkan bukti,” katanya selepas keputusan rayuan Najib dibacakan di Putrajaya hari ini. 
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Abdul Karim Abdul Jalil bersama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin sebulat suara mengekalkan sabitan hukuman terhadap ahli Parlimen Pekan itu. 
Sebelum ini Najib mengemukakan notis usul bagi memasukkan bukti baru untuk kes tersebut.
Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah menyatakan, bukti baru itu membabitkan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara yang menerima sejumlah wang  dipercayai dana 1MDB daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low.
Permohonan Najib untuk memasukkan bukti baru itu ditolak hakim Mahkamah Rayuan semalam. 
Dalam pada itu, Sithambaram berkata keputusan tersebut menunjukkan tiada permainan politik di sebalik keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap Najib.  
“Tiada politik di sini. Yang ada hanya bukti kukuh. Kami mentafsir dan mengemukakan fakta secara munasabah.
“Dua mahkamah, empat hakim melihat dan mendapati bukti terhadap Najib ada justifikasi,” katanya. 
Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas tujuh kesalahan membabitkan wang RM42 juta milik SRC.
Beliau berjaya menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/keputusan-rayuan-bersihkan-nama-hakim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Hakim Mahkamah Rayuan Sepakat Tolak Rayuan Najib

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan Sepakat Tolak Rayuan Najib

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 215 hits
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan bersalah Najib Razak yang dituduh terlibat dalam kes salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd Ketiga tiga hakim juga sependapat untuk mengekalkan huk...
Hakim Mahkamah Rayuan Hujah Derma Arab Di Buat Oleh Najib Tidak Dapat Di Pertahankan

Hakim Mahkamah Rayuan Hujah Derma Arab Di Buat Oleh Najib Tidak Dapat Di Pertahankan

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 230 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan berpandangan dakwaan resit derma daripada keluarga diraja Arab Saudi adalah bukti yang tidak dapat dipertahankan dalam perbicaraan penyelewengan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd Dalam penghakiman yang d...
Mahkamah Rayuan Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan Src Intermational

Mahkamah Rayuan Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan Src Intermational

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 292 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menyatakan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam kesalahan sebagaimana pertuduhan dapat dilihat bermula dengan penubuhan Syarikat SRC International Sdn Bhd itu sendiri Ketika membaca keputusan ...
12 Tahun Dalam Tangan Mahu Rayuan Lagi Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Keputusan Kes Dana Src International

12 Tahun Dalam Tangan Mahu Rayuan Lagi Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Keputusan Kes Dana Src International

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 433 hits
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan kes dana SRC International November 24 2021 Najib Razak yang kini berada di Singapura bersama anaknya yang baru baru ini bersalin hanya akan pulang pada 5 Dis dan perlu menjalani kuarantin h...
Saya Amat Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan

Saya Amat Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 209 hits
Saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan Najib Razak berkata dia sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan sabitan bersalahnya dalam kes salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SR...
Uolls Ingat Najib Tak Jangka Ke Keputusan Mahkamah Rayuan

Uolls Ingat Najib Tak Jangka Ke Keputusan Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 263 hits
Kalau dia tak bersalah tentulah dia lebih cool Tetapi dia dengan lawyer sama naik mencuba pelbagai kaedah untuk menangguh keputusan Pelbagai teori dan agenda sengaja dimunculkan Dan dia boleh jangka keputusan mahkamah persekutuan kelak Dan ...
Apakah Pendirian Mt Umno Bermaksud Mereka Menuduh Keputusan Mahkamah Rayuan Tidak Adil

Apakah Pendirian Mt Umno Bermaksud Mereka Menuduh Keputusan Mahkamah Rayuan Tidak Adil

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 180 hits
Walaupun mesyuarat MT UMNO diadakan pada malam 8 Disember tetapi kenyataan media berkenaan mesyuarat tersebut hanya dikeluarkan lewat petang semalam iaitu 9 Disember Barangkali ini adalah pertama kali dalam sejarah UMNO kenyataan media dike...
Keputusan Mahkamah Rayuan Terhadap Najib Amat Diterima Baik Cuma

Keputusan Mahkamah Rayuan Terhadap Najib Amat Diterima Baik Cuma

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 244 hits
Secara umumnya keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib Razak yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini diterima dengan baik dan tanpa kesangsian oleh masyarakat pelbagai lapisan Dalam keputusan pagi tadi tiga...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Drama Dari Rahim Yang Sama

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik